4.6.12

let's make rice milk!

ok meh sini nak ajaq cara-cara buat rice milk (susu nasik or izit air nasik?) owh, bukan susu beras yea sebab beras ni kena masak so jadilah nasik dan bukan beras.

rice milk ni sangat sesuai untuk anak-anak yang intolerate to cows milk, soy milk even goats milk.

aqu punya kes plak, adam tak suka rasa cows milk so aqu berpindah ke alternatif ini. mungkin jugak sebab rasa manis-manis cam susu ibu kot tu yg dia suka tuu hehe

ya, aqu dah stop pumping dah dan cuma direct breastfeed adam jea.

dah tak mampu nak pam ler huhu

woraits....

rice milk ni slalunya diminum oleh vegetarian dan originally aqu amek dari link ini
http://www.veganreader.com/2009/05/17/how-to-make-rice-milk-and-stop-supporting-rice-dream/

link yang aqu bagi tu adalah untuk orang dewasa punya, so aqu ejas skit untuk sesuai diminum oleh anak-anak....


ok, berikut adalah resipinya:

1 cawan beras
8 gelas air

cara-caranya:

- cuci beras dan toskan.
- masukkan air dalam periuk dan biarkan sehingga menggelegak.
- masukkan beras, slowkan api, tutup periuk n biarkan selama 3 jam.
- agak-agak kalo meruap tu, bole la kacau beras  dan tambah air jika air kurang.
- cukup 3 jam, blend atau tenyeh kat penapis santan
-biarkan sejuk dan simpan dalam peti sejuk.


Ini adalah rupa rice milk yang telah siap



ok, bila dah sejuk, tutup pakai aluminium foil dulu. so that permukaan dia tak keras dan lebih tahan lama. masa 1st time buat dulu, aqu terus tutup n simpan, end up permukaan dia keras dan berair. aqu wat cemni memang tahan lama. elok dan lembut jea cam baru disimpan... contoh adalah seperti di bawah.



next, cara-cara membancuh rice milk:

masukkan beberapa sudu rice milk ke dalam botol;




kendian, masukkan air panas mengikut sukatan minum anak-anak.



pastu goncang-goncang
kiri kanan goyang-goyang
atas bawah goyang-goyang.


rice milk ni jugak sesuai untuk orang pemalas cam aqu ganti buat bubur.

tumis bawang putih, masukkan ikan bilis/isi ikan/ayam/sayuran, masuk air, masuk rice milk,
TING!
siap sudah! ehehe! yang pastinya no processed food kan? naisssss :)

kalo bole elakkan guna nestum/biskut atau apa-apa makanan yang diproses masa tengah kecik ni.

sebabnya aqu tengok ni.

processed food vs. whole food.

scarry hokeh! tu yang orang besaq, kalo babies?? seramm!

adam memang dah jarang sangat makan yang proses ni especially masa dia start ada ekzema nie..

biskut aqu gantikan dengan buah (tembikai/epal/oranges)

tembikai n epal sangat elok untuk ekzema :)

1 lagi lupa lak, kalo nak bagi rice milk kat baby, better 6 bln ke atas kot...

at least perut dia dah matang kan..