14.2.11

Foremilk dan Hindmilk

::yang kiri itu foremilk, yang kanan itu hindmilk. Hakmilik kekal Adam Muqris ;)::



Apa itu foremilk?

Foremilk


Ini adalah susu ibu yang mula-mula keluar berbentuk dan kelihatan kebiruan macam air biasa dan agak cair. Kandungannya lebih banyak air, hanya mempunyai sedikit lemak dan karbohidrat, serta tujuannya ialah menghilangkan dahaga bagi bayi.


Apa itu hindmilk?

Hindmilk


Selepas anak kita menyusu selama beberapa minit, susu akhir akan dihasilkan dimana ianya kelihatan agak pekat, lebih berkrim (disukai ramai?? hehehe) Malah hindmilk kandungan kalori sangat tinggi dan sangat kaya dengan lemak. Susu inilah yang penting untuk tumbesaran bayi. Boleh dirumuskan disini hindmilk adalah makanan yang lengkap dan sempurna untuk bayi dan membantu bayi menambah berat badan. Malah ibu yang mengalami puting luka (sore nipple) mampu menyembuhkan keadaan tersebut dengan menyapu susu ini kerana ia lebih moisturized serta dapat melegakan kesakitan pada nipple.
Maka kedua-dua belah breast mengandungi komposisi susu ibu yang sama. Kedua-duanya mempunyai foremilk yang menghilangkan dahaga dan hindmilk yang mengenyangkan.

So eloknya jika mahu bayi mendapat khasiat seimbang, penyusuan haruslah sekurang-kurangnya 15 - 20 minit bagi sebelah breast sebelum menukarkan ke sebelah lagi breast malah lebih baik jika teruskan sehingga breast terasa kosong. Jika breast di sebelah (yang bayi tidak menyusu) teras berat dan penuh, ibu boleh mengepam sambil menyusu untuk membuat stok EBM. Semakin kerap breast dirangsang, semakin banyak susu dihasilkan.

hindmilk lebih tinggi lemak dan apabila bercampur dengan foremilk yg tinggi laktosa maka bayi menerima makanan yang sempurna, dengan kalori lemak untuk pertumbuhan dan laktosa untuk tenaga dan perkembangan otak.


Happy Breastfeeding! ^_^

No comments:

Post a Comment

habag mai sat

Powered By Blogger