28.12.12

I'm addicted to you

hohohoho!

title omputeh gitu kan hehe!

skang kan, aqu kan tengah kan

edik sama ini

::Punar Vivaah::


::Mrs. Kaushik Ki Paanch Bahuein::

dua-dua ni ada kat astro chanel 108 Zee Variasi.

mrs. kaushik start pkui 6pm, punar vivaah start 6.30pm.

ulangan keesokkan harinya pada 11am dan 11.30am.

haa, kelesss gitew hehe!

haa, sapa² yang tengah beboring tu meh la join edik sama²

hahahaha!


27.12.12

bday girl n bday boy

Assalamualaikum~

huiiiii....

lama la tak ketuk keyboard di sini.

ehehehe!

last week, 21-12-2012 hari lahir kakakmin yang ke-5!

takdak la wat apa pon

sebab tak sempat la

sempat beli kek n selebret kat skola dia ja.

tu pon kebetulan, kak ida sambut skali bday syahmi.

kenyang makan kek la anak² n cikgu cikgi aritu hahaha!

ok dorang berdua ni kan

dulu masa kat hospital

kak ida bersalin dulu

kira dia masuk wad lepas dah besalin dalam pkui 3-4 am gitu.

masa mula-mula tu aqu cam prasan tak prasan je akak ni.

then, pagi isok tu, misi datang nak kemas katil

lampu suma baru on

baru la prasan kak ida rupanya....

ingat lagi kak ida cakap

antara semua adik bradik yang ni la paling gelap

hehe!

tapi skang dia la paling cerah hehe!

syahmi lahir sehari sebelum raya haji

min plak lahir sehari selepas raya haji gitu.

kembar beza 2 hari la kannn hehe!

dah la 2 ni paling kecik kat taska

cuma versi laki n versi pompuan laa...

kembar lain mak lain pak gitu hehehe!

::sama-sama muka masam::



::sama-sama senyum. partner menari gitu. eh cam mama n papa lak dulu-dulu haha::

HAPPY BIRTHDAY YOU BOTH!

13.12.12

kena tinggai

yuhu!

lama tak up entri.

bukan apa, tiap kali bukak nak apdet misti singgah blog orang lain dulu

pehtu blog orang ni plak

pehtu klik new post

pehtu baru taip yuhu

bos panggei lak

sudahnya close.

kat draf sumanya post yang starting dia

helo! hai! yuhuu!

hehehehe!

besa la ujung² taun ni

sibuk ja laa kann.....

slalu ujung ² tahun ni orang ramai becuti kan....

aqu lak asik la kena tinggai dengan isham.

aritu dia pi tganu.

minggu ni pi melaka la plak.

pehtu dia nak pi ipoh lak.

pehni taktau lagi samada nak pi langkawi atau kelate.

yang haku ini sabaq ja laa kan....

dah keja, takkan tak bagi.

kat opis sensorang.

kat rumah sensorang gak.

sib baikla ada min and adam.

bole la wat peneman kan....

respek giler dengan memember yang suami dia pi offshore.

kadang² tu sampai 2-3 bulan...

tapi kalo ikut pengalaman aqu yang baru ni

bole ja kena tinggai...

lama² u'll get use to it.

isham penah tanya "mana wanita besi farehah yang dulu?"

sebab aqu mintak dia teman pi atm.

aqu jawab balik "naluri keibuan melebihi segalanya".

giteww kan....

penah aritu, 1st day isham pegi teganu, kebetulan ada eksiden kat flyover nak ke dengkil

keta kaler itam tu tebalik sampai masuk jalan betentangan

sampai patah tiang lampu

aqu tengok keta tu dah belinang air mata.

dok pikir,

"cemana la family orang eksiden tu?"

"selamat ke orang tu?"

"tu misti ondeway nak pegi keja. ntah² hubby/wifey dia ingat dah sampai opis. tp rupanya eksiden".

"misti mak bapak dia sedih dapat tau khabar berita ni"

haa cemtu skali melayan perasaan.

mungkin jugak sebab hati tengah sayu kan...

sapa tak sayu pasangan berjauhan.

nak² plak masa tu kita dalam kesusahan.

nak mintak tolong orang, sapa sangat la kita ni nak meminta²...

nak plak aqu ni jenis pendiam dan memendam perasaan.

so, telan dan dok dendiam sudaa....

kalo luah kat min banyak plak soklan dia.

mulot dia tu dah tahap makcik².

dah la jenis ingat suma huhu

memang senang kantoi la kalo bagitau apa² rahsia kat dia huhuhu!

tapi elok jugak, at least kalo jadi apa²

dia bagitau suma dari a sampai z

tapi dia suka exaggerate.

nak² tang adam.

adam baru la pegang

min dah kata adam masuk mulot

adam lak jenis pembuli.

ksian min kena buli dengan adam.

dah la kurus keding.

tapi makan banyak kalah mama.

skali makan, mau tambah dekat 3-4 kali

bela ka hapa??

huhuhuhuhu

pehtu suma tegoq aqu tak bagi anak makan.

walhal


14.11.12

me bday!

tepat 6a.m. 5 November 2012 - officially 28 moi.

dis year, dapat hadiah awai.

2hb udah dapat.



aqu dapat awai sebab aqu tau isham takut telupa nanti hahahahah!

takpa la sayang. you tak wish pon takpa aih... dah besa dahhh pon :P

hikhikhik!

sebabnya dah 3 kali you telupa bday i kan hehehehe

yang tak tahan tu bila ramai mesej i, you lak yang jeles hehehehe!

so this year pandai ea you. you playsafe order kasut kat i awai² hehehe

siap dapat invoice lagik hikhikhik!


Then, on my bday, thanx blanja makan² kat Kenny Rogers




tu jea cerita di hari kelahiranku pada tahun ini.

no cake, onli nasik ja hehe!

thanx jugak yang sudi wish n doa secara berdepan n oso thru fb, pm, whatsapp n msg.

i ♥ you ollss!




29.10.12

Last Week


Last week punya kejadian:

- Bawak dak adam pegi check up jantung beliau untuk kesekian kalinya.... kalo ikut entri-entri lama pon, every check up sumanya ok aja... since takde masalah walopon lubang dia menten ja, doc ckp memang dia tak risau sebab lubang kecik jea, tak perlu medication at all so next appointment dia buat yearly.. bulan 10 tahun hadapan plak jumpa doc... thx Dr. Mohd Amin!

- Hari Raya Haji. aqu tak cuti pon sebab cuti aqu tinggai 3 hari saja lagi. taun ni cuti aqu banyak abihkan kat EL ja. Either aqu elegik/demam/migrain/tak sedap badan atau pasai adam. orang takdak anak/takdak anak sakit/tak penah kena elegik dan bercakap buruk pasai aqu asik EL/asik lewat dok sengap-sengap dah. dah la sesuka hati cakap aqu fonteng keja. sebelum nak cakap apa² atau assume apa² silakan laa tanya bos aqu dulu sebabnya apa² hal, aqu mesej bos aqu onli. DAN bos aqu sendirik pon tak bising cam kau orang. bukan kau orang yang buat prestasi aqu.  *tarik napas dalam²* sorry, teremo lak maq hehehe! anyways, last week mmg hectic giler sebab unit aqu kena wat seminar untuk 1hb nov nanti, so skang ni mmg sebok gebabom lah! even nak balik kampung ari kames tu pon aqu tak sanggup nak tinggalkan bos aqu sensorang. dah la ramai half day, ksian kat bos aqu la tekontang-kanting sensorang huhu... masa aqu dah nak balik pon bos aqu cam berat ja nak bagi aqu balik sebabnya tak setelkan lagi emel jemputan ke orang besaq².

-Hari ahad (semalam), betolak dalam pukui 2pm++. giler sakit pinggang. jalan jem yahamatttt~!


::Q tak hengat mia::
stop kat hentian seblah senawang, nala punya ramai orang dok bratoq kat toilet. tu baru sebelah side. sebelah side pon sama panjang. haiyo~! nasib baik aqu dah kencin siap² kat pagoh. sib baik jugak ada orang jual nasik lemak kat situ. setel makan sambung jalan. sampai rumah dekat pkui 9pm++. giler ah!



Today's result:

::mataku adalah tema redfm::






23.10.12

kenapa aqu boleh percaya dengan CB Aura :)

sebelum aqu pakai cb aura kan,

aqu penah temankan naimi hantar cb aura kat kastemer sorang ni.

nama dia nissa.

teruk gakla kulit dia masa tu sebab dia tersilap pakai produk.

lepas tengok perubahan nissa la aqu makin yakin dengan cb aura.

tak caya?




::penggunaan selama 8 bulan::

masa aqu jumpa tu tak silap dalam bulan januari/februari tahun ni.

yang gambar selepas tu adalah masa raya puasa tahun ni.

tiada lagi kulit kusam dengan cb aura.

cam aqu jugak kan? hehehe! nak jugekk~





seeing is believing ;)

nak cuba? 1 set hanyalah RM85.

bole pm kat facebook/emel kat farehah84@gmail.com :)





22.10.12

Bazar 1003 Macam

Arini opis aqu yang kt presint 4 tu ada buat Bazar 1003 Macam sempena nk raya aji nie... Ni jea yg sempat dirembat hehe!

::si baju ijau untuk kakakmin::



Sapa2 yg nak pegi tu sempat lg sebab tutup pkul 5pm nt. Let's shop!

18.10.12

baru ada


baru balik dari cherating sebab ada persidangan komuniti syariah stret dari 11hb-14hb.

pastu dari cherating pkui 1pm++ sampai putrajaya dalam dekat pkui 7pm gak la.

tunggu isham sampai terus desup balik penang. sebelum tu stop kat r&r nkve; magrib, dinner, isyak.

trus on journey dari pukui 9pm tu.

stop 2 hentian sebelah, tido jap. dalam pkul 3am tu bru sampai umah.

huhuhu! terubat rasa rindu mama dengan anak-anak mama.

isok tu, dalam pkul 4pm tu singgah jap umah akak aqu.

dia bagi aqu ni.







::laki dan wanita bole minum ini::

huii~! orang lain kolagen, aqu pon nak gak hehehehe!


ok yang collagen drink ni kalo kat oversea nama dia Quantum Beauty. kalo kat pasaran Msia nama produk dia Lawa. Yang ini membantu melansingkan badan dan mengurangkan lemak (aqu baru baca dia punya pamplet. patutla skang ni aqu senang gi toilet. selain tu aqu cepat kenyang la weeee~! ada chan untuk kurus ni hahahaha maq soka!)


::dah siap dibancuh::



sekotak ni ada 30 sachets. RM172 jea. murah la kan. so far masuk arini, baru 3 hari aqu minum. 1 hari 1 sachet. minum sebelum brekpes atau sebelum tido. rasa dia cam minum ribena jea hehe!

kot-kot la ada sesapa nak try, kat aqu ada loose sachet. Sepeket rm6 sajork :)

nak order sekotak pon bole juga :)

free postage :)


akak aqu lak minum yang ini


::laki pompuan bole minum ini::


dia baru minum 2 minggu.

kunun baru la nak pomot cb aura, rupanya kulit dia dah takdak freckles (jeragat).

kalo tak, banyak gak la kat area pipi n tulang hidung.

tu yang aqu semangat nak try hehehe!

yang ini sekotak ada 15 sachets untuk RM118. rasa dia adalah perisa oren.


1 lagi punya adalah untuk wanita sahaja. yang ini


::hanya wanita sahaja yang layak minum::

ini untuk wanita sebab ada lobata. yang ini berfungsi untuk masalah dalaman wanita, meningkatkan metabolisma dan melegakan stres. rasa dia plak adalah perisa soya.

sekotak ada 15 sachets dan berharga RM86 jea.

kalo berminat bole jea kontek aqu melalui pm fb atau emel: farehah84@gmail.com




9.10.12

Chahaya Beauty Skincare (CB Aura)

helo helo! :)

Dulu kan aqu tak amik port lansung pasai penjagaan muka ni.

sebabnya bagi aqu, it's too girlish wokeh!

mana masyuk dengan naluriku seorang tomboi.

No no no!

mak aqu la yang banyak belikan pencuci muka untuk anak mak ini.

kira masa skola dulu memang merelit abih la.

sampai orang konpius aqu ni serani atau chindian disebab kulit aqu yang silau ini.

disebabkan kulit aqu inilah salah sorang kawan aqu nangis kot

tak caya punky dah nak kawen dengan lelaki yang kulitnya lebih anggun dari kulit aqu

wahahahaha!

lepas dah kawen ni la baru terasa nak lawakan kulit muka yang dah serupa cam kulit hapatah.

tapi tu pon pakai set muka campuran dan murahan huhu!

sehinggalah aqu mencuba set penjagaan muka Chahaya Beauty Aura.



Masa mula-mula nak pakai tu

3 4 kali jugak la pikir nak pakai ke tak.

Ya la, local made tuu bole percaya ka?

nak2 plak dulu masa tengah famous B*L

dia pnya menghakis kulit sampai tak sekata dia punya putih tu.

aqu memang tak percaya langsung produk2 cemtu.

tapi, lepas tengok sendiri kulit muka kawan aqu ni

tak salah kot try kan?

so, akhirnya aqu skang adalah pengguna tegar CB Aura.

tak silap, aqu start pakai dalam bulan Mei atau Jun tahun ni.


ni gambar sebelum dan selepas penggunaan.



::beza kan? skali dengan spek pon dapat aura hehe::

orang yang bertanggungjawab memberi aura ini kat aqu adalah:

Puan Naimi ;)




yang best kan,

aritu aqu pegi PD untuk treatment kepala adam; Isham, Min dengan Adam sunburn.

aqu ja rilek cam tak sunbathing langsung. SERIUS!

hehehe!

kulit pon tak peeling lepas pegi PD aritu.

sebabnya, lepas mandi and salin baju, aqu terus applied day cream CB Aura.

memang terbaiklah!

dan dari segi harga plak, RM85 untuk 1 set amatlah berbaloi.

paling-paling nak menten pon sabun je la.

masa mula2 beli, sabun tu aqu tak potong pon.

pakai sebijik terus.

memang ngam-ngam sebulan dia abis.

krim plak, dalam sebulan setengah ke dua bulan baru topap balik.

yang paling best adalah toner dia.

sampai sekarang, toner yang aqu beli 1st set tu memang tak abis2 lagi sampai skang.

facial cotton jea kena tambah huhu!

So, untuk kawan-kawan yang berminat boleh la kontek aqu thru facebook atau emel farehah84@gmail.com


1 set - RM85 (kalo termasuk pos adalah RM90).

CB Aura, I Lov3 YOU! ;)











4.10.12

Kepala Dak Adam lagi

Hellu! Ok sambung crita balik.

minggu yang masa kepala dak adam tengah teruk tu, aqu baru order SMN Sleeves sebab sleeves dia yang lama tu dah berlubang dengan lapisan sutera kat luaq tu dah lunyai digigit2 adam tinggal lapisan cotton jea. lapisan cotton tu kalo garu pon berdarah gak sebab kasar.

hari sabtu sebelum pegi PD tu baru dapat info sleeves baru dipos.

so, hari Selasa baru la sleeves tu sampai.





rasa cam nak pegi hantar terus kat taska adam.

Sebelum tu, ari isnin petang bawak pegi ke klinik Dr. Maria kat Alamanda.

Aqu suka dr. ni sebab dia dari Klinik An-Nur.

Poliklinik An-Nur kat Presint 15 tu dia punya tapi ubat2 suma bawah An-Nur.

kat Alamanda ni kira memang dia punya klinik sendiri la.

dr. cakap kepala dia dah infection teruk due to garu yang teruk sampai luka berdarah.

so kena amik antibiotik makan dengan sapu.

yang sapu tu antibiotik ditambah sikit dengan steroid.

aqu bab steroid ni yang lemah ni.

lepas dapat penjelasan dari dr. kat group ekzema

baru la faham rupanya memang steroid diperlukan sedikit untuk membantu healing process.

cuma yang dr. tu tak berkenan bila doc2 lain sambil lewa bagi steroid yang kuat

even ekzema tak teruk tu yang sebenaqnya wat lagi teruk.

dari klinik tu dapat la antiseptic wash, amoxycillin dengan foban hydro.

sumanya RM66.

mahai tapi puas ati baq hang.

malam tu balik umah, cuci kepala dia dengan antiseptic wash.

pastu, sapu skit foban n bg dia makan antibiotik.

yang sapu tu sekali ja aqu boh since antibiotik makan pon dah amik kan...

dan setelah 2 hari berlalu, hasilnya:

 



dah kering!!!

no more oozing nanah or darah.

yang tengah best skang adalah menarik kuping2 kering itu.

huiii~

nikmat wo0o.

tengok gambaq atas ni, nampak tu kuping melambai2 mintak ditarik

hehehe!

Alhamdulillah...

dengan izin-Nya kepala adam makin pulih.

Syukur Ya Allah....

tapikan,

aqu tak berkenan sunggoh laaa mulot-mulot sesetengah orang nie.

camkan kita tak reti jaga anak.

siap suro cuti tanpa gaji la, apa la....

macam-macam crita aqu dengar.

hampa taktau masalah kami takyah la nak jadi penasihat rumahtangga kami.

tengok rumahtangga hampa sendiri dulu.

diri sendiri pon tunggang terbalik.

jangan memandai kalo diri tu takdak pengalaman.

Sekian.

Eh, terEmo lak maq. hehehe! what to do~


uih! lupa nak bagitau, kepala adam jadi teruk sebab lepas potong rambut adam ritu.

mesin potong rambut tu tak hygiene tu yang kepala dia jadi teruk sampai cemtu skali :(

pasni potong rambut mama ja  la yang buat....

2.10.12

Kepala Dak Adam lak :((

Minggu lepas wiken aritu aqu tak sehat n tak sedap badan. Otometik la ari ahad tu aqu demam skit dan kawan baik demam aqu iaitu elergi sepi pon muncul. Tapi xdak la teruk sangat cuma besa la naik kat bibir, bawah lidah n bintat-bintat skit...

Ok tu story mama.

Story adam lak.

Aritu botakkan kepala adam sebab rambut dah panjang n dia asikla dok garu2.

::skinhead adam hehe::

dah botak lagi la senang dia dok menggaru.


Pastu, 2-3 ari kendian jadik lagu nie.

::berair dan bernanah :(::


Ok lagi ni. Sampailah dia garu dan garu dan garu trus infection. ada skali tu dia pnya la sedap menggaru sampai berdarah



masa ni tak silap hari isnin pagi. kebetulan elergi aqu pon muncul sama dengan mata bengkak dan tak larat aqu decided untuk jumpa doc jea. masa berdarah-darah ni, isham suruh letak kunyit, so aqu pon ambik minyak gamat+kunyit skali.


lega weh. kejap je darah-darah tu. terus kering. cuma yang stay nanah jea laa...
ingatkan cepatla bole heal dia punya luka tu, skali dia dok menggaru lagi weh.
dah la kuping-kuping nanah ada ditambah lak dengan kuping darah....








yang best tu bila dak adam dok bising-bising skali tetiba sunyi sepi.
rupanya kawan tengah lalok menggaru!
bila aqu sergah dia, terus nangis cam kena pukui...
masa hari selasa tu sangat lega sebab kepala dia dah getting better.
cuma yang masalah still berair dan nanah.




hari rabu aqu naik keja.

tapi, hari khamis pagi tu aqu nak bangun masakkan nasik adam....
luka berdarah kembali!!!!!!

patut la sebelum dalam pkul 4am masa nyusukan adam, aqu dok rasa basah2 jea.
ingatkan nanah jea rupanya darahhhhhh!!!!
abih baju aqu, baju adam, cadar dah macam bocor period, kain batik alas adam pon berdarah-darah.
so, takkan nak bawak kepala berdarah-darah tu pegi taska??
so, aqu cuti la aritu.
sempat la aqu mms kat bos aqu gambaq nie



::dalam dok garu-garu tu, tetap eksaited tengok babytv huhu::



pehtu kan, ari ahad lepas bawak dia pi mandi laut kat Port Dickson.

Teluk Kemang to be exact.

memang kesian la tengok adam masa tu.

dengan kepala cemtu plus bau lagi :((


::sebelum mandi::



::lepas mandi::



 tengok result lepas mandi.

clear abih.

memang berbunga-bunga ja ati mama ini.

sampai la malam tu.

....bersambung part 2 nanti.

Tunggggguuuuuuuuu~








19.9.12

plus me!

memandangkan mukabukuku dah takleh bukak lansung di ofis dan hanya kandang-kadang saja melalui telepon, marilah beramai-ramai meramaikan akaun Google+.

besh gak.

rupanya dah ramai orang dari luar negara yang dah deactivated akaun mukabuku/twitter dan menggunakan G+ ini.

yang paling aqu suka skali pakai ni adalah sebab ada trending dengan games dia. hehehe

syok syok.

kalo rajin, add me to your circle ya? :)

search ja Farehah Husni. kalo dah ada akaun la huhu


30.8.12

kenaper? tak percayerr??

aritu aqu, isham n adam p amik yasmin kat taska. pastu, masa tengah panggil yasmin tu, ada la budak ni tegur kami....

isham: (panggil yasmin kat pintu skola)
budak: ni papa?? ni mama??
aqu:  ha ah ni la mama n papa
budak: mama? papa? (sambil point jari kat kami)
isham: mama n papa la.. nape? (sambil tengok kat mak budak tu)
mak budak: dia tanya tu cam muda sangat nak jadi mama n papa
aqu n isham: o0ooo.. (dalam hati masing-masing kembang semangkuk hahahahaha!)

situasi seterusnya kat opis isham. dia kena ot pastu dah abih, pegi kat tempat dia jap sebab nak shut down pc suma.. kebetulan kat area tu ada sorang opiser ni dah nak balik, then isham kenalkan dia kat aqu. dah setel suma nak balik, opiser tu lalu belakang kami then bagitau, "korang ni tak nampak cam laki bini la".


^___________________________________________________________________^

15.8.12

9.8.12

Barketh Asrin

huiii....

minggu depan dah nak raya naa...

tapi tu la...

taun ni tak berapa rasa nak raya laa....

sronok tengok kawan-kawan dan sahabat handai soping-soping....

aqu taun ni memang bersederhana jaa...

taun ni pon memang 98% iftar di romah

bersilat silambam kat dapoq jaa.

cuma ritu ja bukak posa kat uma norma...

ada gak hari-hari yang kami bukak posa kat luaq

tapi balik rumah dulu

batai posa kat rumah, solat magrib baru keluaq

tapi kat mamak ja makan nasik kandaq

tak pon roti canai banjir kuah kambing

hui sedap wo0!


nama kedai dia adalah tajuk entri ini.

kot-kot la sapa pi putra perdana kan

kedai dia kaler kuning.

try teh ais dia.

tau hampa tak makan kambing walaupon kuah ja kan huhu

ishhhhh

dok tringat2 la roti canai itew.

dengan teh ais dia kaw sekaw2nya....

okla aqu stop dulu kang ada yang posa yangyuk lak

bahahahahaha!!


24.7.12

Posa taun ini

Assalam...

Syukur Alhamdulillah kita masih lagi berkesempatan menyambut bulan Ramadhan tahun ini...
Tahun ini tahun pertama berpuasa kat umah baru...
Suasana sama ja cam masa dok kuarters dulu...
cuma kali ni adam join makan soq skali hehehe

Yasmin start ari isnin baru posa sebab masa hari pertama n kedua tu dia lena dibuai mimpi hehe!
nak kejut dia bangun pon cam alahai kesian...
dia lak kalo cuti memang liat bangun. kadang-kadang tu pukui 10am baru bangun...
aqu pon takmo train dia lagi sebab dia kecik lagi bagi aqu... baru 4 taun 7 bulan...

aqu ingat nak konsentret ajaq dia solat dulu sebab aritu p ceramah ustad jus tok guru (tak ingat la nama ustad tu hehe) dia ada bagitau yang kita ni patut utamakan solat dulu dari puasa.. ya la, budak-budak kan aktif, perut kecik, by the time petang tu budak-budak dah letih... lagi pon dalam Al-Quran dah nyatakan cara didik anak solat dulu..masa dia 7 tahun dah wajib solat, tak kira bacaan tak betui ka, tunggang tebalik ka janji dia solat. then masa 10 tahun kalo dia takmau solat baru bole pukui... ustad la yang kata lagu tu...

hari ketiga posa Yasmin cakap dia nak posa. so pagi tu kejut dia makan soq n ok ja dia bangun n makan skit... pagi tu pegi skola, cikgu dia dah stenbai tanya min posa separuh ka penuh. opkoz la aqu mintak separuh ja hehehe! Pagi ni lak, alahai liat la pulak min nak makan soq. melepet ja kat kusi hehe. mata tak bukak-bukak.. Then masa p skola dia dah pesan siap-siap nak posa penuh. hamboih! tak kesah la nak... kalo larat posa.. kalo tak bukak ja posa kan...

yang adam lak, tiap kali nak bangun soq misti la taim tu jugak nak begantung.
arini ja dia cam lena skit so lepas makan tu baru dia bangun.
lega la jugak kalo tak, penat dok melayan kerenah dia huhu...
orang nak makan dia pon nak makan, orang nak minum dia pon nak minum.
tu pon dok berebut dengan susu min.
dia nak minum dulu kalo tak mengamuk cam kena pukui.
haih~ apapon mama rindu bau mulot adam hahaha!

ouh, lupa nak habaq. aritu min request nak BABY ALIVE baq hang.


mintak menan yang rega tak hengat nya.
lalu aqu pon selamba ja cakap 'ok nanti mama belikan tapi dengan syarat min takleh isap jari dah'.
dan dia pon bersetuju dengan terma dan syarat tersebut.
aqu ingat sat ja dia punya tak isap jari tu. Ropa-ropanya dia memang tak isap jari langsung dah.
cuma masa 1st nite tu ja dia still isap jari.
then next day n the next day n the next next day memang dah tak isap jari langsung dah even tengah tidoq.
siap duk tunjuk jari dia yang dah kecut dan dulunya berbau masam itu.
kini jari jemari itu sudah wangi....
ok kali ni memang mama neves.
mana nak korek duit beli baby alive.
dia plak nak yang bole makan n berak.
"nanti min bole tukar pampes dier".
alahai min... susah-susah mama bagi baby bru ja la huhuhu

tapi okla sebab opah nak sponser baby alive ni kat min masa besday nanti.
Lega~ mama hehehehehe!
terima kasih opah!
ok tak jadi on baby baru hahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha!!
tapi awat cam lewat jaa bulan ni mau mengambang?????
apakah??????????
-GULP-

11.7.12

lama kejap

huiiii~!

lama sunggoh naa tak nyinggah sini hehehehe!

besa laa opis dah blok itu muka buku

henpon lak kena barred, oleh itu mari kita layan blog hahahaha!


kbai!

4.6.12

let's make rice milk!

ok meh sini nak ajaq cara-cara buat rice milk (susu nasik or izit air nasik?) owh, bukan susu beras yea sebab beras ni kena masak so jadilah nasik dan bukan beras.

rice milk ni sangat sesuai untuk anak-anak yang intolerate to cows milk, soy milk even goats milk.

aqu punya kes plak, adam tak suka rasa cows milk so aqu berpindah ke alternatif ini. mungkin jugak sebab rasa manis-manis cam susu ibu kot tu yg dia suka tuu hehe

ya, aqu dah stop pumping dah dan cuma direct breastfeed adam jea.

dah tak mampu nak pam ler huhu

woraits....

rice milk ni slalunya diminum oleh vegetarian dan originally aqu amek dari link ini
http://www.veganreader.com/2009/05/17/how-to-make-rice-milk-and-stop-supporting-rice-dream/

link yang aqu bagi tu adalah untuk orang dewasa punya, so aqu ejas skit untuk sesuai diminum oleh anak-anak....


ok, berikut adalah resipinya:

1 cawan beras
8 gelas air

cara-caranya:

- cuci beras dan toskan.
- masukkan air dalam periuk dan biarkan sehingga menggelegak.
- masukkan beras, slowkan api, tutup periuk n biarkan selama 3 jam.
- agak-agak kalo meruap tu, bole la kacau beras  dan tambah air jika air kurang.
- cukup 3 jam, blend atau tenyeh kat penapis santan
-biarkan sejuk dan simpan dalam peti sejuk.


Ini adalah rupa rice milk yang telah siap



ok, bila dah sejuk, tutup pakai aluminium foil dulu. so that permukaan dia tak keras dan lebih tahan lama. masa 1st time buat dulu, aqu terus tutup n simpan, end up permukaan dia keras dan berair. aqu wat cemni memang tahan lama. elok dan lembut jea cam baru disimpan... contoh adalah seperti di bawah.



next, cara-cara membancuh rice milk:

masukkan beberapa sudu rice milk ke dalam botol;




kendian, masukkan air panas mengikut sukatan minum anak-anak.



pastu goncang-goncang
kiri kanan goyang-goyang
atas bawah goyang-goyang.


rice milk ni jugak sesuai untuk orang pemalas cam aqu ganti buat bubur.

tumis bawang putih, masukkan ikan bilis/isi ikan/ayam/sayuran, masuk air, masuk rice milk,
TING!
siap sudah! ehehe! yang pastinya no processed food kan? naisssss :)

kalo bole elakkan guna nestum/biskut atau apa-apa makanan yang diproses masa tengah kecik ni.

sebabnya aqu tengok ni.

processed food vs. whole food.

scarry hokeh! tu yang orang besaq, kalo babies?? seramm!

adam memang dah jarang sangat makan yang proses ni especially masa dia start ada ekzema nie..

biskut aqu gantikan dengan buah (tembikai/epal/oranges)

tembikai n epal sangat elok untuk ekzema :)

1 lagi lupa lak, kalo nak bagi rice milk kat baby, better 6 bln ke atas kot...

at least perut dia dah matang kan..





28.5.12

jangan pisahkan....

ramai yang suro pisahkan tempat tidur sebab min dah besaq

tapi cam tak bersedia lagi la plak

sebab tak rasa beban pon...





*haih*....



8.5.12

hujung minggu, Colmar Tropicale dan Lokas Makana

helo!

lama tak jumpa hehe!

nak crita hujung minggu ritu kawan isham n family (Endi n Ct) datang umah.

bawak dorang pegi jenjalan kat colmar tropicale.

dorang tak penah pegi lagi.

aqu, isham n yasmin dah penah pegi, 3 hari sebelum aqu tukaq opis.

kali ni stay kat Berjaya Hills Golf & Country Club.





Kami dok kat Golfers Chalet


::pics googled::


sapa yang memang golfer memang heaven la kannn...

yang best kat sini pool dia bole mandi pakai t-shirt hehe!

opkoz la aqu ja yang mandi kan sebab kan aqu kan bole kan berenang kan

so isham usha-usha je la bebudak mandi huahuahua


malam tu, baru pegi colmar.

dapat la tengok show.

stage performance cam orang russia.

chomey-chomey dorang nih.

body pon mantop.

hehe! bila lagi mau cuci mata kan?

dah abih stage performance, ada gak orang semboq-semboq api.

ok gak la performance dia.

pehtu dinner kat apatah nama kedai dia huhu.

kami makan pizza, lasagna, fettucini carbonara n salad as appertizer.

tambah dengan ayaq minum sumanya RM155 utk 6orang makan termasuk budak-budak.

okla kot kan..

owh, untuk yang taktau, colmar ni dia tiru sebijik sebulat kat 1 perkampungan kat france.

setiap inci.

dulu ni jugak tempat prektikel isham untuk 6 bulan.

orang study kitchen kan...

untung gak dapat somi blajaq kitchen ni.

taw la skit-skit bahsa-bahsa kitchen...

untung gak aqu ni kaki makan dan melantak.

isham dengan seronoknya memasak di dapur.

tapi untuk hidangan itali la.

dan sedikit masakan jawa.

kalo masakan melayu, aqu la yang conquer kekdahnya...

isok paginya, peh brekpes, pi singgah kat rabbit farm.

tak kira la org tua ka budak ka kena charge rm3.

baya adam masuk free.

ada la guinea pig, rabbit, donkey, deer pon hado...

nak bg makan pon bole.

rm3 untuk 1 peket.

kalo guinea pig, cabut ja rumput-rumput kat tepi sangkar tuu...

nak pi Japanese Village, jalan ditutup sebab tengah renovet.

nak pi jalan kaki bole tapi steep la.

10 min jalan kaki.

untuk orang tua-tua dan kurang berkeupayaan takyah pi.

kami tak pi pon.

ni pon aqu baca signboard kat kaunter hotel.

untung la dapat orang yang alert dengan alam sekeliling kan.

kalo tak sesia ja haha


then, patah balik hotel untuk check out.

tapi since check out pukui 1pm, aqu berendam la sepuas ati walopon tak brapa nak pueh

sebab isham bagi signal suro naik huhu

balik tu, pegi singgah Lokas Makana, Puchong Utama.

dekat jea dengan umah aqu.

tak sampai 5 minit pon hehe!

sampai tu, orang dah beratur panjang giler.

pas order, dorang suro datang balik 1jam setengah.

cari meja, makan otak2.

pehtu order laksa. rm4 satu mangkuk besar.

sedap gak.

budak2 lak pi main kat funland.

rm5 untuk 1 kepala.

tapi bole la kuar masuk..



::masa ni dah melepet kat tepi jalan. nampak tu umat maknusia::


sambil tunggu ni, pegi la usha tudung, brooch yang ada jual kat situ.

murah gak. rega cam kat Jalan TAR.

dah tunggu lama sangat, budak-budak pon peluh lenjun cam mandi kolam

kami decided tapau balik jea.

exactly, sejam setengah menunggu baru burger siap.





::ni tajuk dia cheezy bacon::

review burger: sedappp! berbaloi la menunggu. slalu tengok criter Man vs. Food tu terliur je kan

sebab burger dia besaq gedabak. okla at least kat mesia pon hado jugak...








29.4.12

kain pasang untuk dijual!!!

kalo berminat pm aqu kat facebook ya.

msg aqu tak private so bole la mesej2 sama gwe hehe!

ni aqu juai RM36 sahaja termasuk pos.

kalo Cash-On-Delivery RM30 sahaja.

tapi ada 4 pasang ni je la.

berminat let me noe k. just bagitau nak nombor brapa

kalo bole pm kat fb truih taw, takut tak alert kalo komen kat bawah hehe


1.



2.



3.



4.