28.8.11

dah sampai kampung dah...

Assalam....dah balik kampung blum? kami anak branak dh sampai kg isham petang smalam...  arini tengah soping baju raya. tadi pegi kat jusco tebrau tapi tak byk choice. ni nak pi tengok kat plaza angsana lak. okla, bagi yang baru mulakab perjalanan tu drive leklok k

26.8.11

Setahun sudah berlalu...

Alhamdulillah....


di hari yang ke-26 Ramadhan tahun ini


sudah cukup setahun pencapaian Adam Muqris menikmati susu mama.


Alhamdulillah...


aqu masih diberi peluang oleh-Nya untuk memberikan yang terbaik untuk Adam.




Moga misi untuk terus menyusukan Adam sampai 2 tahun akan berjaya kali ni.


Insya Allah.


p/s: kakak min, maafkan mama sebab tak dapat nak bagi kakak min susu mama sepenuhnya. tiap kali kakak min perati mama susukan adam, hati mama tersentuh dan terkilan sebab betapa jahilnya mama dalam ilmu penyusuan dulu.  Maafkan mama ya sayang......

23.8.11

param

*drum roll*

buat pertama kalinya


setelah 21 hari berpuasa


semalam baru la menjejakkan kaki kat param Presint 2.


yang kat Presint 15 tu lak baru 2 kali huhu.


tapi sejak-sejak ni asek iftar kat luaq ja


bukan sebab aqu malas hokey.


tapi isham yang dah jemu dengan ayaq tangan aqu (majuk nih :P)


hehe! idok ler, teman tau dia kesian nengokkan teman ni


bersilat, silambam, karate-do, judo, sumo suma adalaa kat dapoq tuu kannnn...


mana nak nyusukan adam lagi, nak suap kakak min lagi kannn.


semalam  gak, isham tolong-tolong kemaskan dapoq.


tenkiu la sayang!


i love you more! ;)


kalo tak, tv dengan laptop tuan hamba yang funyaa kannn?


si istri lak dok menjeling menjeling ku bertentang, mata kita sama memandang,


ku cuba, ku cuba nak bertanya, tak nak tolong ringankan beban ka??


gitewww! termashukk lak lagu ct kannnn hehe


mana nak dapat hubby yang begitu konsen dengan keadaan istri kan?



dengan nak melayan si kecik lagi.



dah la si kecik tu asekkkk nak bekepit dengan mama ajerrr...


gaya cam jelessss dengan papa yea? hehe


Sayang, nanti i bagi seprais kat you eh?


semalam i hadiahkan bluberi chistat kat you lagi kan


tengok, instinct seorang istri memang kuat.


eh, tapi slalu jer i bagi present kat you kan?



apa la salahnya lenkali buat dengan sepenuh ikhlas hati, jiwa dan raga kan sayang kannnn? :P




okla, sesaja nak berseloka bersama singer. menawan keluarga bahagia :P

22.8.11

Adam Muqris' 2nd visit to paed

As-salam semua...

akhirnya, hari yang dinanti-nantikan telah tiba.


aritu check up jantung adam masa 15hb dah setel.


masa mula-mula pegi okla orang tak ramai sangat dari yang masa 1st visit.


kira tak sampai sejam dah ada kat klinik paed.


kat klinik paed pon tak lama gak la ada la dalam setengah jam.



mungkin pasai bulan posa atau memang kami datang awal skit sebab last time datang orang dah tunggu sampai kat luar nun.


paed cardio kat hosp serdang ada 2 je. kali ni doc yang 1 lagi attend kami.


scan suma ok, cuma lubang kat jantung tu masih ada tapi consider kecik.


cuma yang tak best tu, operation mungkin akan dibuat sebab peratus lubang nak tutup tu macam takde...


dari pengalaman doc sendiri, tak penah lagi injap yang berlubang tu akan tutup.



sebab lubang tu dekat sangat dengan saluran yang bercabang dan kat area situ takde daging.


so, bila takde daging peratus nak tutup sendiri by the time adam besar dalam 0.1% jer...


skang ni cuma kena pantau from time to time nak tengok keadaan lubang tu.


dan masalah akan nampak bila adam besar nanti.


----


Aqu redha....


cuma aqu happy sebab adam sangat-sangat aktif dan masih bambam pada pandangan aqu.


mama sayang adam muqris sangat-sangat!! dengan kakak min jugak!! :D


dengan papa pon! :P



19.8.11

this weekend



we olls on the way back to Penang.












::a must have dish everytime balik Penang::



Sluuuurrrrrrrrpppppp ppp pppp ~

18.8.11

iftar with colleagues

ni first time iftar dengan kawan-kawan opis.



Village View menjadi pilihan hati.


Kami datang dalam pukul 8 lepas suma orang dah balik sebab maleh nak bersesak-sesak.



kiranya kami buka posa kat rumah and magrib skali pastu shoot pegi VV.


lagipon bawak diorang ni datang makan sini sebab depa tak penah mai lagi.


order wajib harus la pandan chicken dengan chicken boxing kannnn


yummeh









::min malu-malu::

::alolo! chomeynya~ sorry, she's married yaws!::

::chomey yang tak jadi -_-"::

::anak darasss wif mak darassss::



::sweet couple kan?::



::adam baru bangun tito::

::tetap tengok mama kan?::


::gambar kenangan. owh adam!::

::bagus kakakmin hehe::

17.8.11

iftar together-gether

iftar bersama-sama ex-classmates/ex-coursemates/ex-polimates/ex-roommates/ex-housemates last Saturday ^_^





::getting ready. tiba-tiba rasa nak menggedik::

::ok back to normal life as mama::


 ::the foods::  
::tunggu yasmin nak habiskan doa::


::bapak mithali 1::

::bapak mithali 2::

::us. eh mana adam?::
::norma's family::



::owh, adam dengan Ma Atenz::

::Ma Atenz dengan kakakmin lak::

::the best buddies::



::us::

::ni mama adam. orang lain takleh amik :P::

::us since 2002::








sangat happy dapat bertemu semula dengan kawan-kawan.


cant wait for next session ehehehehe!




15.8.11

ada apa dengan pavlova???

Salam all...

hari ni nak bagitau pasal pavlova.



skang ni pavlova cam femes giler kan???


ni aqu ada buat research skit la untuk kengkorangs suma.



Sejarah Pavlova


aqu hambek kat wikipedia


Pavlova is a meringue-based dessert named after the Russian ballet dancer Anna Pavlova.[1] It is a meringue with a crisp crust and soft, light inner.[2] The name is pronounced/pævˈloʊvə/ or /pɑːvˈloʊvə/, unlike the name of the dancer, which was /ˈpɑːvləvə/ or /ˈpævləvə/.[3][4][5]
The dessert is believed to have been created in honour of the dancer either during or after one of her tours to Australia and New Zealand in the 1920s. The nationality of its creator has been a source of argument between the two nations for many years, but formal research indicates New Zealand as the more probable source.[2]
The dessert is a popular dish and an important part of the national cuisine of both countries, and with its simple recipe, is frequently served during celebratory and holiday meals.


So nak crita ni. kut-kut la sesapa teringin pavlova ni bole la kontek huda

dia ni kawan isham masa dia keja kat johor dulu... geng-geng hotel la kan.. eh, ya ka? tak ingat haih! banyak sangat kawan-kawan dia huhu. tapi dia panggil melor. sebab musabab taktau la plak.


meh nak tunjuk skit yang dia bagi kat kami...



::masa dapat dia bagi cemni. so bole la deko-deko sesuka ati::







::berries berries::








::dah siap deko deko deko::




::sangat tempting kan?::









owh, rege pavlova ni RM10 hengget ja tapi tak termasuk delivery charge. tengokla kejauhan tempat tinggal anda dengan huda. berbaloi-baloi la takat seploh hengget dengan berries lagi kannnn. murah kan? dia jugak ada amik oder kapkek, kek macam-macam lagi laa... kalo nak pi la usha kat fesbuk dia k.



p/s: sangat very the yummylicious hokey! memang ke sudah asek tringattttttt pakloba itew~

p/p/s:  melor baru bagitau yang oder pavlova ditutup buat sementara waktu sebab nak bagi laluan untuk oder kuih raya. lepaih raya kita enjoice pakloba balik hokey!












10.8.11

wordless wednesday

::klik imej kalo tak nampak::

9.8.11

Pandangan dari seorang doktor pakar laktasi

Pandangan dari seorang doktor laktasi - Dr. Nadrah Ariffin


Dan seandainya ada antara ibu yg memang tidak dapat menyusukan kerana "tiada susu langsung", anggaplah itu sebahagian dari ujian yg Maha Esa, bermuhasabahlah diri masing-masing kerana hakikatnya, tiada IBU YANG MELAHIRKAN BAYI TIDAK MEMPUNYAI SUSU BADAN... mungkin tahap ujian dari seorang ibu berbanding ibu yg lain adalah berbeza. Cuba ambil secara positif: "Jika aku tiada susu, hingga waktu ini, mungkin ada sesuatu yang sedang Tuhan itu mengujiku, mungkin mahu menyedarkan aku betapa beratnya tanggungjawab untuk membesarkan seorang zuriat, bukan semata-mata mengandungkan dan melahirkan sahaja. Oleh itu Tuhanku mahukan aku terus berusaha dan tidak pernah berputus asa kepada takdirnya, kerana telah disebut sendiri oleh Yg Maha Esa bahawa selagi aku berusaha dengan ikhlas demi anakku, InsyaAllah usaha murniku akan dilihatNya dan aku akan terus berdoa untuk dia memakbulkan doaku untuk memberi susu ibu".


Dan apa pula yang perlu dibuat sekiranya memang ditakdirkan TIADA SUSU LANGSUNG? Tuhan itu telah menzahirkan melalui sirah Rasulullah. Bermakna, CARILAH IBU SUSUAN. Ibu susuan bermakna "wanita yg sedang menyusukan bayi yg masih mempunyai susu". Dan tidak pula diperintah untuk terus mencari susu binatang. Dengan adanya contoh ini, kenapa kita terlalu menunjuk pandai memilih susu tepung lembu/kambing untuk bayi. Tapi saya agak kesal dengan apa yang berlaku, hanya sebilangan ibu bapa yg memandang positif kepada "ibu susuan"... manakala sebahagian besar memandang kaedah ini sebagai "nanti anak saya dipengaruhi oleh DNAnya", atau ada pula yang mengganggap "agak geli jika susu badan wanita lain masuk ke tubuh anaknya"....Astaghfirullah​... Dan macam mana pula pemberian susu tepung lembu/kambing kepada bayi dengan alasan si ibu ketiadaan susu? Tidakkah terfikir bahawa dalam susu tepung tersebut juga mengandungi DNA lembu/kambing?


Terpulang kepada individu untuk menilai macam mana. Tapi macam saya katakan, kita ni hanya HAMBA ALLAH yg lemah dan pengetahuan kita terbatas, apatah lagi untuk menilai sesorang ibu susuan samada hasil susunya baik atau tidak. Jika kita kata kita mampu menilai seseorang yang ingin dijadikan ibu susuan itu sampai sebegitu rupa, adakah kita cuba melawan contoh yg Allah dah sampaikan kepada kita melalui Rasulullah? Dan seandainya kita tetap mahu menilai, cuba muhasabah diri sendiri, apakah kita adalah contoh terbaik untuk anak kita? Manakan tahu Allah nak beri nikmat dan hikmah penyusuan itu melalui ibu susuan? So, memang susah nak didebatkan, tapi apa yang mampu saya kata adalah selama ini semua cuba katakan ikut sunnah Rasulullah, tapi bila sampai bab ibu susuan, rata-rata berfikiran negatif... so wajarkah?

5.8.11

daun semambu obat demam campak

ok semalam dah dapat daun semambu (orang utara panggil daun mambu). kami amik dekat Taman Warisan Pertanian, Presint 16.  Pokok mambu ni tinggi, so kalo agak-agak tak sampai tu bole la mintak tolong kat penjaga situ.  bos aqu dulu masa dia amik daun tu, orang tua. masa kami amik budak yang jaga. pastu pepandailah kan nak bagi upah.

pastu malam tu macam blur plak nak buat apa dengan daun mambu tu.


pi kat uncle gugel, cari funya cari, gali funya gali banyak gak la info pasal cikenpox dengan daun mambu.


so, dipendekkan cerita sebab maleh lak nak menaip panjang-panjang malam tu aqu amik skit daun tu buat tibai blakang adam. bukanla tibai yang marah tu. tapi tibai yang cam menggaru blakang dia. giler hang baby nak tibai-tibai dengan emo? kang kena akta kanak-kanak lak huhu. pastu amek dalam 2 tangkai gitu, tabur kat tilam dia buat alas. tu pon jenuhla nak kontrol adam sebab dia belek-belek daun pastu ngappp masuk mulot. adeh.


sebelum tido tu memang dia merengek tak selesa. sekali aqu tibai ala-ala pom-pom girl kat blakang dia, senyap tuuu. ala-ala muka sedap dikorek telinga tuu. senyapppp je rasa syok ditibai yea adam? hehe!


and surprisingly, malam tu adam tak merengek pon. memang tido lena la. kira tido aqu pon tidak la terganggu hehe!

the next day, aqu buat mandian adam lak pakai daun mambu. cara-caranya:



- masukkan beberapa tangkai daun mambu dalam bekas jaring





- pastu gosok daun tu dengan tapak tangan sampai dia kluar lendir dengan buih


::gosok menggosok, genyeh menggenyeh::


lupa nak bagitau, tujuan bekas jaring adalah untuk asingkan daun-daun yang dah serabai dari becampur dengan air mandian. cemni la jadinya






- masa nak mandikan tu, mula-mula mandikan cam biasa cuma takyah pakai sabun. bila dah basah suma, amik daun tu gosok-gosok satu badan. kira macam scrub daun gitu. sental-sental skit. pastu keluarkan bekas jaring tu, then jirus la bayi anda sampai abis airnya. dah jirus, lap kering. takyah bilas dah...



dah mandikan adam, aqu lap-lap skit pastu biar kering sendiri.  ari siang memang aqu dia pakai pampers ataw CD jea.. bagi kulit bernafas gitew. kalo pakai baju takut bepeluh lak. lagi tak selesa kan. cuma kipas bukak slow je la...


next step, aqu buat Bedak Mambu Berkunyit.

cara-caranya:

- ambik beberapa helai daun mambu dan ditumbuk pakai batu lesung tapi rasanya bole je kut nak blend.







- kemudian, masukkan beras dalam 2 genggam.







- setelah beras agak lumat, masukkan plak kunyit.







and the final product...






dah setel suma, masa aqu sapu bedak ni tercair la plak aqu buat. so aqu tambah beberapa bijik bedak sejuk untuk pekatkan bedak mambu.  lagipun bedak sejuk kan dibuat dari beras jugekkk hehe!





dan akhirnyaaaaaa



::adam takleh senyum sebab bakal digoreng. haha!::






dan pagi ni, suma bintik-bintik yang bernanah memang dah kering dah. legaaaaaaa!

oh, terima kasih jugak buat Akak Anony atas petua beras pulut tu. memandangkan beras pulut takde dan kebetulan uncle gugel bagi idea bedak mambu berkunyit ni, saya pakai apa yang ada dulu hehe! anyway, thanx alot ya kak! ^_^

3.8.11

cerita harini

2 hari sebelum ini adam happy happy jea...



start malam tadi dia dah gelisah dah.



dah mula gatal-gatal kat badan dia...



kesian sangat dia masa tu.




merengek tapi mata ngantuk.



aqu pon tolong rub je la blakang dia....




tadi masa nap tengahari pon, kesian sangat....




mata ngantuk, tapi takleh nak tido sebab gatal-gatal...




last-last, dia landing kat atas tilam vono yang empuk lagi best perut aqu.



pastu, bangun lagi merengek-rengek tapi mata kuyu sebab ngantuk...



alahai, kesian mama tengok dia.....



pastu agak-agak dah ok sket, cari port baik punya kat dada mama.



sib baik aqu landing dekat dengan bantal, bole la gerak adam skit-skit bawak ke bantal.



jadi la cemni...




::cemni la kalo dia baring kat atas perut dgn dada aqu. tapi ni dah transfer ke bantal  hehe::







kesian kan?



dok tunggu daun semambu tak sampai-sampai -_-" (Mr. Isham, waiting for your action, tq)




tapi sib baikla ada bibik kecik tolong aqu.



bole la nak lari kejap ke dapur wat laundry dgn clear dapur jap.



kesian gak kat bibik kecik nie...



::letih gamaknya::



masa ni dia tido balik... padahal tadi dah tido, masa dia terjaga aqu dengan adam dalam bilik. adam pon dah bangun bawak la dorang pegi hall. pastu tengok makcik ni tido balik... letih jaga adam yea kakak min? hehe!


owh, lupa nak bagitau, haritu adam dah kena campak tapi yang jenis ruam. 



semalam pegi klinik, aqu cakap kat doc adam kena campak.


pastu doc kata "ni cikenpox bukan campak".


aqu konpius lerr.. campak tu bukan cikenpox ka? measel tu apa lak?


tak paham aih! huhu!




1.8.11

2 bulan plus plus

hehe!






















::awwww.....::


Rindunyaaaaaa masa nie.... kalo ikut tarikh kamera, ni masa dia 2bln++.. tadi tengah godek-godek laptop, tup-tup ado gambar nie...

haaaa~~ rindunya masa nie kannnn?  tang pipi tu mahai tuu hehe! ni kalo cium pipi misti sampai termasuk dalam lubang idung haha!







ni nak stori de mori


pagi semalam, adam naik bintik-bintik.


memang konfem chickenpox.


patutla minggu lepas asyik demam ja...



owh, aritu bawak dia pi klinik, kena ubat bontot dengan neb.


yang best tu, sepanjang neb tu dia diam ajer sampai misi cakap


"alolo! diammmm je diaaaaa. sedap ye dik? rasa stoberi ye?"


pastu dah dekat nak abis tu adam bole lak pegi gigit-gigit mask tu.


dah la mask tu berkatun ala-ala angry bird gitu haha!


meh la jamu mata skit...




::nampak tak bebintik tu::

pagi ni bebintik tu ada yang dah pecah... taktau la dia garu ke hapa..


adeh, tengah fenin fasal cutiku ini huhu!



owh, pada hari ini, 1 Ramadhan, aqu dah sambut raya.


bole tak pagi tadi masa nak bangun sahur,


adam pon sahur skali ni. ye la, nyusukan dia la..


isham pon tolong la siapkan nasik letak dalam pinggan and buat air


sebab masa tu dah pukul 5 suku.


abis nyusu pe lagi, aqu makan la cecepat sebab kalo bole nak minum air bebanyak.


takut kang nyusu adam lagi, dahaga lak. takut tak bertahan sampai ke petang hehe


minum, minum, minum pastu baru tingat tadi bangun belum ke tandas.


skali pegi tandas, bendera dah berkibar.


cessssss!


aqu dah raya dulu lerrr~
Powered By Blogger