17.12.13

misteri itu.... telah meninggalkanku.

ingat dak crita pasai ikan yang bernama misteri yang pernah ku ceritakan pada kalian suatu masa dulu?


kalo ingat baguih la.

kalo tak ingat, silalah klik kat link itu.

tau dak,

tanggal 19 November 2013, bersamaan 15 Muharram 1435 yang lalu,

dia telah pergi buat selama-lamanya.......

15hb tu ari jumaat, aku tengok dia cam biasa ja...

bagi makan, sembang-sembang skit dengan dia.

hari isnin tu aku sampai terus bagi salam kat dia.

tapi dia macam nak jauhkan diri. makin lama makin turun ke dasar.

macam seolah-olah dia takmo main, takmo makan. cam merajuk gitu.

aku tabur skit makanan kat dia, slalu dia naik la jugak jenguk apa yang ditabur tu,

tapi kali ni dia wat tak peduli ja...

aku sembang-sembang ja la macam biasa.

pehtu aku prasan cam ada sesuatu kat atas kepala dia.

cam bijik yang ada kat ikan flowerhorn.

pelik kot...

so, aku keja cam biasa la....

sebelum balik tu aku sempat tengok dia lagi.

nampak lemah jea...

aku masa tu ada la skit rasa dia nak 'pergi' tapi tak amik port pon....

sadly, the next day........





sedih giler....

aku rasa dia tunggu aku kot...

sebab dia mati tak timbul lagi means dia baru 'pergi'.

perasan dak kat muncung mulut dia tu?

bijik tu la kat kepala dia.

masa nak buang tu, 1st time aku amik dia pakai tangan (sebelum ni cuci akuarium dia pakai bekas sebab geli nak tangkap pakai tangan. dia suka melawan >_<)

letak dia dalam tisu n masa nak balut tu rasa cam dia gerak-gerak lak.

tak sure sama ada itu hanya perasaan aku atau dia sendiri.

rasa sayu lak....

rasa lain sebab slalu gaduh dengan dia masa nak cuci tukar air semua

tapi kali ni lain sangat....

mungkin sebab dah tak gaduh-gaduh dah.....

tak dak dah makhluk Allah nak berzikir kat aku wuwuwuwuwu!

plan nak cari tempat pengganti, tapi nanti la dulu.....

sedih lagi actually....

pokok dalam akuarium pon dah tak berseri...

kunin ja.

babai ikan misteri.

miss you so much...........

13.12.13

bersiaran lansung dari alimaju

yuhu! weols kat restoran alimaju yang kat menara usahawan. aku rekemen sangat mai sini sebab apa? sebab aku rasa, inilah satu-satunya kedai mamak yang xbole merokok dlm kedai.  me loike!!!  takyah fenin kefala bau asap rokok yang xsedap itew! sorry la xdak baris byk sebab aku online pakai henpon hewhewhew!oh lupa kedai ni tutup pkui 12am wokay

7.11.13

cucur sihat!

orait

kali ni nak share resipi cucur yang agak sihat la hehehe!

sapa-sapa yang dok rajin wat juicing pakai juicer misti ada serdak-serdak hampeh tu kan.

so, dari dok buang ja

elok la kita buat mask ka, wat tepung ka dan kali ni

idea baru datang menjelma

*ting!*

aku pakai serdak lobak merah aka carrots.




ohh!!

sebelum tu nak crita skit pasai juicer yang aku dok pakai skang.

aku pakai brand Electrolux yang hat ni


::gambaq google ja hewhewhew::
Juice Extractor nama dia.

sebab apa tau, sebab ritu wardina safiyyah dok tweet-tweet pasai juicer.

aku lak memang dok cari...

setelah reply-mereply dengan Electrolux

dapat sudehhh.

aku suka design dia.

lawa naa... hehe!


tapi yang best tu, wardine RT aku hehehe!

bangga woih retiss RT hahaha!

baru RT, belum mention lagi dok ahahaha!

bengong!! >-<





ok, ok.

back to the story....

ni ha serdak hampeh sagon carrot yang aku guna.





selain karet, aku tambah biji habatussauda, kucai, bawang dengan ikan bilis.

habatussauda ni kira cam penambah perisa.

sedap!! dap dap dap!!

sesuai sangat la untuk sapa-sapa yang takleh nak makan biji habatussauda cemtu ja.

tapi yang cemni pon min bole detect.

siap asing tepi pinggan lagi.

haih~~

takpa la nak...

anak sulung kan anak eksperimen.

huhuhu!

baiklah,

setelah digodak secukup rasa





kita goreng dia


::kuali original haa.. bukan kuali astro hehehe!::




and then,








selamat mencuba!!

29.10.13

Homemade: Raw Almond Milk (Susu Badam Mentah)

Assalamualaikum!

ok, hari ni nak tunjuk cara-cara nak buat susu badam mentah.

dulu penah post pasai rice milk :)

sebelum tu, kat bawah ni nak habaq mai pasaipa susu badam mentah ni sangat elok untuk badan kita




kalo kat kedai Balaji, Pasar Borong Selangor ada la jual dalam plastik kecik-kecik.

rega dalam RM2.40++

hat tu, memang cukup untuk satu mug.

tapi tak organik.

kalo kat tesco kat area organik tu, 180gm RM9.70



Baiklah tuan-tuan dan puan-puan,

sekarang kita tengok pulak cara-cara nak buat raw almond milk ni.




Cara-cara:

1.  Rendam badam mentah semalaman (kalo nak blend pagi - rendam sebelum tidur. kalo dak, rendam dalam 4-6 jam)

::badam yang telah direndam::

2. Cuci badam dan masukkan dalam pengisar. masukkan sedikit air.





3.  Tapis badam. serdak badam yang ditapis dikisar sekali lagi untuk menghaluskan lagi tekstur susu badam.  masa ni bolehlah ditambah madu, kismis, kurma atau apa-apa sahaja untuk penambah perisa. tapi jangan letak gula putih ok. tak sihat.



4.  Setelah puas hati dengan rasa dan tekstur susu, enjoy!




hampas badam tu boleh dikeringkan dan dijadikan tepung atau boleh jugak buat mask/scrub kat muka dengan badan memang rasa moist ja kulit sebab badam ni kan berminyak....

kalo nak blend banyak-banyak pon boleh jugak, lepas blend simpan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti ais. boleh tahan dalam 3 hari.

aku sarankan dari dok minum susu tepung/susu kotak, lagi elok minum dari hasil buat sendiri. yalah, susu tepung/susu kotak tu diproses dah tentu-tentu ada gula tambahan/bahan-bahan kimia untuk tahan lama kan...

nak seribu daya, takmau seribu dalih dakkkk?










24.10.13

yuhuuu!

helo?

apa khabar?

^_^

bole dak, aku lupa aku ada blog?

lupa langsung nak bukak blog dan jenjalan blog.

haih laaa....

banyak cerita nak cerita

tapi kan nanti la dulu naa...

kita bertemu di lain siaran

hehehehe!

8.10.13

kembali bersiaran

Assalamualaikum~

hari jumaat ritu kan aku dah start tak selesa kat tekak ni.

malam tu hinguih dah meleleleh.

sabtu ahad memang dah down sebab demam, batuk and selsema.

ditambah pulak sakit-sakit badan.

impianku musnah nak tengok kawanku faten suraya di hari persandingannya hari sabtu tuu..

Selamat pengantin baru dear! Moga kekal hingga hujung nyawa dengan ramai anak dan cucu-cicit Aminnnn.

jugak tidaklah kesampaian nak ke sungai buloh menyambut hari kelahiran tahun pertama baby zara anaknya mimi herney pada hari ahad...

apakan daya... kita hanya mampu merancang namun Dia yang menentukan jua.

isnin lak dapat la sehari mc.

tapi kan....

Alhamdulillah, berkat mengamalkan makanan sunnah and natural healing berbulan-bulan,

for the 1st time everrrr,

demam kali ni elegik tak naik pon.

langsung.

selalu kalo dah rasa sakit perit tekak, disulam pulak dengan bersin

malam tu atau pagi keesokkannya confirm akan naik gegata.

mostly bengkak kat area bawah lidah, bibir dengan mata dulu.

ni pon dok berjaga-jaga la jugak alert dengan segala bintat-bintat yang bakal memunculkan diri tapi

syukurrrrrrrrrrrrrr

takdak.

yilek.

nada.

natural healing rocks!!

yeayyyyyy!!

24.7.13

baru nak cerita pasai romadhon

Assalamualaikum~!

hari puasa ke-5 aritu aku demam... memandangkan berpuasa, aku simpan vco untuk makan lepas berbuka. Masa nak bukak posa tu aku tak lalu nak makan.. takat 2-3 suap ja.. dah la ritu Isham masak, kecik ati kawan huhu! sorry naa sayang... bukan tak suka you masak, tapi tekak ni telah ditarik nikmat selera makan...

2 hari aku terpaksa batal posa sebab telan vco setiap 2-3 jam sekali.... hari isnin tu aku mc.. Alhamdulillah, the next day aku dah sihat seperti sediakala... masa hari ahad tu 1st time beli lauk sebab aku tak larat nak bangun.. blood pressure aku rendah. asal nak bangun ja misti nak pengsan.. pi toilet pon cecepat sebab dah nak pitam huhu



Sayang, terima kasih sayang sebab jaga I masa I tengah sakit. Tolong jaga anak-anak dan I <3 p="">

kejap ja kan dah stengah bulan kita berpuasa.


Malam tadi adam pulak demam panas... dah buat lemon socks n jelum dengan kain basah... pagi tadi Alhamdulillah dah tak demam tapi Adam tido jea dalam keta... masa hantar pegi taska dia terjaga pastu nanges2 nak mama huhu! sian adam...

10.7.13

Ramadan Mubarak

Ingat ya kawan-kawan ^_^


26.6.13

CB Aura?? Ada!!

Ramai dok tanya, dok promote2 vco, CB Aura dah takdak ka?

hehe!

ada sayang-sayangku!

last 3 weeks ramai sangat order (terima kasih ya!)

sampai stok untuk aku pakai sendiri pon dah tarak.

pehtu dengan keja opis agak hectic so aku dahulukan aku punya.

nak order untuk diri sendiri asyik laaa lupa

huhuhu! dekat 3 minggu la jugak pakai sabun biasa ja cuci muka huhuhu

sampailah

aku ditegur budak shomey ini a.k.a. stokis gwe






"wey farehah. awat muka kusam?"

dari saat itu aku agak tergamam lalu,

"naimi, nak sabun dengan krim. dah abih" :(

Thanx dear for reminding me.

tu la kan, punya la sebok sampai nak pakai sendiri pon tarak huhu!

dan di sini, aku tunjukkan bukti dalam masa 8 hari sahaja betapa magisnya CB Aura




taraa!!







nampak tak beza? tu baru 8 hari. bekas jerawat kat atas dahi tu start naik masa aku stop cb. baru pakai dia makin mengecik hehe! Aura pon terserlah kan padahal masa 25hb tu aku dah ngatok giler kot.. tp still nampak berseri kan? hehehe!

sapa-sapa nak order habag naa.. pm thru facebook bole, emel pon bole farehah84-at-gmail.com

Hanya RM85 untuk 1 set










17.6.13

pemakanan sunnah - my style

ok hari ni aku nak share cemana aku n family amalkan pemakanan sunnah since aku pilih untuk berhenti dari guna dadah. yela, ubat farmasi tu kan dadah kan. selagi tak salah guna tiadalah penyalahgunaan dadah kann? hiks!

walaupon tak salah guna dan atas nasihat doktor, dadah yang diambil tu bagi aku masih ada kesan buruk jangka panjang.

sapa-sapa yang perasan atau terserempak dengan aku misti hangpa semua notice kot

badan aku ini telah gemok gedempon.

bukan mata uolss kero, tapi memang itu adalah realiti.

ekceli, itulah kesan sampingan dari ambik ubat antihistamin (aku penah telan loratadine, piriton dengan prednisolone)

ya, skang berat badan aku adalah bersamaan dengan berat masa preknen yasmin. masa nak dekat-dekat bersalin dah pon huhu

ubat antihistamin tu aku amik tiap kali rasa nak naik elegik, masa naik elegik, masa tengah elegik.

so bole bayangkan la berapa banyak bijik dah aku telan huhu


Oklah, selain aku amalkan vco dan olivenol (jus estrak buah zaitun), aku jugak amalkan habatus sauda yang mana dalam al-Quran pon dah ditulis pasal kebaikan habatus sauda ni - Ubat segala penyakit kecuali mati.

nak kunyah-kunyah gitu ja agak sukar la sebab rasa herbs yang agak kuat. hanya adam muqris saja yang mempunyai kekuatan untuk makan cam makan tuu huhu

so aku buat cara ini:



::beras perang, habatus sauda dengan minyak dara zaitun::


btw, aku dah tak pakai beras putih sebab ekzema adam. aku tukaq pakai beras perang. beras perang ni gluten-free.

so, lepas cuci beras, tuang skit Extra Virgin Olive Oil (EVOO) tapi aku pakai organic punya. tak organic pon bole jugak. murah skit dari organic. pastu tabur skit habatus sauda. lap luaq periuk nasi, tekan suis dah siap.

nasik ni tahan lama skit la dari beras putih. mungkin efek dari gluten-free kot..

untuk yang nak try sedap ka tak, bole makan ka dak beras perang ni try la beli yang saiz kecik dulu.

untuk 5kg aku beli RM19.90 (brand jasmine tak silap).

okla takdakla sampai rm30 lebih kan...

sayur mayur pon kalo yang organic and murah-murah aku rembat ja. pejam mata ja laa.. untuk kesihatan bole haih....





11.6.13

Jom Tiru Rahsia Miranda Kerr Yang Berbadan Cantik!

Miranda Kerr adalah seorang model jenama Victoria Secret

::pic from here::
Ni adalah gambar masa dia baru lepas bersalin.

ihhh... awatla aku lambat sangat jumpa vco kan?

kalo tak misti meleTOP body aku kennn hehehehe!

While celebrities have been associated with a number of health and diet tips and tricks, supermodel Miranda Kerr's tip seems to be one of the easiest to live by!
The 28-year-old new mum, who is famous for her organic lifestyle, swears by certified organic coconut oil for everything from her healthy glow to her after baby weight loss.
Kerr, who recently launched her new certified organic products for Kora Organics in Sydney and Melbourne, said she includes the healthy oil as part of her daily routine.
"I will not go a day without coconut oil. I personally take four teaspoons per day, either on my salads, in my cooking or in my cups of green tea," she said in a recent interview.
Writing about the benefits of using coconut oil on a daily basis in her Kora Organics blog, Kerr has listed the oil as one of her favorite supplements. She also posts recipes which include the oil on the blog.
"Living a busy life as a working mum I recognise the importance of balancing our wellbeing; from making time for rest and relaxation, taking care of our skin and focusing on a diet that includes healthy, natural foods," she wrote on her blog.
So how does coconut oil work?
Although the oil was once mistakenly found to be unhealthy because of its high saturated fat content, it has been found to be a healthy fat.
The difference in coconut oil compared to other natural oils is the fat molecules called fatty acids. The fatty acids found in coconut oil are more easily absorbed and metabolised by the body than other fatty acids.
Coconut oil does not have a negative effect on cholesterol and helps to protect against heart disease. The oil has also been attributed to giving hair and skin a healthy glow and shine.

klik sini untuk link asal.


Marilah kita amalkan Catalyst VCO :)





drop me a message thru fb ya! Only RM45 with postage ^^
Selling fast!





4.6.13

Catalyst Virgin Coconut Oil (VCO) - Minyak Kelapa Dara Catalyst

Assalamualaikum...

aku adalah agen bagi Catalyst Virgin Coconut Oil (vco) atau minyak kelapa dara.

:: Catalyst vco (liquid)::

::Catalyst vco (softgel)::


Actually, aku start jadi agen sebab susah nak cari vco. Di samping tu, niat aku jadi agen sebab nak memudahkan urusan jual beli secara cod. ye la, kalo secara online kena bayar postage jugak kan. Selain tu jugak sebab utamanya adalah kerana untuk aku and adam gak. adam sebab ekzema dia la dan aku lak, sapa-sapa yang memang dok folo aku dari dulu tau la kot setiap 3 bulan wajib menginap hospital putrajaya tu berkat kesan elegik aku yang setia menjenguk aku kennnn.....

main reason aku amik vco adalah untuk meningkatkan imun sistem badan. orang yang slalu elegik/ekzema/sakit-sakit digalakkan amik vco ni (cam aku dengan adam la hehe) At least, vco agak murah la nak menten every month. sebotol RM39.90 ja tahan sebulan bagi softgel. untuk liquid lak, yang aku prasan, bole tahan almost 1 bulan gak la sebab adam suka minum liquid vco dan aku buat sapu jugak untuk kulit dia yang ekzema itu. yang liquid jugak bole buat ganti minyak masak biasa/minyak zaitun....

Alhamdulillah, berkat dari amalan consume vco ni aku perasan imun badan aku makin kuat. asal cam tak sihat atau rasa cam nak naik elegik aku tingkatkan pengambilan dari sebiji ke 2-3 biji skali.. in fact, masa aku sakit mata aritu pon xsampai seminggu sakit mata aku dah lega. berbeza dengan isham yang tak amik apa-apa supplemen, sakit mata dia sampai kena cuci selaput mata kat hospital hewhewhew!

Oklah, nanti aku sambung lagi cerita pasal kebaikan vco ini :)

untuk order boleh pm terus kat fesbuk aku www.facebook.com/farehah84

Untuk penghantaran melalui pos hanya RM45 sahaja :)


27.5.13

Kini Kembali

Bismillah


yuhuu! wasap wasapp!

fuiyo0yoy0! lama giler tak bukak sini.

bizi uolss! so 3 ari ni agak free skit la sebab tuan dokter cuti daa hehe!

free la hendaknya uhuhuhu!

last 2 weeks kan adam kena jangkit la plak sakit mata a.k.a conjunctivitis

pehtu dia pas baton la plak kat aku last week.

mula-mula kena ari ahad malam tuu...

ari isnin tu bangun pagi bertaik mata triple exxxtra.

pegi opis sibuk gamaknya tuan dokter tak prasan la kot...

ari selasa makin teruk gila mata ini.

so petang tu aku pi la klenet kerajaan.

hang tau dia bole bagi timeslip ja??

kan ke sakit mata tu berjangkit??

orang tu siap bagitau "sakit mata ni kalo dah 2-3 hari tak lama lagi baik la tuu".

apakahhhh?

oh, aku pegi klinik kjaan sebab nak mc kjaan.

kunun la bole dapat berhari-hari.

balik opis tu dokter pesan "you ni sakit mata ke sakit lain? you jangan, kang 1 opis sakit mata kang haaa"

dah pulak kena explain yang check aku tu MA sajork.

hanya layak dapat timeslip. tapi jaga kat klinik infeksi. dah tu camno?

orang lain kena infeksi kang haku lak yang kena hampuk.

tapi pelik kan? penyakit berjangkit tak dapat mc. kang dah tak pasai-pasai orang lain kena.

malam tu aku pi klinik kat depan umah jea. doktor yang check aku pon pelik napa tak dapat mc.

so dia bagi 2 hari, since ari jemaat tu hari wesak, dapatla bercuti 5 hari hehehehe!

isham lak aku pas baton kat dia. dia start kena rabu pagi hewhewhew!

min, aku harap antibodi dia kuat laa...

kang mana plak dah nak cekau coti.

coti maq tak banyak dahhh haaaa~

susah-susah kang aku bawak min mai opis biaq 1 opis kena sakit mata biaq 1 seksyen tutup ahahahaha!!

ok verangan tak sudaaa hehe!

1 lagi kan, kenapa tak leh sebut sakit mata haa?? kenapa kena sebut sakit muntot?

tak paham la?

apa kaitan muntot dgn mata?

kbai



4.4.13

vaksin. kita ada hak sebagai ibu bapa







ni antara bapa yang memperjuangkan unvaccinated to his babies.

tau dak kita ada hak?

tau dak kita sebenarnya boleh request inserts vaksin?

dan, tau dak yang vaksin tu bukannya wajib.

aku dulu pon sangat pro-vaksin.

tapi bila dah dapat kesan vaksin ke atas anakku, aku study dan hasilnya sekarang

aku adalah anti vaksin.


enough.is.enough

3.4.13

sekadar peringatan :)








21.3.13

lama

Assalamualaikum!

helu helu helu~!

lama tak menjenguk rumahku ini hehe!

bukan apa, bukak memang dok bukak, memang dok sign in

tapi tu la... cenggitu ja la stori dia....

dulu banyak gakla masa senggang kan...

ni kat opis memang sibuk giler

kat umah lak, sampai ja mandi, setel silat kat dapoq nun, setel anak² suma pehtu pom tidoq.

memang hectic (tu baru keja besa² ja huhu)

sejak 2 menjak ni adalaa ups and downs....

tapi ya la, kalo straight ja boring la hidup kan.

tapi setiap yang jadi tu menjadi pengajaran dan pengalaman yang tak boleh dibeli dengan apa-apa skali pon.

skang ni target nak hidup secara wasatiah saja...

xmau berlebih-lebihan...

sebab nanti sendiri pening kepala kan....

anyways, terima kasih banyak-banyak buat sahabat-sahabat yang sentiasa menyokong aku.

yang sentiasa memberi kata-kata semangat.

kata-kata perangsang.

yang menunjukkan aku masih ada kawan di sisi.

tak lupa jugak buat family yang tak jemu-jemu melayan kerenah kakngah hehe!

dan jugak,

aku memohon maaf sekiranya kot-kot la ada salah silap

dari segi bahasa, pertuturan, perbuatan yang kadang-kadang kita tak tau pon mende tu bole efek

sampai bole terkecik hati, marah, benci

maafkan aku.


7.3.13

moga dipermudahkan segalanya


4.3.13

WARNING! WARNING! WARNING!


20.2.13

anak demam. bila masa bole rilek, bila masa kena gelabah

Sharing is caring :)

pehni kalo anak demam check dulu suhu dia tau.

ya la, hati mak-mak ni kalo anak sakit memang susah hati kan?

so, untuk tidak tekan butang panik, marilah kita lihat suhu yang sepatutnya kita perlu risau.





15.2.13

bila perasaan itu duka

baiklah.

kalo last entri cerita suka

kali ni cerita sedey plak.

sedey sangat sebab bos kesayangan aku telah pergi tinggalkan ku

selama dekat 8 tahun keja, hanya aku ja yang dok tinggaikan bos.

tapi bila kali ni bos yang tinggalkan aku

sedey tak terkata.

tapi bos aku rilek ja

aku ja berendam dengan airmata huhu

so, aku hadiahkan kat bos ini




aku kan tangan tak berseni

so aku adalah amat bangga sebab dapat ikat reben yang sbegitu lawa cenggitu.

isi dalam dia adalah ini




::taken from here::

yang 17 punya.

actually, aku order lambat dalam selang sehari (selasa).

LC kata kalo bayaq isok dia pos tengahari tu (rabu) sebab aku nak ari kamis

and hari khamis tu last day bos aku ada kt opis.

LC ckp kalo bayaq sblum tgahari pkui 1 dia pos the same day.

so aku bayaq pagi rabu tu and dapat balasan mesej kata dia antaq 5.30pm

oklah, aku pon tak berharap sangat la bole dpt kain dlm tangan by ari khamis gak.

tup-tup, hari khamis tu dalam pkul 3.30pm dpt call dari kaunter bagitau yang ada parcel kena amik.

Alhamdulillah, sempat juga sampai hari kamis tu.

nasib la ada kotak n reben.

tak expect langsung kain bole sampai huhu

tu yang banyak bangga tu dapat ikat reben lawa cemtu hehehe! :)

terima kasih puan sebab puan sangat sporting dan antara bos yang paling beshhhhh

terima kasih untuk segalanya :')



7.2.13

bila perasaan itu suka

baiklah.

seperti yang dijanjikan pada entri lepas,

last 2 weeks (or izit 3 weeks?) weols balik kampung.

1st day pegi Johor Premium Outlet (JPO)



::taken from here::


tapi weols pegi malam, dalam pkui 8pm baru sampai.

nak usha-usha lagi, belek-belek lagi sempat masuk 3-4 kedai ja huhu

kalo hari biasa dorang tutup pkui 9pm, kalo weekends sampai 10pm tak silap.

oh ya, berhati-hati ya kalau masuk kedai-kedai yang ada jual barangan kulit

sebabnya kat kedai coach ada signage "pig skin lining".

tu antara kedai yang aku masukla... kedai lain tak sure lak.

just be careful ja la, sebelum nak sentuh tu tengok la kot-kot ada signage pig skin kan....

dah tak pasai nak kena samak huhu


2nd day tu, mula-mula pegi Legoland.

huiiiiii~! panaihnya ha hamat!

bahang dia lagi huhuhu!

tu belum lagi adam dok wat prangai

dok main ligan dengan dia ja la........

weols sempat tangkap gambaq kat entrance ja la...

since tak jadi masuk Legoland

weols pegi sini


::taken from here::



little red cube namanya.

kat puteri harbour, nusajaya.

dalam ni ada ni haa

::ada hello kitty town, little big club dengan lat's place. kredit to mommybeep::


kt sini sangatlah selesa sebab depa buat dalam bangunan.

sejukkkkk ja hehe


kat sini ada 3 jenis permainan tapi sumanya family theme park laa..

1 - hello kitty town
2 - single park
3 - little big club

kami masuk yang paling murah ja (hehehehe) iaitu little big club. sekali masuk rm50 per pax.

rega budak2 tak ingat la. ka takdak.. entah huhu!

::taken from here::

 best wo0!

ada macam-macam!

::taken from here::

yang ni 2st floor, yang 3rd floor lagi best!

::taken from here::


ada macam2 rides!

suma rides orang tua and budak-budak bole naik

cuma yang bumper car ja budak yang tinggi 110cm ke atas (kalo tak silap la) ja bole naik

memang best giler!

pehtu terjumpa ramai la plak kawan isham huhu

memang syok sangat!




::angelina ballerina. dapat tutu, headband dgn wand::




::masuk kelas ballet. sangat!::



::adam obses dengan maskot. beribu kali salam dah tu. nasib la orang tu nak layan huhu::



::cikgu mengajaq beley. tgok kaki dia. pointed giler::



::kenangan bersama bob::



::kat mc bun cafe. kelesss ibu mertuaku hehe::


Sekian cerita gumbira.

Cerita sedey next entry.

Thank You.

4.2.13

perasaan itu berbaur.....

gituuu~!

nak crita panjang-panjang tapi aku try la naa sebab skang tengah bizi ya hamat eceh!!

last 2 weeks happy sangat!

last week manyak sedey juggaa...

this week, In Shaa Allah semuanya ok saja! :)

nanti la kan ku ceritakan pada donia apa yang telah terjadi

tunggu ja la next entri naaa....

hahahaha!

jangan marahhhhhhhhhhhhhhhhh~~~~


23.1.13

Wednesday is Wise Words Day








22.1.13

misteri ikan di opis

dulu aku ada membela 3 ekor ikan kat opis sebagai perhiasan. pastu sekor ilang. tinggallah 2.  pelik gila kot ikan hilang.  kotla kalo mati sebab kebuluran ka, gaduh ka takpa gak sebab atleast kita tau dia dah mati. mula-mula aku syak misti ada orang curi nih. mana la tau kan.. tapi itu hanyalah syak wasangka.

pehtu dalam 2-3 minggu kendian, ikan yang aku sayang tu (sebab ikan tu kaler oren and ada skit kaler biru) hilang. yes. again. HILANG. walhal ikan bos aku and ikan-ikan kawan opis aku hanya mampos saja (telebih makan kot huhu. aku bg makan ikan hanya pada hari isnin dan jumaat ja). yang bertahan hanya ikan oren tu saja. lama gak dia sensorang and aku tak plan pon nak tambah member dia sebab dia cam hepi ja duk dalam tu hehe!

oh, baru tingat ritu aku masuk bilik aku tengok ikan tu tengah fight dengan cicak kot. aku tak pasan sangat yang cicak tu sebab aku tengok sekilas pandang ja n hanya fokus kat ikan aku. tapi masa tu aku tak amik port sangat. so agaknya ikan aku hilang sebab cicak makan la kut kan....

ok ni nak crita yang misterinya pasai ikan aku ini. semalam tah cemana dah sampai rumah, baru prasan kunci rumah tadak. selongkaq abih la 1 keta tu. tak jumpa pon. puas geledah tak jumpa jugak. pagi tu aku prasan adam dok main kunci tapi yang tu kunci rumah lama. so last-last kami patah balik pi opis isham, pi taska budak-budak kot-kot la kunci tu terjatuh masa bukak pintu. pon tarak gak.

so last tempat, opis aku. mula-mula cari kat besmen sebab pagi-pagi aku punch dulu and parking kat besmen. tanya sekuriti kot-kotla ada orang terjumpa ka, tarak. so we all naik opis aku kot-kotla aku terbawak naik atas. masa naik ni memang dah waktu magrib dah. memang takla aku nak pi naik sensorang huhu... so masa masuk opis tu buat-buat rasa biasa ja la huhu

masa aku masuk bilik, saja la nak usha-usha ikan kesayanganku itu. HILANG hampa tau dak. kosong, kosong, kosong...... hati ni sedih skit la.. lama kot ikan tu bertahan dari ikan-ikan yang lain sobsob... sambung balik, cari cari cari memang konfem kunci rumah tadak. pehtu pi singgah sat kat tesco sebab nak cari kunci rumah lagi skali sebab masa balik tu tengah hujan, so tesco adalah tempat yang sesuai untuk berteduh hehe! pon tadak gak kunci itu.

last-last, try ja pakai kunci rumah lama mana la tau magika bole bukak kan. sekali, memang boleh pon! woweeee! leganyaaa... letih, penat, ngantuk, lapaq suma ada masa tu. kira kami masuk rumah dah pkui 9.30pm huhu!

pagi ni sampai opis, misteriesly itu ikan ada. sedang berenang-renang dalam keseronokkan.


::ikan bernama misteri::


aku happy sebab dia ada balik tapi.......................................



oh, jangan lupa usha-usha tudung bawal. selagi stok masih ada :)



21.1.13

Mari menjamu mata. tudung bawal in da house!

Tudung bawal bidang 45'
Harga: RM15 (tambah RM5 untuk pos).

beli 3 helai free pos = RM45
kalau COD 3 helai diskaun RM5 = RM40
(COD area Putrajaya shj)
sila hubungi melalui emel: farehah84-at-gmail.com atau message di facebook 



1

2

3

4

5
6

7

8

9