5.1.11

tips penyusuan berjaya part 1: semasa mengandung

Hellu suma!

ni nak bagi tips sikit. tips ni pun berdasarkan pengalaman masa aqu mengandung dulu. ye la, 2 kali preggy banyak pengalaman yang aqu timba pasal susu ibu yang sebenarnya bermula dari masa mengandung lagi. apa yang nak dibuat masa baru dapat tau mengandung? Ni antara amalan yang aqu buat:-

1.  Pasang NIAT Nak Susukan Baby Sepenuhnya.
Niat adalah sangat penting yea puan-puan sekalian.  Apa yang kita nak buat sekalipun, niatlah yang menentukan 99% jadi tak jadi sesuatu benda. Oleh itu, marilah kita berniat secara suci murni untuk susukan bayi kita dengan susu yang dihasilkan sendiri oleh badan kita. Oh ya, FYI, sekiranya kita fully bf, kita dapat menten ataw kurangkan berat badan walaupun makan nasik tambah 3 pinggan penuh. oh heaven sangatt! i loike!!

2.  Keadaan Persekitaran Pejabat.
Perhatikan dulu keadaan persekitaran pejabat.  Sekiranya cubicle ataw meja opis puan-puan adalah jenis terbuka, sila cari tempat yang sesuai untuk perah susu (surau, stor, bilik tertutup.  Tandas adalah sangat tidak sesuai untuk pam sebab berjuta-juta bakteria berkeliaran di situ). Untuk yang jenis bilik mungkin tiada masalah untuk sesi mengepam. Pam ajer dalam bilik puan-puan.

3. Manual vs. Elektrik Pump??
Saya lebih suka manual sebab bole pam di mana-mana sahaja tanpa perlu memikirkan power bateri cukup ke tak, nak cucuk suis kat mana, etc. Tapi tiada masalah untuk yang ada bilik sendiri di pejabat sebab power point ada kat bawah meja kan...

4. Bajet
Kalo nak pakai pam yang berkualiti dan tahan lama tetapi ribuan harganya, puan-puan boleh la mula mengumpul wang setiap bulan ataw main kutu. Lepas tu, kalo nak beli, sila beli di kedai-kedai babystore. Kalo beli secara online, saya tak galakkan sebab penah jadi kat batang hidung sendiri kunun nak pakai yang recomended dan hospital grade tapi kena tipu hidup-hidup. Original price RM 1k++ full set tapi bole dapat rm 700 sebab beli kat UK. dah bank in rm 300 dulu sbgai deposit tetapi setelah 6 bulan habok pon tarak. Mula-mula call, pastu mesej, pastu diam terus. takpe la, nak buat apa dengan duit aqu tu buatla. nanti kita jumpa kat padang masyar ya. sebab itu la saya pakai pam yang murah tapi masih berkualiti...

5. Picit Memicit Cuci Mencuci
Sangat sangat sangat sangat kena buat. Inilah faktor penentu utama berjaya ataw tidak penyusuan. Sila picit dan cuci cik B puan-puan setiap kali sebelum dan selepas mandi sampai bersalin. cemana nak cuci? pakai towel kecik ataw kain yang bersih dan basahkan kain lalu cucikan kat aorela. untuk yang inverted B, selalu la gentel dan picit untuk meransang cik B puan-puan timbul. jangan sabun kat aorela sebab sabun ni mengeringkan aorela. Jangan panik kalo ada keluar air, itu adalah susu. juga jangan panik keluar daki dan putih-putih, itu adalah penyebab utama susu tak keluar sebab saluran tersumbat.

6.  Makan
Mula makan makanan yang berkhasiat. Bukan sahaja baik untuk tumbesaran bayi dan kesihatan puan-puan, malah penghasilan susu yang baik juga dapat dijanakan. Sawi, bayam, ikan bilis, kurma, kismis, longan/mata kucing, lobak putih adalah antara penjana susu ataw milk booster yang bagus. saya amalkan makan kurma dan sawi setiap hari dan Alhamdulillah susu banyak sebaik sahaja lepas bersalin.

rasanya tu je kot yang aqu amalkan masa mengandung. kalo ada lagi aqu apdet..

Dont Give Up Hot Mommas! ;)

4 comments:

habag mai sat

Powered By Blogger