23.2.10

no idea

aqu tatau la nak crita apa skang...

crita banyak nak stori mori tapiii...

bila itu M sudah marii, sori naik lori nak stori mori...

nenanti la yea... tunggu gambar upload je yea uhuhu!

skang dok tunggu bila la nak sign itu option..

letih ai tunggu yu tau!

8.2.10

...nostalgia

sorry sebab dah lama tak update crita.
bukan tamau update, tapi hati ni masih sedih dengan pemergian tokwan.
bila tengok gambar tokwan misti rasa pilu.
kenkadang tuh, sebelum tido nangis jap sebab rindu kat tokwan.

teringat masa dulu dok umah tokwan kat Batu Uban
tokwan akan solat isyak sebelum tido.
masa tu aqu dah tarik slimut, sambil nak tido tengok tokwan solat rasa syahdu ja time tu...

tiap-tiap pagi, sbelum bapak pi keja, bapak hantar aqu dulu dok umah tokwan
masa tu mana ada neseri lagi kan. kat umah Batu Uban tu la ros, aqu dengan iwan dibesarkan. bila tengahari skit, misti nak pi umah makcik Bedah sebab dia ada jual aiskrim yang dalam plastik panjang tu. ada perisa asamko (asam boi), grape, milo, oren n sirap. tu je kut. tak ingat dah. my favourite: grape n asamko. asamko tu bonus sebab ada asam sebijik. pehtu isap sampai ais tu jadi putih, kunyah ais slow-slow. baru lambat skit nak abeh..

kenkadang bila petang, kami bejalan sampai ujung kampung, tembus ke highway yang skang ni kalo tak silap dh jadi highway nak ke bayan baru (rasanya la kot). lintas jalan tu ada pantai nelayan. kami mandi puas2 kat situ. yang besh tu kami mandi dengan salad yang terapung skali kat situ hehe. tatau apa motif salad tu dok trapung kat situ. penah skali aqu mandi kat situ hari-hari sampai demam panas.

dulu ingat tak ada iklan nescafe yang kat kawasan ketapi yang ada pakcik gate dengan kakak yang cantik minum nescafe? kalo tak silap taun 1990-an. aqu ingat sangat sebab muka pakcik gate ketapi tu sebijik cam tokwan hehe. siap tanya kat tokwan "tokwan belakon dalam iklan ni ka?"

pehtu peti ais tokwan best sebab kat tempat freezer dia leh wat ais kacang. dia punya ais 5inci tebal wo. tak payah nak pakai mesin ais tu. korek ais tu satu kole pehtu siram sirap yang maktok memang dah standby dalam peti. masyuuuukkk je.. peti ais tu dok ada lagi kat kg. melayu. kalo tak silap brand singer kut. mmg tahan lama peti ais tu. ais dia pon menten lg cuma dah kurang sket. majuk kot sebab tadak sapa dah dok korek ais.

tu la sikit sbnyak memori masa kecik dulu. nanti kalo ada aqu story lagi k

2.2.10

Al-Fatihah buat tokwan


Al-Fatihah buat tokwan yang telah mengadap Illahi pada 23 Januari 2010.....

Maafkan farehah sebab tak sempat nak potong rambut tokwan
Maafkan farehah sebab tak sempat nak potong kuku tokwan
Maafkan farehah sebab jarang balik jumpa tokwan
Maafkan farehah kalau farehah ada terkasar bahasa
Maafkan farehah sebab jarang telefon tokwan

tak sangka tahun lepas adalah tahun terakhir kita sambut raya sama-sama
yang pasti
farehah takkan lupakan tokwan buat selamanya
farehah takkan lupakan tokwan masa kali terakhir farehah tengok tokwan
farehah takkan lupakan tokwan masa kali terakhir farehah cium dahi sejuk tokwan
sempat farehah bisik kat tokwan "farehah sayang tokwan"
ketenangan jelas nampak kat muka tokwan
farehah sempat temankan tokwan sampai ke liang lahad
farehah lega sebab dapat tengok tokwan buat kali terakhir
terngiang-ngiang lagi suara tokwan masa farehah nak balik lepas melawat tokwan kat hospital
dan itulah kali terakhir farehah sembang dengan tokwan
2 minggu sebelum tokwan hembuskan nafas terakhir
semoga tokwan ditempatkan di kalangan orang yang soleh
amin...

Al-Fatihah buat tokwan
21.11.1921-23.01.2010










22.1.10

mari belanja mak yong makan~!

ari jumaat tengahari tadi yang indah, aqu telah dibelanja makan oleh salah seorang BFFL aqu iaitu cik vana. Beliau dengan begitu vogeh de vass serta berhati mulianya telah belanja makan ini:


:noodle in tomyum soup:



:vanilla milkshake:

and as for dessert.....


:cappuccino cheesecake:

ouuhhh.. very delicious and marvellous tau! kenyang makyong arini hehe! next time dialu-alukan lagi yea! oh, korang pon nak blanje makyong gak ke?? dipersilakan sangat2.. nak booking makyong ni sila msg fb aqu okeh! Burrp~!! o0ppss! bau tomyam lak ehehehe!


18.1.10

my wallpaper

ni wallpaper aqu skang...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



geramnya tengok budak nie! nie yang tak sabaq nak balik keja nie! nak cecepat gomoi dia hehe!
yasmin, wait for mama k! Love you so much!!! :-*

12.1.10

kali nie..

kali nie pregnen nak kata exiden tak gak sebab kami guna prinsip kalo ada rizki alhamdulillah, kalo tadak lagi tak kesah gitew.. dan alhamdulillah ada rizki hehe! memula skali yang tau aqu pregnen adalah yasmin. bayangkan dalam bulan lpas lagi dia dh cium2 perut aqu n cakap baby. aqu tak prasan pon time tu cuma layankan ajer la sebab perut aqu mmg dah tesedia buncit. then, sepanjang bulan disember lpas aqu tak period pon. aqu ingatkan normal la kut sebab sebelum 2 bln berturut period aqu selang 2 minggu. meaning, period aqu datang sebulan 2 kali. maybe stress kut. tu yang bila disember tak datang aqu rilek je. lgpn dalam minggu ke3 disember aqu dh wat preggy test n single line.

sampai la aqu rasa perut makin buncit, baru beli test kit. selalu kalo nak test, aqu akan wat test masa 1st kencing pagi sebab time tu HCG dalam badan adalah sangat tinggi. so, senang la nak trace kan. malam sebelum aqu wat test tu, yasmin cam besa dok cium perut, sapu2 perut tiba2 "boboy. boboy, boboy. papa, boboy, boboy". tekejut kami time tuh. cmna la tetiba tekeluar boboy nie hehe.. so, 4pg tu wat test mmg confem la ada baby. test kit tu yang n3 kat bwh nie la. pagi ni, bangun tido je, yasmin cari aqu. aqu p kat dia, trus dia cium baby (perut aqu) hehe! so sweet!!

11.1.10

woohoo!




keputusan pada 4am tadi okeh
patutla asek migrain ja.. kena buatan orang hehe!
so, it's double happiness for us this year! naik gred and tambah ahli baru hehe! tapi aqu tak p klinik lagi. ingat nak cuti hari kames nie p klinik baru buat buku pink huhu!
Ya Allah, Alhamdulillah atas kurniaan-Mu...

8.1.10

yes boss!

semalam bos baru aqu dh masuk. so, manyak sebok sket la but enjoy sebab dah ada keja hakiki semula hehe!

td pagi p klinik putrajaya untuk check batuk yasmin. olmost sebulan dia batuk berkahak. petang smalam dh pegi dulu tp doc suro dtg opis hour untuk amek blood test. tu yang pegi pagi ni.. masa kt makmal td, lama gak la nunggu sb org ramai. jumpa gak la sorg 2 bdak opis lama n baru. bila yasmin dh kena panggil, masa masuk bilik nk amek darah tu baru ja nk duduk, yasmin dh jerit2 sambil sorok tangan dia tamau kena cucuk. cam tau2 ja nk kena cucuk huhu.. dah setel cucuk, tunggu lak nak jumpa doc.. ms tunggu keras tangan yasmin yg kena cucuk tu hehe! pehtu buat muka kesian dengan mata besaq dia tu, alahai ksian sunggoh la tgok dia time tu.. sambil tunggu nk masuk, makan la roti krim yg 60 kupang. habih ko! kalo tak jenuh nk menghabihkan.. last2 mama jugak yg kena prabih.. cmna la badan mama tak besaq? mulut mama ni dah jadi tong sampah untuk yasmin and papa hehe! tong sampah bergerak gituh! canggeh wo! bila jumpa doc, doc tanya la macam2.. so bila aqu jawab n explain apa yg dia tanya, sambil tu dia bole dok nguap.. hampehss.. dah la tak cover mulut huhu! tapi aqu faham, doc kat situ keja sampai pkui 9 mlm. pehtu asyik tengok muka orang saket ja.. kesian kan.. tapi duit masyuk pe hehe!

hari ahad malam (3hb) dalam pkui 8pm ++, aqu tepon umah tokwan tak angkat2 la plak.. aqu call lagi pon tak angkat. trus aqu call hp mak tp bapak yang jawab. bapak time tu otw g mana tah, suro call mak. sambil tu bapak bagitau yang tokwan masuk spital, dok mracau2 taktau cakap pa. maktok lak ada kat umah.. time tu aqu dah tak sedap ati. call mak, mak kata tokwan masuk hosp kulim pakai ambulan swasta sebab tokwan lemah sangat.. aqu dh tak senang duduk time tu.. pas call mak, aqu bg yasmin tdo. dalam dok bagi yasmin tdo tingat balik kat tokwan. trus utarakan cadangan kat hubby balik penang.. bincang dah habih2san kami decided balik penang malam tu jugak. plan balik sehari ja tp dragged smpai 2 ari. packing2 barang trus zass balik dalam pkui 12am.. brenti dalam 2 kali, tuka2 driver sampai la umah dalam pkui 630am hari isnin... dalam pkui 1pm++ sampai hosp kulim, sedey sangat bila tengok tokwan time tu.. dia pakai oksigen, drip smpai 2 kiri kanan, ada heart monitor, tiub kahak, tiub kencing, wayar2 lagi.. pehtu tokwan cengkung ja.. masa aqu datang tu dia tengah tdo.. tokwan macam sedaq tak sedaq gitu.. pehtu dia cakap apa pon xpaham sebab kahak dia berkumpul so mmg tak paham dia ckp apa.. kesian sangat time tu :(
sambil dok tengok tokwan tu, doc datang. tapi dia cakap dengan makcik ana. yang aqu dengar, tokwan ada pnemonia, lemah jantung, apatah lagi yang memang penyakit yang tak penah tokwan ada. bayangkan selama 80 tahun ++, vision tokwan elok, kencing manis tadak, blood preasure cantik, cuma lutut ja saket sebab terjatuh dulu.. ni pon tokwan demam sampai lemah badan.. semalam aqu dapat tau yang tokwan kena scan kepala kat hosp sg. petani n alhamdulillah semuanya ok.. aqu berdoa semoga tokwan cepat sembuh hendaknya insya Allah... 
Powered By Blogger