5.6.15

UPDATED: SKYVIEW@11 RAMADAN BUFFET is BACK!!!

Yessssss uolssssss!

Ramadan Buffet is back!

cepattttttttt bookingggggg dahlinggggg!


apa?!

kenot see??

come i put here big-big










Skyview@11 Cafe
Ramadan Buffet
(22nd  June to 14th July 2015)

RM25.00 nett per adult
RM12.50
nett
per child (5 years to 12 years)
Time: 6.30pm to 8.30pm


For Inquiry please call
03 – 8872 2100

email : skyview11@agc.gov.my
(excluding Saturday & Sunday)

UPDATED: UNTUK SENARAI MENU BUFFET SILA KLIK DI SINI

Selamat berpuasa!

posa jangan tak posa uolsss

27.5.15

Kuih Raya dari Zie's Kitchen - Whisk with LoVe

uolss!

ni habag, dapoq mak kami iaitu Zie's Kitchen akan membuat Kuih Raya Sedap Punya sebab Whisk with LoVe hehehe



meh la jamu mata skitttt

Almond Choc Tart - RM30
penggemar coklat dan badam harus cuba

Luv Choc Tart - RM28
Sesuai untuk budak-budak atau makcik pakcik yang takleh pepak kacang badam hehehe

Pandan Flakes - RM27
biskut ini tedapppp

Strawberry Royale - RM27
salutan kacang dan kelapa parut mewahkan rasa

Butterscotch Crispy - RM28
sekali ngapppp nak lagi

Orange Lace - RM27
rasa oren yang memikat

Almond Rice - RM25
my all-time favourite 

Untuk kawasan Putrajaya/Bangi/Puchong/Seri Kembangan dan kawasan berdekatan bolehlah menghubungi (telefon/SMS/WhatsApp) Encik Sham 016-6758049

Manakala bagi kawasan Pulau Pinang/Bkt. Mertajam/Jawi/Parit Buntar/Kulim boleh menghubungi (telefon/SMS/WhatsApp) Puan Fairuz 012-5624503 atau Iwan 013-4944470

Untuk info lebih lanjut lagi boleh hubungi tokey terus iaitu Kak Zie 013-4236898


Tarikh akhir tempahan adalah pada 28 Jun 2015 (Ahad).

Untuk penghantaran pulak, akan bermula pada minggu pertama bulan Julai 2015 atau mengikut tarikh yang dikehendaki.

Tempahan juga diterima sepanjang tahun.


haaaa pe lagi uolsssss cepat tempah, nanti dah tutup tempah nyesal tak sudahhhh hahahaha

30.4.15

Fesyen Jubah Murah Terkini di Zalora

uolsss!

78 hari lagi nak Raya Puasa hehehe!

bersamaan lah jugak lagi 48 hari untuk kita umat Islam akan menyambut Ramadhan yea...

ni tengah dok berkira-kira cam tahun ni nak ubah style pakai jubah  laks. asekkk la baju kurung ja kannn

bukan apa, sebelum ni tak penah beli jubah sebab saiz iols yang sangat cumil kennn hikhikhik!

Oklah,

Sempena Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, 

ni nak share kut-kut la berguna untuk uolss yang sedang tercari-cari fesyen jubah murah online 

terkini yang sedang trending untuk tahun ini. Let’s cekidaut:








:: Lace Jubah ::

Sweet ja kan lace jubah dia? ;)

Sama seperti trend baju kurung lace yang cukup diminati oleh ramai wanita, lace jubah atau jubah lace juga turut hangat diperkatakan. Penggunaan lace sebagai perincian tambahan memberikan sentuhan moden terhadap rekaan jubah tersebut.






:: Glitter Jubah ::


Begitu juga dengan penggunaan fabrik glitter sebagai perincian untuk rekaan glitter jubah. Masih ingat dengan fenomena glitter shawl yang cukup famous suatu ketika dahulu? Mungkin untuk tahun ini anda boleh tampil menyerlah dengan bergaya bersama sepasang glitter jubah! Bling-bling uolss! keless gitew



:: Plain Jubah ::


Dan plain jubah yang sememangnya all-time fav! sebab senang nak matching tudung kan hehehe! boleh jugak kalau nak colour blocking dengan tudung/aksesori.

haaa pe lagi uolss
serang zalora sekarang!

29.4.15

Daily Buffet Special at Skyview@11, Presint 4, Jabatan Peguam Negara (AGC)

Assalamualaikum!!

lama tak berkhabaran di sini hehehe
nak wat cemana bizi uolss!

ok ni nak share skit la sebab sharing is caring kennn hehe
sapa-sapa kut dah boring makan nasik putih ja
ni kat AGC ada buat buffet.

menu adalah seperti di bawah.


Daily Buffet Special at Skyview@11(RM15.00 NETT PER PERSONS)
meal consisting of several dishes from which guests serve themselves. Six (6) dishes will be served daily with deserts.  Available from 12.00 pm to 2.30 pm daily.
(Takeaways are not allowed from buffet)

 (1st & 3rd WEEKS)
MONDAY
NASI KERABU

 TUESDAY
WESTERN FLAVOUR

WEDNESDAY

SPICY THAI

THURSDAY

BORNEO DELIGHT

FRIDAY

NASI BERYIANI

DAILY SPECIAL (2nd & 4th WEEKS)
MONDAY

EAST MEET WEST

TUESDAY 
CHINESE DISHES

WEDNESDAY 
INDIAN CORNER

THURSDAY 
LAKSA

FRIDAY 
ITALIAN & PASTA


(Menus Subject To Change Based On Market Availabilities)



FYI, Skyview@11 ni adalah dari Putrajaya Marriott Hotel.

Haaa fefeling makan kat hotel gitu kan tapi murah banget.. mana nak dapat buffet 15 hengget kennn

so,

marilah mariii
mari meramaikan Skyview@11 ok.

cara-cara nak masuk Skyview@11 adalah seperti berikut:

1. cari parking. nak senang, parking kat tempat open parking kat area starbucks AGC. (yea, weols ada Starbucks. sesapa nak mai, calling-calling la iols. boleh dapat 30% off kalau staf AGC. tapi takkan minum sorang kut, kena la belanja iols jugek hehehe)

2. pegi lobi utama, lalu kat metal detector, kalau polis bantuan tanya, kena bagitau nak pegi skyview.

3. masuk lif belah kanan yang pertama. Lif tu terus naik ke 11.

4. kat aras 11, dari lif tu belok kiri, jalan skit and tadaaa! skyview di sinun.


Sekian, harap maklum.

;)

9.3.15

2015 - Check up Adam Muqris buat kesekian kalinya...

Assalamualaikum!

vavavavavo0oom!

lama tak on hehehehe!

bukan apa, setelah beberapa episod yang terjadi, dah maleh nak blog. (Sila baca: malaih nak log in weh!)

hahahahaha! nak blog walking pon dah tak sleraaaaa huuuuu~

Anyway,

tadi time-off sebab bawak pegi annual check up jantung adam yang berlobang itew.

Alhamdulillah semuanya ok saja.

Again, doc nasihatkan jaga jaga jaga jaga gigi adam.

gigi rosak ka, kena cabut ka, kena cuci ka semuanya kena follow dengan antibiotik.

sebab takut infection kat gigi senang bawak ke jantung.

since lubang itu kat injap, memang kena jaga elok-elok sebab once injap kena infection memang kena operate.

So, next plan untuk Adam; Dentist.

tu crita adam.

skang nak crita pasai Milk Kefir.

dekat 3 minggu gak la dah consume MK.

nak pi toilet senang bangetttttt.

taik lembut weh takyah teran-teran.

hahahaha! agak direct di situ.

mahappp la kalau geli-geli.

pehtu, vintek-vintek di muka ini ku rasakan makin mengecilll

suka suka suka!

::antara kebaikan kefir::

Nomot 3 tu penting tuuu especially untuk adam and aku sebab kami sistem imun agak rendah.

skang memang dok gigih la buat MK.

MK ni nak start dia kena ada grains.

Jadilah nama dia Milk Kefir Grains (MKG).




::MKG yang sangat gemok gedempon::

Ni ehsan dari Google.

aku punya ada tapi kecitonet.

MKG ni kena pandai jaga dia, nanti dia membiak dengan jayanya.

sapa-sapa nak tengok cara-mara buat MK ni, tengok ja la kat utube.

o0h lupa nak habaq, aku ada juai skit MK ni kat kiosk opis.

aku buat flavoring skali; blueberry & strawberry compote.

nanti kalau aku rajin, aku haplod la gambaq dia naa.

arini tadak sebab pi check up adam kan, so tak sempat singgah opis nak drop MK.

isok naa kalo rajin on balik blogger.com hahahaha!

10.3.14

Adam Muqris' 4th visit to paed

yeehuu!

selamat tahun baru!

huahuahua! konon nak freeze blog sat dalam masa setahun tapi kali ni nak kena hapdet gakla sebab nanti bole track down adam punya visit ke paed kan huhuhu~


sebelum itu,

Hasbunallah wa ni'mal wakeel  #DoaUntukMH370





oklah,

apoimen sepatutnya bulan September 2013, tapi aku ada kursus ka apatah, tunda bawak ke Disember 2013. hujung tahun kan sebok ka cemana, tunda ke bulan Februari 2014.

pehtu cemana ka, aku lupa exact tarikh untuk februari, kebetulan pulak buku temu janji adam HILANG!!!!

GRRRRRRrrrrr!!!!

aku call hospital nak tanya bila tarikh adam kena pi hosp, misi tu kata dalam appoiment list, tadak nama adam untuk bulan Februari.  Ni misti depa buat walk in punya appoiment *tarik rambut* >w<

so, dapatlah tarikh baru 5 Mac 2014.

hari tu, kami cuti kecuali Min sebab dia adalah bersekolah.

lepas antaq Min, truih shoot pi hospital serdang. sampai dalam pkui 8++ gak laa...

tunggu punya tunggu, pehtu pi klinik pakar kanak-kanak, tunggu lagi.

pehtu kena amik berat n bp, tunggu lagi.

akhirnya, dipanggil jugak nomot.

kali ni doc pompuan.

scan punya scan, nasib la adam behave. sebelum tu doc tanya "nak bg ubat tidur tak? kang dia gerak2 kang susah"

huiiiiih! memang taklahhhhh. adam, good job sebab behave!! *clap*clap*

so, dah check suma doc bagitau lubang dia kecik.. tapi




TAPI

injap dia nampak jatuh skit :((

doc bagitau sesiap maybe need to be fixed.

just berjaga-jaga ja laa.. cuma efek dia nak teruk amik masa yang lama dan takkan nampak melalui mata kasar. hanya melalui scan saja yang boleh nampak.


1 lagi doc pesan mintak jaga gigi dia leklok sebab once kalo ada infection kat gigi boleh berjangkit ke jantung :((

next appoinment, next year.


17.12.13

misteri itu.... telah meninggalkanku.

ingat dak crita pasai ikan yang bernama misteri yang pernah ku ceritakan pada kalian suatu masa dulu?


kalo ingat baguih la.

kalo tak ingat, silalah klik kat link itu.

tau dak,

tanggal 19 November 2013, bersamaan 15 Muharram 1435 yang lalu,

dia telah pergi buat selama-lamanya.......

15hb tu ari jumaat, aku tengok dia cam biasa ja...

bagi makan, sembang-sembang skit dengan dia.

hari isnin tu aku sampai terus bagi salam kat dia.

tapi dia macam nak jauhkan diri. makin lama makin turun ke dasar.

macam seolah-olah dia takmo main, takmo makan. cam merajuk gitu.

aku tabur skit makanan kat dia, slalu dia naik la jugak jenguk apa yang ditabur tu,

tapi kali ni dia wat tak peduli ja...

aku sembang-sembang ja la macam biasa.

pehtu aku prasan cam ada sesuatu kat atas kepala dia.

cam bijik yang ada kat ikan flowerhorn.

pelik kot...

so, aku keja cam biasa la....

sebelum balik tu aku sempat tengok dia lagi.

nampak lemah jea...

aku masa tu ada la skit rasa dia nak 'pergi' tapi tak amik port pon....

sadly, the next day........





sedih giler....

aku rasa dia tunggu aku kot...

sebab dia mati tak timbul lagi means dia baru 'pergi'.

perasan dak kat muncung mulut dia tu?

bijik tu la kat kepala dia.

masa nak buang tu, 1st time aku amik dia pakai tangan (sebelum ni cuci akuarium dia pakai bekas sebab geli nak tangkap pakai tangan. dia suka melawan >_<)

letak dia dalam tisu n masa nak balut tu rasa cam dia gerak-gerak lak.

tak sure sama ada itu hanya perasaan aku atau dia sendiri.

rasa sayu lak....

rasa lain sebab slalu gaduh dengan dia masa nak cuci tukar air semua

tapi kali ni lain sangat....

mungkin sebab dah tak gaduh-gaduh dah.....

tak dak dah makhluk Allah nak berzikir kat aku wuwuwuwuwu!

plan nak cari tempat pengganti, tapi nanti la dulu.....

sedih lagi actually....

pokok dalam akuarium pon dah tak berseri...

kunin ja.

babai ikan misteri.

miss you so much...........

13.12.13

bersiaran lansung dari alimaju

yuhu! weols kat restoran alimaju yang kat menara usahawan. aku rekemen sangat mai sini sebab apa? sebab aku rasa, inilah satu-satunya kedai mamak yang xbole merokok dlm kedai.  me loike!!!  takyah fenin kefala bau asap rokok yang xsedap itew! sorry la xdak baris byk sebab aku online pakai henpon hewhewhew!oh lupa kedai ni tutup pkui 12am wokay
Powered By Blogger