30.8.12

kenaper? tak percayerr??

aritu aqu, isham n adam p amik yasmin kat taska. pastu, masa tengah panggil yasmin tu, ada la budak ni tegur kami....

isham: (panggil yasmin kat pintu skola)
budak: ni papa?? ni mama??
aqu:  ha ah ni la mama n papa
budak: mama? papa? (sambil point jari kat kami)
isham: mama n papa la.. nape? (sambil tengok kat mak budak tu)
mak budak: dia tanya tu cam muda sangat nak jadi mama n papa
aqu n isham: o0ooo.. (dalam hati masing-masing kembang semangkuk hahahahaha!)

situasi seterusnya kat opis isham. dia kena ot pastu dah abih, pegi kat tempat dia jap sebab nak shut down pc suma.. kebetulan kat area tu ada sorang opiser ni dah nak balik, then isham kenalkan dia kat aqu. dah setel suma nak balik, opiser tu lalu belakang kami then bagitau, "korang ni tak nampak cam laki bini la".


^___________________________________________________________________^

9.8.12

Barketh Asrin

huiii....

minggu depan dah nak raya naa...

tapi tu la...

taun ni tak berapa rasa nak raya laa....

sronok tengok kawan-kawan dan sahabat handai soping-soping....

aqu taun ni memang bersederhana jaa...

taun ni pon memang 98% iftar di romah

bersilat silambam kat dapoq jaa.

cuma ritu ja bukak posa kat uma norma...

ada gak hari-hari yang kami bukak posa kat luaq

tapi balik rumah dulu

batai posa kat rumah, solat magrib baru keluaq

tapi kat mamak ja makan nasik kandaq

tak pon roti canai banjir kuah kambing

hui sedap wo0!


nama kedai dia adalah tajuk entri ini.

kot-kot la sapa pi putra perdana kan

kedai dia kaler kuning.

try teh ais dia.

tau hampa tak makan kambing walaupon kuah ja kan huhu

ishhhhh

dok tringat2 la roti canai itew.

dengan teh ais dia kaw sekaw2nya....

okla aqu stop dulu kang ada yang posa yangyuk lak

bahahahahaha!!


24.7.12

Posa taun ini

Assalam...

Syukur Alhamdulillah kita masih lagi berkesempatan menyambut bulan Ramadhan tahun ini...
Tahun ini tahun pertama berpuasa kat umah baru...
Suasana sama ja cam masa dok kuarters dulu...
cuma kali ni adam join makan soq skali hehehe

Yasmin start ari isnin baru posa sebab masa hari pertama n kedua tu dia lena dibuai mimpi hehe!
nak kejut dia bangun pon cam alahai kesian...
dia lak kalo cuti memang liat bangun. kadang-kadang tu pukui 10am baru bangun...
aqu pon takmo train dia lagi sebab dia kecik lagi bagi aqu... baru 4 taun 7 bulan...

aqu ingat nak konsentret ajaq dia solat dulu sebab aritu p ceramah ustad jus tok guru (tak ingat la nama ustad tu hehe) dia ada bagitau yang kita ni patut utamakan solat dulu dari puasa.. ya la, budak-budak kan aktif, perut kecik, by the time petang tu budak-budak dah letih... lagi pon dalam Al-Quran dah nyatakan cara didik anak solat dulu..masa dia 7 tahun dah wajib solat, tak kira bacaan tak betui ka, tunggang tebalik ka janji dia solat. then masa 10 tahun kalo dia takmau solat baru bole pukui... ustad la yang kata lagu tu...

hari ketiga posa Yasmin cakap dia nak posa. so pagi tu kejut dia makan soq n ok ja dia bangun n makan skit... pagi tu pegi skola, cikgu dia dah stenbai tanya min posa separuh ka penuh. opkoz la aqu mintak separuh ja hehehe! Pagi ni lak, alahai liat la pulak min nak makan soq. melepet ja kat kusi hehe. mata tak bukak-bukak.. Then masa p skola dia dah pesan siap-siap nak posa penuh. hamboih! tak kesah la nak... kalo larat posa.. kalo tak bukak ja posa kan...

yang adam lak, tiap kali nak bangun soq misti la taim tu jugak nak begantung.
arini ja dia cam lena skit so lepas makan tu baru dia bangun.
lega la jugak kalo tak, penat dok melayan kerenah dia huhu...
orang nak makan dia pon nak makan, orang nak minum dia pon nak minum.
tu pon dok berebut dengan susu min.
dia nak minum dulu kalo tak mengamuk cam kena pukui.
haih~ apapon mama rindu bau mulot adam hahaha!

ouh, lupa nak habaq. aritu min request nak BABY ALIVE baq hang.


mintak menan yang rega tak hengat nya.
lalu aqu pon selamba ja cakap 'ok nanti mama belikan tapi dengan syarat min takleh isap jari dah'.
dan dia pon bersetuju dengan terma dan syarat tersebut.
aqu ingat sat ja dia punya tak isap jari tu. Ropa-ropanya dia memang tak isap jari langsung dah.
cuma masa 1st nite tu ja dia still isap jari.
then next day n the next day n the next next day memang dah tak isap jari langsung dah even tengah tidoq.
siap duk tunjuk jari dia yang dah kecut dan dulunya berbau masam itu.
kini jari jemari itu sudah wangi....
ok kali ni memang mama neves.
mana nak korek duit beli baby alive.
dia plak nak yang bole makan n berak.
"nanti min bole tukar pampes dier".
alahai min... susah-susah mama bagi baby bru ja la huhuhu

tapi okla sebab opah nak sponser baby alive ni kat min masa besday nanti.
Lega~ mama hehehehehe!
terima kasih opah!
ok tak jadi on baby baru hahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha!!
tapi awat cam lewat jaa bulan ni mau mengambang?????
apakah??????????
-GULP-

11.7.12

lama kejap

huiiii~!

lama sunggoh naa tak nyinggah sini hehehehe!

besa laa opis dah blok itu muka buku

henpon lak kena barred, oleh itu mari kita layan blog hahahaha!


kbai!

4.6.12

let's make rice milk!

ok meh sini nak ajaq cara-cara buat rice milk (susu nasik or izit air nasik?) owh, bukan susu beras yea sebab beras ni kena masak so jadilah nasik dan bukan beras.

rice milk ni sangat sesuai untuk anak-anak yang intolerate to cows milk, soy milk even goats milk.

aqu punya kes plak, adam tak suka rasa cows milk so aqu berpindah ke alternatif ini. mungkin jugak sebab rasa manis-manis cam susu ibu kot tu yg dia suka tuu hehe

ya, aqu dah stop pumping dah dan cuma direct breastfeed adam jea.

dah tak mampu nak pam ler huhu

woraits....

rice milk ni slalunya diminum oleh vegetarian dan originally aqu amek dari link ini
http://www.veganreader.com/2009/05/17/how-to-make-rice-milk-and-stop-supporting-rice-dream/

link yang aqu bagi tu adalah untuk orang dewasa punya, so aqu ejas skit untuk sesuai diminum oleh anak-anak....


ok, berikut adalah resipinya:

1 cawan beras
8 gelas air

cara-caranya:

- cuci beras dan toskan.
- masukkan air dalam periuk dan biarkan sehingga menggelegak.
- masukkan beras, slowkan api, tutup periuk n biarkan selama 3 jam.
- agak-agak kalo meruap tu, bole la kacau beras  dan tambah air jika air kurang.
- cukup 3 jam, blend atau tenyeh kat penapis santan
-biarkan sejuk dan simpan dalam peti sejuk.


Ini adalah rupa rice milk yang telah siap



ok, bila dah sejuk, tutup pakai aluminium foil dulu. so that permukaan dia tak keras dan lebih tahan lama. masa 1st time buat dulu, aqu terus tutup n simpan, end up permukaan dia keras dan berair. aqu wat cemni memang tahan lama. elok dan lembut jea cam baru disimpan... contoh adalah seperti di bawah.



next, cara-cara membancuh rice milk:

masukkan beberapa sudu rice milk ke dalam botol;




kendian, masukkan air panas mengikut sukatan minum anak-anak.



pastu goncang-goncang
kiri kanan goyang-goyang
atas bawah goyang-goyang.


rice milk ni jugak sesuai untuk orang pemalas cam aqu ganti buat bubur.

tumis bawang putih, masukkan ikan bilis/isi ikan/ayam/sayuran, masuk air, masuk rice milk,
TING!
siap sudah! ehehe! yang pastinya no processed food kan? naisssss :)

kalo bole elakkan guna nestum/biskut atau apa-apa makanan yang diproses masa tengah kecik ni.

sebabnya aqu tengok ni.

processed food vs. whole food.

scarry hokeh! tu yang orang besaq, kalo babies?? seramm!

adam memang dah jarang sangat makan yang proses ni especially masa dia start ada ekzema nie..

biskut aqu gantikan dengan buah (tembikai/epal/oranges)

tembikai n epal sangat elok untuk ekzema :)

1 lagi lupa lak, kalo nak bagi rice milk kat baby, better 6 bln ke atas kot...

at least perut dia dah matang kan..





28.5.12

jangan pisahkan....

ramai yang suro pisahkan tempat tidur sebab min dah besaq

tapi cam tak bersedia lagi la plak

sebab tak rasa beban pon...





*haih*....



8.5.12

hujung minggu, Colmar Tropicale dan Lokas Makana

helo!

lama tak jumpa hehe!

nak crita hujung minggu ritu kawan isham n family (Endi n Ct) datang umah.

bawak dorang pegi jenjalan kat colmar tropicale.

dorang tak penah pegi lagi.

aqu, isham n yasmin dah penah pegi, 3 hari sebelum aqu tukaq opis.

kali ni stay kat Berjaya Hills Golf & Country Club.





Kami dok kat Golfers Chalet


::pics googled::


sapa yang memang golfer memang heaven la kannn...

yang best kat sini pool dia bole mandi pakai t-shirt hehe!

opkoz la aqu ja yang mandi kan sebab kan aqu kan bole kan berenang kan

so isham usha-usha je la bebudak mandi huahuahua


malam tu, baru pegi colmar.

dapat la tengok show.

stage performance cam orang russia.

chomey-chomey dorang nih.

body pon mantop.

hehe! bila lagi mau cuci mata kan?

dah abih stage performance, ada gak orang semboq-semboq api.

ok gak la performance dia.

pehtu dinner kat apatah nama kedai dia huhu.

kami makan pizza, lasagna, fettucini carbonara n salad as appertizer.

tambah dengan ayaq minum sumanya RM155 utk 6orang makan termasuk budak-budak.

okla kot kan..

owh, untuk yang taktau, colmar ni dia tiru sebijik sebulat kat 1 perkampungan kat france.

setiap inci.

dulu ni jugak tempat prektikel isham untuk 6 bulan.

orang study kitchen kan...

untung gak dapat somi blajaq kitchen ni.

taw la skit-skit bahsa-bahsa kitchen...

untung gak aqu ni kaki makan dan melantak.

isham dengan seronoknya memasak di dapur.

tapi untuk hidangan itali la.

dan sedikit masakan jawa.

kalo masakan melayu, aqu la yang conquer kekdahnya...

isok paginya, peh brekpes, pi singgah kat rabbit farm.

tak kira la org tua ka budak ka kena charge rm3.

baya adam masuk free.

ada la guinea pig, rabbit, donkey, deer pon hado...

nak bg makan pon bole.

rm3 untuk 1 peket.

kalo guinea pig, cabut ja rumput-rumput kat tepi sangkar tuu...

nak pi Japanese Village, jalan ditutup sebab tengah renovet.

nak pi jalan kaki bole tapi steep la.

10 min jalan kaki.

untuk orang tua-tua dan kurang berkeupayaan takyah pi.

kami tak pi pon.

ni pon aqu baca signboard kat kaunter hotel.

untung la dapat orang yang alert dengan alam sekeliling kan.

kalo tak sesia ja haha


then, patah balik hotel untuk check out.

tapi since check out pukui 1pm, aqu berendam la sepuas ati walopon tak brapa nak pueh

sebab isham bagi signal suro naik huhu

balik tu, pegi singgah Lokas Makana, Puchong Utama.

dekat jea dengan umah aqu.

tak sampai 5 minit pon hehe!

sampai tu, orang dah beratur panjang giler.

pas order, dorang suro datang balik 1jam setengah.

cari meja, makan otak2.

pehtu order laksa. rm4 satu mangkuk besar.

sedap gak.

budak2 lak pi main kat funland.

rm5 untuk 1 kepala.

tapi bole la kuar masuk..



::masa ni dah melepet kat tepi jalan. nampak tu umat maknusia::


sambil tunggu ni, pegi la usha tudung, brooch yang ada jual kat situ.

murah gak. rega cam kat Jalan TAR.

dah tunggu lama sangat, budak-budak pon peluh lenjun cam mandi kolam

kami decided tapau balik jea.

exactly, sejam setengah menunggu baru burger siap.





::ni tajuk dia cheezy bacon::

review burger: sedappp! berbaloi la menunggu. slalu tengok criter Man vs. Food tu terliur je kan

sebab burger dia besaq gedabak. okla at least kat mesia pon hado jugak...








Powered By Blogger