29.2.12

ekzema bukan penyakit kulit der



 yang dia ni lagi best (kononnya)

 you go girl kak farah!

22.2.12

I LtotheOtotheVtotheE you lah, sayang!

me: sayang, ramai tegoq i dah gumokkk!!

him: okla tu, nampakla i jaga you leklok...

me: ^____________________________________________________________^

mode: happy! mari makan-makan meraikan kesenangan hati ini!

16.2.12

Ekzema is Eczema

okla.

entri lepas adalah masa adam kena ekzema buat pertama kalinya.

dah jumpa dokter kat Klinik Maria and prescribed elomet, moisturiser and oso ezerra cream.

dah pakai suma, nak kata kurang tu nampak skit ja la..

then, kat group AAE tu ada sorang akak ni

dia suggest this one cream. dia beli kat kedai cina kat kampung dia.

dia pakaikan cream ni kat anak trus elok.

jap aqu cilok gambar dari blog dia



walhal anak dia ekzema teruk sangat sampai gugur rambut.

sampai kena admit kat wad selama sebulan.

memang sedih sangat tengok anak dia; Fahim.klik sini utk crita dia.

ok adam pon dah pakai cream tu dan Alhamdulillah semuanya dah ok...


::sebelum sapu krim. in fact ni masih ok lagi. ada yang lagi teruk sampai bernanah-nanah jea::



::hari kedua::




::hari keempat::


::hari ketujuh. pulih seperti sedia kala::


TETAPI


gumbira di hati hanya seketika

sebab ekzema adam jadi balik.

kebetulan lepas majlis aritu

since adam dah ok so makan dah tak kontrol

at the same time,

jiran sebelahku yang belum pindah tengah buat renovation.

maka itu, berterbanganlah habuk-habuk di udara.

memandangkan adam elegik terhadap habuk ini

ekzema dia jadi balikkkkkkkk!






yang 2nd time ni lagi teruk.

setiap pelipat badan (kaki, tangan, ketiak) suma bernanah and berdarah.

bayangkan pepagi bangun tu disambut rengekan dan baju yang berdarah dan bernanah.

sib baik gak minggu yang ekzema dia menjadi-jadi tu banyak hari cuti.

so takdak la cikgu dia rasa geli cam gambaq kat atas ni.

yang adam lak, nanah kat pelipat tu dia bole tarik-tarik

dah macam tarik cheese on pizza hokek!!


dan apalagi, sekali lagi luahan hati didengari

dan dapat nasihat dari kak Farah Rahim aka founder of AAE group.




yap. kesan dari penggunaan antibiotik dan steroid cream.

sebab tu skang ni nak elak segala mak nenek cort, zine suma tu.

so, skang ni aqu pakai QV bath oil dengan QV cream.





baru pakai ari sabtu baru ni...

unfortunately, QV ni ada paraben la plak.

paraben ni skang tengah menjadi isu hangat sebab

dikatakan penyebab kepada kanser.

elok aqu baru beli baru tau pasai paraben.

paraben ni sangat terkenal penggunaannya dalam bidang kosmetik sebagai agen pelembap.

ntah la weh...

tapi skang ni nak abihkan dulu QV ni baru nak beralih ke

::MOOGOO SKINCARE::


natural remedy.

starter pack ni untuk eczema RM187

cant wait to try it!!

sebab suma yang pakai ni sumanya cakap ok.

dan yang best skali no more steroids.

all natural jea...

cuma kalo yang nak pakai ni kena alert gak

sebab takut ada yang elegik dengan susu lembu.

 1 lagi, brand Ezerra pon dapat banyak good feeback.





1 lagi, kak Farah Rahim bagi tips nak tau cream tu ada steroid ka dak

tengok lepas penggunaannya.

kalo dalam masa 2 hari tu dah sangat elok

tandanya krim tu ada steroid.

1 lg, steroid ni menipiskan kulit.

not good.

say no to steroids.

dey brapa banyak 1 lagi daaaaa

13.2.12

ekzema adalah eczema

salaam...

untuk pengetahuan semua,

aritu adam telah diserang ekzema.






::darah pipi::

::ni bukan darah period hokek. ni hasil dari garu-garuan di pipi::




masa ni mmg sangat-sangat perlukan sokongan dari orang sekeliling.

sangat sakit ati bila orang lain pandang kita cam tak reti jaga anak.

tapi bukan suka-suka nak bawak adam keluar

pi klinik gak.

dokter cakap budak ekzema ni memang sangat perlukan pelembap.

tak tersangka adam bole kena ekzema.

ekzema dia triggered sebab mula packing barang pindah rumah.

walhal rasanya sebelum ni

rumah berabok giler tapi tu la...

nasib baik kakput and kakrini tolong add aqu kat group 'Asthma Allergies Eczema' kat fb.

it's a support group.

so bole dapat banyak infos, reviews and of course; moral support.



https://www.facebook.com/groups/ekzema

segala luahan hati telah didengari....