10.2.11

hari itu

okeh, hari tu kan aqu bgtau yang nak bawak adam pi klinik check up untuk 5 bulan.

so far berat dia dah 7.2kg, tinggi 65cm.

owh, masa dok tunggu nombor tu cam besa susukan adam kat bilik nyusu.

bukak pintu bilik nyusu tu, aqu rasa bangga sangat sebab dah bertambah ibu-ibu nyusu.

dulu masa yasmin dulu tiap kali nak pi nyusu paling ramai kat bilik tu cuma 3 orang ja.

masa aqu pi tu ada la dalam 7 orang.

gud2. i loike!

p/s: Happy bday to Nur Aysyah Khalila yang pertama dan Nurul Naimi yang ke Jubli Perak. Semoga dimurahkan rezeki slalu.. Aminnn. nah amik belon sorang satu.


7.2.11

hari ini

hari ni 7/2/2011.

sat ja dah masuk bulan 2 kan?

sat lagi nak bawak Adam Muqris pi check up.

skali pakej kena cucuk kat dramstik dia hehe

oh lupa nak habag,

minggu lepas dia demam tapi sehari jea.

rupanya nak tumbuh gigi.

kesian kat dia dok gatai-gatai gusi.

tengok bunga gusi tu macam gigi atas yang nak tumbuh.

yasmin lak pagi tadi sebok nak pi ofis mama.

tadi masa kejut dia

dia tanak mandi, dia nak tido.

huhu! tu la penangan cuti seminggu kan....

31.1.11

ada apa dengan 27 haribulan 1?? the finale

ececeh the finale gitew...




ok seperti yang dijanjikan, this is the nite event hehe. A lovely home made dinner by my sayang...


mula-mula tunjuk dessert dulu...





::eh, datang dah cik polis. spoil mood btoi la::


::dia nak yang ada lerf-lerf::

::sronot yea ngaco mama gan papa kennn??::

::there goes my dessert. haih. bru ingat nak lick together-gether. yuu calit aii aii calit yuu hiks! tapi non haddo wokeh. tenx to this cik polis::
::pandai naa. makan yg lawa ja::
::cik polis yg menyebok. sib baik encik polis dh tido::
::tengok tuu. tak cukup satu, satu lg dia amek::
::appetiser, broccoli soup n baguette::
::my plate. main course, spiral pasta n chicken and herbs::





Thanx for the lovely dinner sayang =)
Love you so much!
im so happy (^_^)

28.1.11

ada apa dengan 27 haribulan 1??

semalam 27.1.2011 adalah anniversary kami.


aqu bagi ni kat isham.

::biru is my fav kaler, green is his fav kaler, pink kaler yasmin, merah kaler adam, errr putih kaler our 3rd baby kot? huhu::


Dalam nak tengahari tu, isham wat seprais kat aqu. dia mai opis aqu bagi ni





::bunga lili. Adam Muqris tengok pon meleleh ailio::



Aqu tunjuk kat isham aqu bagi ni kat dia



pastu, tengahari tu memandangkan aqu dah makan nasik lemak sebab ada miting seksyen, kami pon makan pastri jea kat kedai Wonderful cake house yang kat Presint 15 tu berdua-duaan gitew. Pehtu balik tu, aqu pon apalagi, terasa cam nak camwhore jap huhu! layan ja la...


::bukan minah bunga tapi buat-buat gedik minat bunga::






::oh munge, nape la hang tak jadi bahan makanan?::



::cam pegang new baby born la plak hiks!::



::nak jugak join kennnn?::


::dah-dah la tu weh, tangan tu cam nak amek ja. nmpak tak tuan umah dah senyum tpaksa?::




::ni sorang lagi::

::chomey la tu? :P::



::thanx sayang for de felawer::
Nanti aqu updet yang malam punya event lak k. Owh, kalo ada sesapa nak oder cupcake tu sila lawati di blog: simply-delicious.blogspot.com

27.1.11

perkara PENTING tentang memerah dan susu perahan

1. Basuh tangan anda sebelum memerah susu.
2. Simpan dalam jumlah kecil (2-4 auns/60-120 mL) untuk mengelakkan pembaziran.
3. Pertimbangkan untuk menyimpan jumlah yang lebih kecil (1-2 auns/30-60ml) untuk situasi di luar jangkaan. Sedikit susu ibu boleh menenangkan bayi sebelum disusukan ibunya sendiri.
4. Anda boleh mencampurkan susu ibu yang dihasilkan dalam sehari untuk mendapatkan jumlah yang diingini dalam bekas simpanan. Sejukkan susu ibu yang baru dihasilkan sekurangkurangnya 1 jam dalam bahagian utama peti sejuk atau dalam bekas penyejuk dengan ais atau pek ais, kemudian tambahkan dengan susu ibu yang dihasilkan pada hari yang sama dan telah disejukkan.
5. Jangan campurkan susu ibu yang suam dengan susu beku kerana ia akan mencairkan sedikit susu yang telah beku. Elakkan juga dari mencampur susu dari hari berlainan.
6. Tinggalkan sedikit ruang di bahagian atas bekas simpanan kerana susu ibu mengembang ketika membeku.
7. Kalau boleh, tandakan bekas simpanan dengan tarikhnya menggunakan label dan dakwat kalis air.

Tip Tambahan!
Tip #1: Susu ibu akan “terbahagi” ketika penyimpanan. Bahagian atas susu ibu (krim) akan kelihatan lebih pekat dan putih. Goncang bekas simpanan dengan lembut untuk mencampurkan bahagian yang terpisah TETAPI elakkan mengoncang dengan kuat.
Tip #2: Bergantung kepada diet ibu, warna susu ibu mungkin berlainan setiap hari (kebiruan, kekuningan atau keperangan). Susu ibu yang beku juga mungkin mempunyai bau yang berbeza dari yang segar dan tiada sebab untuk tidak menggunakannya selagi bayi mahu meminumnya.

Penyediaan untuk Bayi: Mencair atau Memanas Susu Ibu
1. Gunakan susu yang paling lama dahulu.
Bayi mungkin minum susu yang sejuk, pada suhu bilik atau yang dipanaskan.
2. Cairkan susu dengan menyimpan di dalam peti sejuk pada malam sebelumnya sebelum menggunakan atau panaskan dengan meletakkan bekas simpanan di bawah air pili yang suam atau di dalam mangkuk.
3. Jangan biarkan air di dalam mangkuk atau dari pili menyentuh bahagian mulut bekas simpanan.
4. Susu ibu boleh disimpan dalam peti sejuk selama 24 jam setelah dicairkan.
5. JANGAN guna ketuhar gelombang mikro atau haba terus ke atas susu ibu. Ini mungkin menimbulkan ketulan susu dan memusnahkan antibodi yang terkandung di dalamnya.
6. Goncang sedikit bekas simpanan untuk mencampurkan krim semula dan menyebarkan haba dengan rata. Jangan kacau susu ibu.
7. Baki susu dalam botol selepas diberikan kepada bayi perlu dibuang dan tidak boleh digunakan lagi. (seeloknya panaskan susu ikut amaun yang anak minum)
8. Seperti makanan lain, jangan beku kembali susu ibu yang cair sepenuhnya atau separa cair.

Happy Breastfeeding! (^_^)

26.1.11

SOYA DAN SUSU SOYA

informasi untuk semua. dicedok direct dari fesbuk. Sebab sharing is caring ;)
Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka. Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya.

Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita. Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.

Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).

(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino. Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid (3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .

(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya) Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit. Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.
Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.
Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT

Tulisan asal: Ustaz Hashim Al-Maranji
Salam Ukhuwah..~

25.1.11

mother's instinct

semalam aqu lunch dengan norma my ex-roomate-housemate-classmate-coursemate-polymate hehe! macam2 benda la crita dari zaman anak dara ke zaman bini ke zaman mak orang, gosip sikit-sikit. walhal umah sebelah blok ja adeh! kunun nak tukar2 lauk sebab dok dekat kannnnn.. cheh taraknya huhu!

pastu dalam sembang2 tu, crita la pasai mak-mak punya instinct. betoi la, bila dah ada anak ni telebih pikir lak. sebab tu dulu-dulu mak slalu larang buat tu buat ni. sebab dia takmo benda2 yang tak elok jadi. cam masa yasmin n skang ni adam yang dah bole niarap, tengah nak salin diaper biar jap dia atas katil sementara nak amek diaper tu macam2 pikir. tak puas ati pegi tengok dia buat apa. baru nak capai diaper, dok la pikir lagi takut2 tiarap pnya tiarap terjatuh katil. dah la katil aqu tinggi. jatuh kang naya ja. tapi bila jenguk jap adam rilek je.. haish.. sama la cam aritu, tengah dok sesak giler cari babysitter, sorang pon tarak, mata dah bengkak2 nangis sebab takde orang langsung nak jaga adam. nak amek cuti menjaga anak kena apply sebulan sebelum abih 60hari cuti besalin. nak cuti rehat mana cukup weh. kalo cuti tanpa gaji ujung bulan nak makan apa kan.. dalam ati memang dah set "jap lagi nak call mak tapi bagi rilek dulu". tup-tup dalam 3min cemtu mak call tanya habaq. cam tau-tau ja aqu dilanda kesusahan.

tapi kalo kita over protective sangat pon tak elok gak.. cam crita Nemo tu la. tau kan crita tu.



okla. tu ja nak kongsi.

21.1.11

takziah

salam...

Makngah aqu telah meninggal dunia pada jam 7.17am pada 19.1.2011.
Arwah meninggal sebab sakit kanser pankreas. dekat setahun gak la arwah sakit. aqu tabik kat anak-anak dia. tak nangis pon. diorang memang kuat n tabah. yang sulung sebaya dengan aqu. mengajar kat kl. dulu kena mengajar kat sarawak. dalam hujung tahun lepas baru dapat tukar dok semenanjung sebab nak tengok-tengokkan arwah. masa dok kat sarawak dalam selang 2 minggu jugak la balik semenanjung. pastu anak dia yang nomot 2, dah grad degree in psychology kat UIA. anak dia yang ke 3 lak, baru ja grad kat Malaysian Maritime Academy. sempat la arwah tengok anak-anak dia grad. anak yang ke 4, PMR last year straight A's. tak ingat lak brapa A tapi semua A. yang ke 5 n 6, masih skolah rendah lagi. Memang arwah berjaya didik anak-anak. Arwah jugak sebenarnya my role model dalam breastfeeding. Memang dia fully bf sampai sanggup brenti keja untuk jaga anak-anak. arwah juga dah selamat menunaikan haji dan mengajar ngaji kat surau kat umah dia.

cam tak caya arwah dah takdak sebab arwah memang meriah orangnya. suka bercerita. so bila dapat berita arwah dah pergi terdiam kejap aqu walopon tau arwah tengah nazak masa hari sebelum tu lagi...


Al-Fatihah buat arwah. Semoga dicucuri rahmat.... Amin
Powered By Blogger