21.1.13

Mari menjamu mata. tudung bawal in da house!

Tudung bawal bidang 45'
Harga: RM15 (tambah RM5 untuk pos).

beli 3 helai free pos = RM45
kalau COD 3 helai diskaun RM5 = RM40
(COD area Putrajaya shj)
sila hubungi melalui emel: farehah84-at-gmail.com atau message di facebook 



1

2

3

4

5
6

7

8

9






16.1.13

'listen speak'

saja laa kongsi-kongsi fenomena 'listen' and 'speak' hahahaha!


::terry from red fm::

::iklan DiGi::

::Digi::


::nando's::




::kawan aku pon fening gak hahaha::










Wednesday is wise words day

WiWWD

hari untuk peringatan diri sendiri gitewww kennnn~

baiklah anak-anak

today's wise words is..............
*

*

*drumroll*

*

*

*

*

*baddum tsh*





15.1.13

GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI LIMA BUAH WILAYAH AKIBAT HENTITUGAS LOJI RAWATAN AIR SUNGAI SEMENYIH (WILAYAH SEPANG)



MAKLUMAN AWAL GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI LIMA BUAH WILAYAH AKIBAT HENTITUGAS LOJI RAWATAN AIR SUNGAI SEMENYIH EKOR

SIARAN MEDIA  
14 JANUARI 2013

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin melaporkan bahawa gangguan bekalan air tidak berjadual telah berlaku di lima buah wilayah, iaitu Petaling, Hulu Langat, Sepang, Klang dan Kuala Langat ekoran hentitugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih yang diuruskan oleh operator loji, Syarikat Konsortium Abass sekitar jam 1.30 tengahari hari ini berikutan disyaki berlaku pencemaran minyak kelapa sawit di Sungai Semenyih.

Sebagai makluman, Loji Rawatan Sungai Semenyih membekalkan air terawat kepada  lebih kurang sejumlah 349,000 akaun pengguna di sekitar Wilayah Petaling (118,000 akaun), Hulu Langat (125,000 akaun), Sepang (65,000 akaun), Klang (19,000) dan Kuala Langat (22,000 akaun). Pada masa ini, pihak SYABAS masih sedang mengenalpasti kawasan-kawasan yang dijangka mengalami gangguan bekalan air ekoran kejadian hentitugas loji ini. Pihak SYABAS akan memaklumkan kepada orang ramai berhubung kawasan terlibat secara terperinci serta situasi terkini dari semasa ke semasa.

Sebagai langkah awal, pihak SYABAS masih sedang memantau kolam-kolam utama yang menerima bekalan air dari LRA Sungai Semenyih. SYABAS juga telah menghantar surat kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk mendapatkan kerjasama Kerajaan Negeri dalam menyediakan bekalan air melalui lori tangki dan tangki statik memandangkan loji rawatan air Sungai Semenyih ini diuruskan oleh syarikat milik Kerajaan Negeri dan aset-aset SYABAS masih terikat dalam kejadian gangguan bekalan air yang melibatkan Wilayah Kuala Lumpur ekoran kegagalan rumah pam Wangsa Maju. Di samping itu, memandangkan sumber dan kualiti air mentah adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri menerusi Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), maka adalah wajar untuk SYABAS mendapatkan kerjasama daripada Kerajaan Negeri Selangor dalam menangani isu ini.

Untuk makluman, gangguan bekalan air yang berlaku ini merupakan insiden yang baru dan tidak mempunyai kaitan dengan kejadian gangguan bekalan air ekoran kegagalan rumah pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu baru-baru ini.

Sementara itu  para pengguna dinasihatkan agar mengurangkan penggunaan air dan menggunakannya dengan penuh hemah sepanjang tempoh ini. Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin membuat laporan berkaitan bekalan air disaran agar terus menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan SYABAS, iaitu PUSPEL di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui SMS, dengan menaip PUSPEL dan hantar ke 39222 supaya tindakan segera diambil oleh SYABAS. Para pengguna juga boleh membuat laporan kepada SYABAS menerusi laman web twitter dan facebook dengan mendaftar di laman web berkenaan.


Senarai Kawasan Terlibat Bagi Wilayah Sepang
Seluruh Sg Merab :                                                                                        
==================
Kg Sg Merab Hulu
Seluruh Sg Merab Luar (Seluruh Kawasan Dalam Sg Merab Luar)
Desa Damai
Kg Sg Merab Tengah
Rkt Limau Manis
Tmn Air Hitam Permai
Tmn Desa Sentosa
Kg Sg Merab Luar
Desa Sri Melor
Tmn Damai
Rkt Sg Merab

Seluruh Bdr Baru Salak Tinggi
==============================
Tmn Mawar
Tmn Seroja
Kosmopleks
Pej Daerah Sepang
Tmn Ixora
Bdr Baru Salak Tinggi
Kaw Ind Bdr Baru Salak
Kota Warisan
Seluruh Bdr Baru Salak Tinggi
Seluruh Tmn Dalam Bdr Baru Salak Tinggi

Kawasan Puchong
==================
Tmn Putra Prima
Tmn Aman Putra
Kg Pulau Meranti
Tmn Meranti Jaya
Tmn Meranti Permai
Bdr Bkt Puchong 2
Tmn Mas Puchong
Tmn Prima Tropika
Tmn Putra Perdana
D' Alpinia
Suri Tropika
Tmn Tsk Puchong

Lain-Lain Kawasan :
==================
Tmn Desa Ayer Hitam
Kg Dato Abu Bakar Baginda
Seluruh Cyberjaya
Seluruh Putrajaya
Ioi Resort Putrajaya
Tiara Heights

Kawasan Salak
================
Kg Chinchang
Kg Lembah Paya
Kg Bkt Ibol
Kg Geching
Kg Salak Tengah
Kg Salak Tinggi
Kg Labu Lanjut
Pekan Salak
Rkt Labu Lanjut
Tmn Desa Salak Permai
Tmn Desa Salak Permata
Tmn Desa Mutiara
Tmn Salak Jaya
Tmn Salak Murni

11.1.13

Telekung Maryam (Pre-Order)

keistimewaan telekung Maryam ini ialah :-
1-- Tidak jarang

2--kain berat dan jatuh

3--LYCRA berkualiti tinggi (tidak panas)

4-- Tidak mudah kedut

5-- Bahagian kepala (muka) yg kemas dan rapi

HARGA RM150 (FREE POSTAGE)










Plus, telekung lycra untuk kanak-kanak pon ada jugak.

Warna HITAM, PUTIH, CREAM dan LITE PINK sahaja.... so size utk telekung budak ni hnya ade satu je... FREESIZE KANAK-KANAK

LABUH KAIN (dari pinggang hingga ttup kaki) = 38 inci
LABUH TELEKUNG (dari kepala ke lutut) = 38 inci

HARGA = RM100 (free postage)

* utk mereka yang nk beli sedondon (sama warna ibu dan anak) diskaun RM10 
so TELEKUNG DEWASA (RM150)+TELEKUNG KANAK-KANAK (RM100) = RM250
DISKAUN RM10 so TOTAL = RM240 (free postage)





aku dah beli aritu kaler dark blue turqoise




memang selesa, tak panas dan tak jarang dan tak renyuk pon.
so memang pilihan yang sangat sesuai dibuat travel.
gumpal gumpal masuk beg adam dah pi jenjalan hehe
bole jugak buat hadiah/hantaran sebab kaler dia cantik-cantik..

so, kalo nak order, boleh terus kontek kakak aku 012-5624503 (fairuz).
better mesej/call henpon sebab dia jarang online.
at least kalo thru fon bole dia reply cepat kan...
lupa nak mention, yang ni suma pre-order, so bila ada order baru dorang jahit.
so dalam 3-4 hari dapat la kot... tapi apa2 better kontek terus dengan kak aku orait....


10.1.13

malam tadi kan....

hah saspen dak tajuk? hehe :P

malam tadi baru la bekesempatan nak tengok AJL27 sebab masa ari ahad tu aku nak tidokan adam. tapi masa tu dah pkui 8.45pm konfem la pakcik ni amik masa tido kan. so awai² tu dah pesan kat isham tolong rekod. sempat la sambil lalok² tu dengaq misha omat nyanyi hehe!

ok lepas tengok ajl tu aku sambung tengok citer punar vivaah yang tinggai baki skit je lagi sebab ritu ngantuk sangat tak sempat tengok sampai abih.... dah abih tu mataku ini masih segar bugar so untuk tidak melayan mata ini supaya insomnia aku tidak berulang, aku pon bawak la diri ini masuk tidoq.. pusing sana pusing sini agak² dah nak lena dah adam taktau la ngigau ke hapa dok pkui² min. pehtu agaknya dia tak pueh nomnom susu mama (sebab mama tengah red flag so susu ada skit moral down) dia tejerit² "nak ayye! nak ayye!" aku dengan mata kekelat marah la dia jugak "ni ha minum!" pehtu geleng-geleng sambil mulot dok cakap nak ayye tangan dok point kat pintu.

ohhh laa adam! dah besaq dah la anak mama nie. dah pandai mintak ayaq tetengah malam.... dah tuang kat dia, gluk gluk gluk gluk haaah~. pehtu bole plak nampak pinggan kosong atas table top tu dah nak makan plak dah~ pastu aku teruih dukung dia masuk bilik.

turunkan dia, dia kuar bilik cemana tah bole la plak nampak roti dalam gelap² tu truih "ti.. nak oti.."
aku dengan mamai lagi pi la amik roti bagi sekeping kat dia. pastu nak dudukkan dia atas katil o0h tanak. nak baring hokeh. dah baring dengan sambil makan roti kiri kanan sambil tu dia terlelap. pastu terjaga sambung kunyah. ada la dalam 4-5 kali cenggitu dia letak roti tu pastu dok mrengek "nak.. nak.." dah nak susu pulak dah. aku dah la letih terus cakap "kalo nak buang dulu roti tu baru bole minum". taknak plak, dah sambung baring sambil kunyah roti sambil pejam mata truih tidoq sampai pagi ni kami 1 famili tidoq laa dengan cebisan roti bersepah-sepah 1 katil.


Sekian.


7.1.13

nostalgia




kecik ja kan aku?

tu la, aku dah bagitau dulu-dulu aku cenonet jea....

tengok tu besaq sapa?

haaa, besaq min ja huhu!

masa ni tak silap aku baru umoq 4-5 taun....

masa ni baru beli saga.

merah menyala kan?

plat num. PBL 8844.

corduroy overall tu mmg peberet la.

pakai sampai dah takleh nak butang huhu

rambut menten pendek sampai start keja baru simpan panjang hehe!


3.1.13

Big Bad Wolf 2012

yuhuu!

ye tau.

nak crita pasai taun lepaih la nih hehehe!

BBW kan wat 7hb - 23hb kan

tapi time tu mana gaji lagi

so tunggu la gaji masuk....

so dapat gaji tu

pi la sana for the 1st time masa ari jumaat tu....

1st time pegi memang nak beli buku untuk budak² ja.

masa masuk tu

huuuuhuhuhuuuuuuuu~

kembang kempih la idonk nihhhh

Va Va Va Vaaaaa~

manyaknya bukusssssss

ME LOIKE SANGATTTT!

hambik ni hambik tu

haa ni seswai untuk min

ni lak seswai untuk adam

hambik hambik hambikkkkkkk

total suma 107.

fuhhhh~

totally worth it!!

banyak k0t amik hehe!

pehtu, ingat ari sabtu nak pi lagi

tapi orang punya ramai giler

isham memang tak suka tempat yang crowded

otometik muka moncongggg ajerrr

so start daripada tu within 24 hours

aku dok la berzikir kat telinga isham "nak p BBW" hahahha!

so, hari ahad tu, 23hb tu

pi makan kenduri dulu kat presint 10

then shoot truih pi BBW.

isham bulat mata nengok kan hahaha!

pehtu beli skit sbanyak buku

dengan ini




ramai giler order...

tu pon ramai dok tanya ada lagi ka dak buku ni huhu

sorry girls!

tu la, patut aku beli ja lebih kan

sebab buku ni sangat baguih...

tengokla kalo rajin aku taip la nanti

at least bole sharing info kan

sebab sharing is caring and loving kan

hehehe!

yang 2nd time pegi ni pon sumanya total seratus lebih je

termasuk bukus yang orang order, buku isham lagi

tambah lagi buku budak²

sangat berbaloi-baloi ah!!

owh, buku kat atas tuh 8 hengget onli i tell you!
Powered By Blogger