12.10.10

hangin aih!

sebab-musabab aqu berangin ja nih! hiissshhhhhh!!

1. aqu begitu semangat proton inspira waja lancer baru menonton 10m women diving kat new delhi tv dan yippie malaysia menang gold medal. tahniah diucapkan buat Pandelela Rinong Pamg
::Pandelela (kanan) dan Mun Yee::
-pic googled-

Baru la nak feeling-feeling nyanyi lagu Negaraku skali tak tunjuk pon prize giving. Aqu hangin hokay! Yang buat aqu lagi hangin tuh, arini men's diving dan Malaysia adalah satu-satunya negara asia yang masuk final. Negara lain adalah Australia, Canada dan England. Malaysia adalah ditangga keempat dan time tu tegedik-gedik tunjuk prize giving. haaarrrghhhh!!!

2. yang buat haqu hangin ni adalah komen anonymous kat blog kesayangan aqu, kak Di. Aqu rasa better hampa baca dulu. Dah baca dah? Hampa tak hangin ka dengan maknusia golongan sebegini?? hingat hang tu dah baik sangat kaa haaaa??!! Orang sakit sepatutnya didoakan semoga selamat semuanya bukan dengan hantar komen cenggini. dah la anonymous, sangat pengecut hokay! bak kata tubelawak pasal anonymous:
begitu juga dengan anonymous diluar sana.. mereka ada keberanian untuk memaki hamun dan mengutuk penulisan orang lain, tapi mereka 'takdak kote' untuk meletakkan nama atau email mereka.. kah kah kah..

ok, dah lega sikit dah hehe! pasni Dato' Nicol David dengan Ong Beng Hee akan beraksi lak. Gudluck!

9.10.10

susu ebm yang telah dicairkan tahan berapa lama eh?

aqu konfius la pasai thawing stok susu yang diperah atau bahasa omputehnya Express Breast Milk (EBM) dan aqu cari maklumat kat intenet tapi info-info tu suma buat aqu lagi konfius! nasib baik ada kengkawan hospital bersalin.com kat mukabuku yang sudi nolong aqu. terima kasih diucapkan. So, untuk mereka yang konfius gak cam aqu, ni ada info pasal cara menyimpan dan thawing EBM:


EBM yang diperah (fresh punya aka segar dari ladang) suhu bilik: tahan 4 jam

EBM yang disimpan dalam fridge (bhgn bwh aka bukan tmpat ais) [chilled] : tahan sehingga 4 hari

EBM yang disimpan dalam freezer (bhgn atas tmpat ais) [1 pintu]:2 minggu

EBM yang disimpan dalam freezer (bhgn atas tmpat ais) [2 pintu]: 3 bulan

EBM dari tempat freezer ke fridge: tahan dalam 24 jam

EBM yang dah cair dan dipanaskan: tahan 1 jam

untuk EBM yang dah dicairkan tu katalah ada 4oz dan nak pakai cuma 2oz, kita panaskan 2oz dulu. yang lagi 2oz tu simpan dulu kat fridge so takde la membazir, kan? tapi cuma bole pakai dalam masa 24 jam je sebab dah dicairkan.

~ok, saya faham sudaa~ (^_*)

semoga kali ni aqu dapat fully BF Adam Muqris Insya Allah.. Chaiy0k!
dan semoga kali ni halangan nak BF dapat ditangkis dengan jayanya Amin..
*puh kiri* *puh kanan*

6.10.10

hello semua! lama tak apdet crita hehe! meh sini kami nak stori mori kat hangpa suma

weekend aritu isham n yasmin balik menjenguk mama and adam muqris tersayang. pehtu ari sabtu petang tu kami pi la kat tesco BM yang baru dibukak pada 23 sept yang lepaih. oh tesco ni dekat ja dalam 5min naik keta sampai la. tujuan utama sebab nak cari manual breast pump.

eh? taim yasmin dulu rilek ja pakai tangan

memangla bole nak perah pakai tangan tapi lambat dan memakan masa. lagi pulak dulu bos rajin dok miting sana sini sinun so tarak hal la kan? taim yasmin dulu tak buat stok pon. kira memang segar dari ladang la sebab dulu neseri bawah opis ja. so anytime bole lari sat susukan yasmin. nak-nak plak yasmin dulu memang rijek puting tiruan. kali ni plak takleh la nak lari-lari dah. kalo lari mau bepeluh segala celah bedah baru sampai neseri. tapi bukan neseri yang berubah. opis mama dia yang kat tempat lain. dulu sebelah blok ja skang sebelah kompleks huhu.

sambung balik stori, kami pon pi la merayau kat area tesco tu cari breast pump tapi nan ado. ya, aqu masih berpantang lagi tapi idokle teman pi pakai kaen batik. pakai suar sudaa. masa masuk tesco tu ja bukak stokin hehe. memandangkan barang yang nak beli nan hado, kami pon pi futkot tesco sebab isham n yasmin tak makan tengahari lagi. isham oder nasik goreng pataya kedekutt. awat kedekut? sebab sikit nak mampuih. kira buat isi celah gigi ja la. nak-nak plak depa makan kongsi dua branak. aqu? telan ayaq milo ja.

dah selesai makan kami pon balik la. oleh kerana nasik goreng pataya tadi hanya dibuat untuk diisi celah gigi, mak telah membelikan mereka nasik ayam. baru ja nak makan yasmin kata nak berak. tapi bila pi toilet tak berak-berak pon. ada la dalam 2 kali cenggitu. pehtu dalam 15min lepas tu, yasmin muntah-muntah. aqu dengan isham dah cuak dah. dah lama yasmin tak muntah-muntah cemtu. rasanya last dia muntah masa dia demam tahun lalu.  masa tidoq pon yasmin muntah lagi so isham pi la bawak dia klinik. kena lak charge RM50 hengget! ubat dia cuma ubat tahan muntah, demam n angin. orang klinik tu kata double charge sebab tengah malam. kira awai pagi la sebab isham kuaq  dalam pkui 1-2 pagi. gila punya dok buat duit. cemana la kalo orang susah pi berubat kat depa?

ari ahad lak kalo tak isham n yasmin dah balik tapi keadaan yasmin yang dok lemah lagi kena tunda la balik hari isnin. hari ahad tu alhamdulillah yasmin tak muntah dah cuma tak lalu nak makan. kami pon umpan dia makan moi (bubur) ayam mcD baru la dia nak makan tu pon tak abeh. pehtu petang tu sambung cari breast pump tapi ni pon dekat depan rumah ja. aqu rembat breast pump yang ni

::pic googled. thx to yantieazan::

hari isnin depa anak branak pon balik. pehtu dalam 3jam kendian dapat mesej isham bagitau yang yasmin muntah 2 kali dalam bas. aqu dah tak senang duduk dah. runsing betui. malam tu pulak isham lak yang muntah 2 kali. pagi isok tu isham pi klinik n doc bagitau yang dia kena food poisoning. sah! nasik pataya kedekut punya la ni sebab pas makan tu yasmin yang kena dulu. cemana ni tesco baru bukak 2 minggu dah kotoq? nak kena report ni. besa tu! dah la kedekut kotoq plak tu. haria sat gi baru tau!

~tarik napas.... hembossss~

ok arini bawak adam muqris pi check up sebulan. berat sudah 5.1kg. bravo. aritu misi datang melawat umah hari yang ke-9 baru 4.1kg.. misi cakap "besaqnya.. minum susu apa ni?" susu cap gantung", aqu jawab. pehtu adam kena cucuk huhu! cian dia!

30.9.10

apa lagi crita yang aqu nak crita, kan?

misti la cerita pasai adam muqris lagi huhu..

skang nih, siang dia tido, mengeliat, kentut, susu, berak, susu, tido,susu, kencin, susu, tido. susu menten every 2jam. kenkadang sejam stgah. malam plak, tido, susu, berak, kentut, susu, merengek, susu, merengek, susu, merengek, susu. dekat nak pagi baru dia tido. malam tadi paling best, dari 23:31 sampai la 04:51 baru dia tido hokkay! mata aqu ni memang rabak la. dah la aqu bukan jenis tido petang. sib baik malam tadi dalam pkui 9pm++ aqu dah tido. pagi tadi lak pkui 8 bru bangun. pastu pagi tadi aqu bagi mandi adam sebab mak dah lambat nak pegi keja..

skang ni banyak pulak kes baby tercekik susu kan?
pastu malam tadi dapat info pasal seorang bini ni tengah marah-marahkan laki dia. pastu sambil dok marah-marah tu dia susukan anak dia. skali anak dia meninggal. pegi hospital, doc check, and tanya la kat pasangan laki bini ni ada masalah rumah tangga ke? rupanya memang bermasalah la. nak2 plak tengah marah-marah laki dia. doc check rupanya susu tu jadi racun... tak tau la betul ke tak tapi yang aqu tau masa marah amatlah tak digalakkan nyusu baby sebab baby akan jadi seorang yang pemarah bila besar nanti...

sigh... cam nak cuti sebulan menjaga anak la.. tapi kenapa tanpa gaji. at least buat la separuh gaji. dah la maternity leave 2 bulan jea. sebab aqu nak cuti adalah kerana neseri start amek baby umur 3 bln. tu pon belum pasti adam bole masuk ke tak. haduih!

27.9.10

pelik gak


pelik gak aqu sebab masa mengandung adam
paling banyak berjalan dari komplek c ke b masa balik keja tiap hari
paling kurang makan fast food
tapi poly (air ktuban banyak), baby besar sedangkan 
mula-mula check perut doc kata thickened abdominal wall ja
sampai kena buat MGTT
sebab doc takut ada diabetes
baju kurung pon bole pakai takat 3 bulan ja sebab masuk 4 bulan memang tak celuih sangat-sangat dah
nak dibandingkan dengan mengandung yasmin dulu
paling banyak pulun fast food sebab nanti masa pantang takleh makan dah
paling kurang berjalan sebab masa tu masih satu opis dengan isham
baju kurung bole dok pakai lagi masa nak masuk 7 bulan


p/s: ni gara-gara soklan pakngah kat mukabuku tadi,
"apa yang isham bagi farehah makan masa mengandung dulu? Rekod keluarga kita cucu2 tok mat tak pernah lebih 3 kg masa lahir."
~huhu~

26.9.10

pitcha











ni la Adam Muqris. Gambar tak banyak lagi la. nenanti aqu uplod lagi k..











19.9.10

kronologi melahirkan Adam Muqris

1 sept - arini due date. datang opis cam biasa buat kerja opis. appoinment klinik 11am. masa pi klinik untuk check up, contraction ada la sket. bagitau kat nurse pagi tadi n sebelum masuk bilik ada rasa contraction. so nurse mintak buat timing contraction. masa wat timing tu 2:10. diorang mintak pi hospital sebab contraction kuat.  pi hospital, wat CTG, timing contraction, jalan lak dah bukak 1 cm. so, kena admit kat wad sebab aqu ada 1 prev scar. kalo tak confirm kena balik dulu huhu! admit wad dlm pukul 3.40pm.

2 sept - jalan still 1cm. contraction on off plak. bincang dengan doctor nak bagi peluang untuk normal dulu.

3 sept - start 1st induce (IOL). contraction pon makin cantek.

4 sept - contraction kejap cantek kejap bole rilek-rilek gitew. jalan dh 2cm.aktiviti seluk-menyeluk adalah aktiviti tetap setiap 4 jam. hazab okeh. ada satu tahap tu aqu cam dah give up n nak operate trus tapi miracle can happen kn? so, masih bersabar...

5 sept - 2nd IOL. buat CTG cam tak lawa graph dia. petang tu doc robek-robek kasi bukak 3cm, pecahkan ketuban n masuk ubat berak. yang tak syok tu, jalan 3cm tapi bukaan serviks still 1 cm n tight. selesai suma dah kena pi labour room. sepanjang otw pi labour room tu air turun tak hengat punya. masuk labour room dalam pukui 6.05pm. dalam pukui 8pm, last IOL tapi masuk drip. contraction jangan crita la. menyengat-nyengat wo0... dah la air ktuban dok turun lagi sampai 2kali tuka kain cadar. memang banjir la atas katil tu. dah contraction ditambah lak dengan sejuk aircond-plus-air ktuban memang sejuk tegedik-gedik aqu.doc bagi masa kat aqu kot2 la last IOL tu bole bukak lagi jalan tapi apakan daya, setelah 6jam dalam labour room jalan still 3cm so final option, c-sect! haih~ tapi kali ni takla rasa keciwa sesangat mungkin sebab dah mentally prepared sesiap kut..

6 sept - masuk OT pkui 0007am. sebaik sahaja doc kata "ok? ready ar" trus perut aqu dibelah dengan laser. semerbak bau kulit aqu tebakar huhu. ngeri okeh. kali ni operate dorang tutup terus. takdenye ko leh intai-intai perut kena belah kat lampu. so agak boring gakla nak tunggu baby keluar. nak tido takleh tido so mengelamun la apa yang patut. tepat 0022am, buat pertama kali dengar suara Adam Muqris. Alhamdulillah.. pastu aqu dengar dorang gunting tali pusat, trus bawak pegi bilik sebelah. dalam 5minit cenggitu, ada sorang laki masuk bilik operate. sambil lalu dia kata "3.7" pastu doc yang keliling aqu cakap"3.7? patutla tanak keluar". dalam 10-15min cemtu datang la nurse sambil dukung Adam cakap "nak tengok baby? nah" sekali dia tunjuk muka Adam sebijik macam yasmin dulu cuma kali ni extra besar n dah tekebil-kebil tengok aqu. besar anak mata itam dia. pastu dia tunjuk jantina lak memang confirmed Adam Muqris. memang lega sesangat lepas menatap wajah Adam Muqris. pastu aqu rasa uri dikeluarkan. tapi bila dorang tengah jait perut aqu rasa ngilu-ngilu. aqu lak makin rasa sejuk. ayo0 ubat bius dah nak abes ka? masa dorang tak abes lagi aqu dah mula start shivering. cam nak bagitau ja kat dorang ubat bius dah abeh tapi camna nak bagitau? "doc, saya rasa ubat bius dah abeh la" takkan nak bagitau cemtu kot? nebes aqu jap. dalam nak bagitau ke tak at last abes gak dorang proses aqu. syukur sumanya selamat...

12.9.10

salaam

hai kawan-kawan!
ada sihat ka?
darah tinggi kencin manis ada ok ka?
aqu cenggini la.. mode berpantang gitew kan so diet aqu hanya yang sihat-sihat aja...

Tanggal 6 September 2010, jam 0022am, aqu telah selamat melahirkan seorang hamba allah yang dinamakan sebagai Adam Muqris melalui perut yang terbelah huhu!

nanti aqu hapdet lagi ok. sekarang nak mamam ikan haruan yummey!
Powered By Blogger