30.5.11

letih

Assalam...

sorry la lama tak hapdet..



kami sefamili keletihan.


baru balik dari penang semalam.


3 hari dah tak online.


taktau apa crita kengkawan sekalian....


ni ada skit ucapan;



buat ma atenz, sorry yea tak dapat nak sambut kepulanganmu dengan gilang-gemilangnya.



masa hang turun kat klia tu, kami sefamili on de way back to penang.


ni pon tadak rezki lagi nak jumpa hang.



nenanti kita jumpa naa....




juga buat my best fren didiey, congratz on your big day.






im so happy for u and hubby.



happy hanimun yea ^_^




kan syok kalo hari ni masih cuti??? wuwuwuwu~~

25.5.11

exam

bukan aqu yang exam.


bukan jugak isham yang exam.




tapi....



Yasmin Nasuha yang exam.



huhu!



budak umoq 3taun 5bulan itu yang tengah exam minggu ni.




tapi aqu rilek jaa....


alah, takat budak-budak yang baru 3 tahun exam.....


bukan Tahun 3.


buat apa nak stress kan?



tapi tak dinafikan ada parents yang risau.



aqu takmo preassure yasmin. biarla dia main puas-puas dulu.


aqu yang masa tadika umoq 6 tahun pon stress takmo pi skolah.


inikan pulak yang umoq 3 tahun huhu



takut ja nanti dia naik darjah 1 dah bosan nak belajar sebab



yasmin dah bole mengeja, dah kenal huruf dan nombor




baru 3 taun...



haih

20.5.11

budak ini

semalam.

Alhamdulillah.

budak debab ini sudah mau minum pakai botol.

mama suker sangat sebab tengahari dah tak runsing dah ^_^

tapi....


Aiseh......


muka mama baru nak kecut.


nampak gayanya


mama akan menten debab cam budak debab ini jugak =_="



12.5.11

homework Yasmin

semalam yasmin kena buat homework (apa la depa nih, budak baru laa 3 taun dah ada homework) =_="



sambil dia buat tu isham monitor la.

masa tu, aqu tengah mandi.

dah setel mandi, siap suma tengok dia dok tengok tv.

aqu:  Min, homework dah abeh dah?


min: dah abis daa..

aqu pon pi la tengok skit hasil keja dia. sekali.....







::nampak dak?::



::still tak nampak?::










aqu: eh, ni apa nie?


isham: dia lukis spek mata


aqu: siap dengan hidung tuu... =_="



papepon, mama sayanggggggggggg hampa dorang hehe!




::hampa pon sayang sunggoh kat mama naa?::

5.5.11

Aksesori Saya Ke Pejabat

Helo mommies!

Entri kali ini adalah mengenai aksesori yang saya bawa semasa ke pejabat (huih skema giler ayat hehe!)

okla, berikut adalah beg yang saya dok bawak tetiap hari.


::beg Medela, botol dan bekas isi corong/membrane::





::aksesori dalam bekas::




Dalam beg lak isi apa ya?





Meh tengok meh.







Di samping itu, selain tote bag Medela, saya jugak membawa bersama Hailey Cooler Tote Bag untuk mengisi hasil tuaian.


::my Hailey Cooler Tote with ice packs::



Terima kasih kepada Medela Freestyle, saya boleh mengepam di tempat saya. Sambil saya bekerja, sambil itu juga saya akan menuai seperti ini

















::pic googled::


Eh.




bukan.





bukan seperti itu sebab saya tak secerah itu hehe!






Begini la.











Hiks!
















::sedang menuai. tapi mcm takde pape je kan?::


Bila pam beroperasi, begini la keadaan saya. Rindu lak zaman rempit dulu kikiki.





::ok, lagi 10 min hampir tamat waktu menuai::


 Dan hasil tuaian....






Happy Breastfeeding! ^_^
Powered By Blogger