30.7.10

nak cuci hati?

"bersihkanlah hati dari noda-noda hitam yang melekat pada hati dengan membaca Al-Quran dan zikrullah"

cuba try test tengok tahap kebersihan hati: boleh tak masa lepas semayang, masa berdoa tu, menangis selama 3 hari berturut-turut? kalo tak bole tu, tandanya hati kita berpenyakit...

-tips dari salah sorang officer masa ngaji pagi tadi...

28.7.10

Dua Puluh Tujuh Haribulan Tujuh

27 haribulan 7 tahun 2007.

chantekk je kan nombor tu..
untuk aqu n isham, tarikh tersebut adalah ulangtahun bulan perkahwinan kami yang mana kami telah selamat diijabkabulkan sebagai suami istri yang sah selama 6 bulan...
tapi itulah tarikh keramat bagi aqu.

3 tahun yang lalu...

hari itulah kali pertama masuk hospital, kali pertama masuk wad kecemasan, kali pertama daftar nama kat hospital, kali pertama baring kat katil emergency, kali pertama kena drip, kali pertama dengar perkataaan 'csyst', kali pertama dengar ayat 'awak kena bius satu badan dan risikonya baby awak tak selamat', kali pertama menginap kat hospital, kali pertama ditahan di wad, kali pertama masuk dewan bedah, kali pertama sedut tangki oksigen, kali pertama kulit ditoreh (taktau la pakai skapel atau laser sebab aqu dah ke copenhagen masa tu) kali pertama amik morfin (memang lalok ar wa cakap lu), kali pertama pakai beg kencing dan kali pertama rasa menjadi orang sakit kronik....


::1st time pakai gelang ajaib::
::1st time kena jait::


dan pada 27 haribulan 7 tahun 2010, sekali lagi pertama kali aqu kena minum air gula sebab last check up doc cakap baby aqu besar dan berkemungkinan aqu ada diabetes. tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. air gulanya pulak berperisa anggur which is my fav! tapi result still belum tau lagi... esok plak ada appoinment dengan gynae kat hospital....

adakah ini petanda bahawa next pregnancy aqu kena pastikan aqu telah branak sbelum 27 haribulan 7???

25.7.10

weekend yang letih

berikut adalah aktiviti kami pada sabtu dan ahad:

-pagi masa aqu nak mandi, tiba-tiba rasa gegaran. terus kuar bagitau isham aqu rasa gegaran n tengok kipas siling yang macam aqu dok buat dulu tu memang konfem gegar. kali ni agak kuat la  dari yang sebelum tu sebab rasa sangat gegaran tu n  apalagi, aqu pakai la baju balik. motip tiap kali aqu rasa gegaran misti kat bilik air... saja ja nak nyusahkan aqu kan huhu! masa aqu tengah pakai baju tu, isham kat luar sembang2 dengan jiran depan. dorang pon cakap gegaran kuat tapi agaknya orang lain tak bangun lagi kot so again takde la orang menjerit-jerit...

-pagi nak ke tengahari: brunch kat mekdi. memandangkan yasmin ketiduran maka kami pandu lalu kat mekdi bangi. makan dalam keta kat taman blakang mekdi. kami makan Great Chicken Burger aka GCB. mak aih, memang love at first bite lah! gile sedap hokay.. memang recomended la.. hurry guys! for limited time only weh!

-pas makan, singgah valencia  kat bangi. ni pon singgah sebab ada promo. kami usha sofa. okla.. bekenan kat rege dia tuh.. tengah promo la katakan..

-next: pi aeon bukit tinggi. mula-mula skali plan nak p sogo sebab nak setelkan barang baby n baju yasmin sket.. plan punya plan last2 pi klang. tu pon sesat barat terpegi aeon bukit raja huhu.. tawaf sket area klang tu, call shima madun baru la sampai aeon bukit tinggi itu. shoping punya shoping dkat pukui 9 gak la setel...

-dah setel shoping, pi lak kedai makan kawan isham opposite aeon bukit tinggi. nama kedai dia MT Corner. MT tu stands for Masakan Turun-Temurun.. gitew! suasana kedai dia okla cosy n relax.. menu dia lak ada western, tomyam, ikan bakar n goreng2.. memandangkan dah agak malam, kami amek yang goreng2 je la.. menu isham: mee goreg mamak n nescafe o ais. aqu lak: nasi goreng pattaya, tomyam campur n tembikai laici. mee goreng mamak dia memang superb la.. even kat kedai mamak pon tak macam goreng mamak. aqu punya menu lak nasi pattaya dia ok cam kat kedai lain tapi yang tomyam dia memang besh. kalo kedai lain, kalo ada daging tu baling kat cermin keta bole pecah, tapi ni daging dia memang lembut la.. yasmin pon bole makan sebab empuk.. lagipon kawan isham ni dulu jadi cook kat hotel so dia memang expert la tang makanan... yang western tu, memang dia yang buat.. daging burger lak memang homemade. sendiri punya resepi.. so, next time datang nak try western punya lak...

- sampai umah dekat pukul 11pm... mandi suma, skype jap dgn mak n bapak lak tapi kejap je sebab line tak elok la.. last2 cakap tepon je huhu

- malam tadi aqu mimpi aqu beranak normal n baby boy kalo tak silap.. tapi kecik je baby tu sedangkan doc scan aritu cakap baby besar... ada sapa2 tau tu petanda apa?

ahad lak:

-brunch again kat mamak kedai oren kat warta, bangi pekena nasi beriani dengan ayam tandoori. memang mabeles la...

-pi wangsa maju lak pi umah didiey aka my BFFL. lama giler tak jumpa. last jumpa rasanya masa yasmin kecik lg.. dulu masa dia dok cheras aqu rajin sangat pi umah dia.. lagipun masa tu tengah bujang kan, apalagi panjang kaki la.. mumy dia pulak memang ramah n terer masak, lagi la rajin nak menyinggah hehe! even isham pon kalo nak pi umah dia kena ada mumy kalo tak dia jadi cam tak reti nak nyembang dengan didiey sebab kami ni muda remaja so cam tak leh masuk gitew uhuhu!

-sampai umah dekat nak maghrib gitu.. ni pon dok letih lagi.. okla nak titon dah.. nite2

20.7.10

hal semalam

semalam aqu pi rutin check up perut.. masa masuk bilik tu, dh amek berat n blood preassure kena baring sebab nak check tinggi rahim n heart beat baby. yang tak syoknya misi ni dok la tekan-tekan perut aqu. dah la nak terkench, dia cam tak pueh ati gitew.. pehtu dia panggil member dia lak suro ukur perut aqu. dia kata sepatutnya 33minggu tinggi rahim kena 33cm, tp ni cam besar sebab ukuran 36cm.. aisehmen.. pehtu kena jumpa doc sebab nak scan tengok baby. lama gak la nunggu nak masuk jumpa doc.. adala kut dalam sejam dua dok tunggu.. dah tu nak buat cmna kan... nak buat kat private fulus yilek so terima la seadanya.. aqu lagi kesian kat doc tu.. nampak tupperware dia ada bihun goreng tak abis makan.. yela, nak layan patient lagi, tu blum lagi nak kena refer dengan pakar lagi dah la kena keja sampai malam kan.. even masa aqu nak kuar pon, dia tanya doc depan dia, banyak lagi ke patient? kesian kan kat dorang.. masa jumpa doc, masa scan tu dah la baby dok mengeras, doc punya tekan perut aqu sampai aqu rasa kat tempat jahit ceaser tu macam nak terkoyak.. sakit woo.. arini perut aqu sakit kat blah kanan.. rasa seriau kat tempat jait tu pon dok terasa lagi.. adeh laa.. pastu minggu depan ada appoinment lagi buat MGTT.. aiyoo, kena telan air gula lew sebab doc confirm baby besar so nak test tengok btoi ka aqu ada kencing manis ~haih~

tu la dugaan mengandung kali ni.. masa yasmin dulu, dugaan kena cyst.. tak penah-penah masuk spital, skali pegi trus kena operate malam tu jugak.. giler tak giler kann?? apapon aqu tau tuhan dah susun cantik jea planning untuk aqu.. aqu cuma kena bersabar dan redha dengan segala ketentuan Dia.. Lagipon sakit ni kan penghapus dosa kecil..  Semoga setiap ujian Dia aqu dapat tempuhi Insya Allah...

19.7.10

Subhanallah... baby sujud dalam perut bila dengar bacaan Al-Quran

Subhanallah...
Allah Maha Besar...

18.7.10

weekend

ari sabtu kami tak wat pape pon cuma pegi pasar malam bangi.
pi sana beli barang nak wat bekpes esok...

so, ahad kami laki bini bergotong-royong buat nasi lemak.  isham masak nasi n aqu wat sambal n oso condiments for nasi lemak. memang mabeles la beb tapi no pic sebab sedap giler sampai lupa nak snap huhu!  dalam pukul 1 tu cuaca adalah begitu memberansangkan untuk bermalas-malasan maka kami tido berjemaah sampai 3.30 la jugak huhu! pas solat, sambung makan abihkan saki-baki nasi lemak tadi...

sekian.

14.7.10

nak buat kebaikan tak kawan-kawan??

Ni aqu dapat emel dari officer aqu.. di bulan Syaaban yang mulia ini rasanya eloklah jika kita sucikan hati dengan membantu Puan Hajah Che Tom yang sememangnya ikhlas untuk membeli rumah untuk anak-anak yatim.. info suma ada kat bawah nie.. lets cekidaut!

RUMAH ANAK YATIM SHIFA SETAPAK


salam
apa khabar, harap semuanya sejahtera.
Sebenarnya saya nak minta tolong, harap sudi foward rayuan saya to semua kenalan.
Saya sedang berusaha beli rumah untuk anak yatim shifa.

Facebook: anak yatim shifa setapak


Saya dah ada 20%. Ingat bank boleh bagi 80%. Tapi bagi 58% sahaja. Deposit dah bayar.
Tinggal 40 hari saja lagi untuk due.Doakan semoga ada hamba ALLAH yang datang bantu.
kalau tidak terpaksa batalkan pembelian Urusan pembelian dibantu secara percuma oleh Encik Azaine PEGUAM dari Tetuan Azaine & Fakhrul Sdn Bhd. Boleh hubungi beliau untuk pengesahan 03-40215544(Puan Zarina)

Saya dah bayar RM 122,550.00 (DEPOSIT - WANG INI TAK AKAN DIKEMBALIKAN KALAU BATAL PEMBELIAN)
Ambank bagi pinjam RM 700,000.00 (58%)
Duit saya jual rumah n 1 kereta RM 150,000.00
Sumbangan orang ramai RM 50,000.00
Jumlah terkumpul RM 1,022,250.00
Harga rumah RM 1,222,250.00 (kurang RM200,000.00)

TOLONG FOWARD E-MAIL TO KAWAN2 DAN MINTA SEMUA KAWAN2 E-MAIL PADA KAWAN2 MEREKA tentang perkara ini. Tolong ye.


RM1.00 seorang pun jadilah. SECARA ONLINE BANKING


Nama Akaun: Persatuan Kebajikan Teratak Shifa KL/SEL

No. Account : 514066-429233 Maybank


076-202-200449-4 Ambank

1438-0005685-05-9- CIMB

Ada pelepasan cukai: LHDN. 01/35/42/51/179-6.6367

Terima kasih
Hajjah Che Tom Binti Ujang
Pengasas/Pengerusi
Rumah Anak Yatim SHIFA
017-3387959
03-40234818 (Fax)

13.7.10

tahapahapatah

tadi ada sorang minah ni add aqu kat mukabuku.
aqu tak kenai dia.
tapi ada sorang ja mutual fren aqu iaitu cik shima madun.
bila aqu nengok pic profile dia menggambarkan dia ni sorang yang agak bersosial la gak..
kat bawah tu dia tulis dia luv allah, luv nabi muhamad, luv apetah lg..
religion: islam

tapi kat pic profile tu dia pakai baju "PORKY'S"
siap dengan gambar menatang tuh..

wat de heck???
Powered By Blogger