Dan seandainya ada antara ibu yg memang tidak dapat menyusukan kerana "tiada susu langsung", anggaplah itu sebahagian dari ujian yg Maha Esa, bermuhasabahlah diri masing-masing kerana hakikatnya, tiada IBU YANG MELAHIRKAN BAYI TIDAK MEMPUNYAI SUSU BADAN... mungkin tahap ujian dari seorang ibu berbanding ibu yg lain adalah berbeza. Cuba ambil secara positif: "Jika aku tiada susu, hingga waktu ini, mungkin ada sesuatu yang sedang Tuhan itu mengujiku, mungkin mahu menyedarkan aku betapa beratnya tanggungjawab untuk membesarkan seorang zuriat, bukan semata-mata mengandungkan dan melahirkan sahaja. Oleh itu Tuhanku mahukan aku terus berusaha dan tidak pernah berputus asa kepada takdirnya, kerana telah disebut sendiri oleh Yg Maha Esa bahawa selagi aku berusaha dengan ikhlas demi anakku, InsyaAllah usaha murniku akan dilihatNya dan aku akan terus berdoa untuk dia memakbulkan doaku untuk memberi susu ibu".
Dan apa pula yang perlu dibuat sekiranya memang ditakdirkan TIADA SUSU LANGSUNG? Tuhan itu telah menzahirkan melalui sirah Rasulullah. Bermakna, CARILAH IBU SUSUAN. Ibu susuan bermakna "wanita yg sedang menyusukan bayi yg masih mempunyai susu". Dan tidak pula diperintah untuk terus mencari susu binatang. Dengan adanya contoh ini, kenapa kita terlalu menunjuk pandai memilih susu tepung lembu/kambing untuk bayi. Tapi saya agak kesal dengan apa yang berlaku, hanya sebilangan ibu bapa yg memandang positif kepada "ibu susuan"... manakala sebahagian besar memandang kaedah ini sebagai "nanti anak saya dipengaruhi oleh DNAnya", atau ada pula yang mengganggap "agak geli jika susu badan wanita lain masuk ke tubuh anaknya"....Astaghfirullah
Terpulang kepada individu untuk menilai macam mana. Tapi macam saya katakan, kita ni hanya HAMBA ALLAH yg lemah dan pengetahuan kita terbatas, apatah lagi untuk menilai sesorang ibu susuan samada hasil susunya baik atau tidak. Jika kita kata kita mampu menilai seseorang yang ingin dijadikan ibu susuan itu sampai sebegitu rupa, adakah kita cuba melawan contoh yg Allah dah sampaikan kepada kita melalui Rasulullah? Dan seandainya kita tetap mahu menilai, cuba muhasabah diri sendiri, apakah kita adalah contoh terbaik untuk anak kita? Manakan tahu Allah nak beri nikmat dan hikmah penyusuan itu melalui ibu susuan? So, memang susah nak didebatkan, tapi apa yang mampu saya kata adalah selama ini semua cuba katakan ikut sunnah Rasulullah, tapi bila sampai bab ibu susuan, rata-rata berfikiran negatif... so wajarkah?
No comments:
Post a Comment
habag mai sat