30.8.10

bila nak keluar ni sayang?

arini kalo ikut ticker, aqu adalah cukup 40minggu.
aqu sangat-sangat tak sabar nak peluk baby, nak cium baby, nak bf baby, nak usha baby...

ish...  rindu giler saat-saat itu..

alhamdulillah 2 tahun 8 bulan yang lalu aqu dah buat perkara di atas.
semoga kali ini diberi kesempatan sekali lagi untuk aqu berbuat demikian insya allah...
kawan-kawan n silent readers sekalian, doakan aqu semoga dipermudahkan segala urusan yea..
terima kasih atas doa anda.. hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya..

p/s: terima kasih jugak kat mereka-mereka yang tak putus-putus bertanya dah selamat ke belum.. insya allah dah bersalin nanti aqu khabarkan pada dunia ok! ;)

jom la kita layan sket gambaq yasmin masa baru lahir. fresh from the oven gitu kann... (gambaq kecik sebab pakai henpon jea)

::rindunya bau dia... skang dah masam huhu~!::

::alolo!::

25.8.10

ada lagi ni

salam semua!
ya, aqu masih menjalankan rutin harian aqu macam hari-hari yang biasa sebab baby masih lagi bersenang-lenang dalam perut.. cuma start wiken lepas ni rasa nak wushu kat dapur.. tapi menu campak-campak aje la hehe! start ari sabtu aritu menu: sambal telur puyuh n kobis goreng. dessert lak sagu gula melaka (eh, dessert isham yang buat hehe). ari ahad lak, menu: gulai udang (kalo org cni panggil kari udang) ngan telur dadar jea.. ari isnin lak, tiba-tiba tringin nak makan nasik tomato ayam masak merah arham kat param p15. tapi agak mengecewakan sebab kuah ayam masak merah n masak hitam abih.. adeh! kempunan aqu! so, aqu amek nasi tomato n ayam goreng rempah. pastu baru tingat aritu penah beli lauk ayam masak hitam. kuah dia ada belen lagi dalam peti ais, pe lagi aqu gumbira balik hehe! menu smalam lak, lauk sardin n kobis masak lemak.. arini memandangkan ari gaji so ingat nak beli la brg dapur so, otomatiknya bukak posa kat luar la jawapannya huhu! so, isok ingat nak buat nasik daging la yummey~! owh, orang utara ja ada nasik daging ni hehe! meh usha sket gambaq dia


::ni la nasik daging itew::


::ni plak nama dia air asam::


nasi daging ni makan skali dengan sup daging. setengah orang makan skali dengan jelata n papadom. tapi kalo aqu cukup ja dengan nasik, air asam n sup daging. mabeles ai tell yu! nak resepi? cekidaut blog ni. gambaq pon aqu cilok kat dia gak hehe! nak buat ni kacang ja hehe! cuba try test tengok noo!

24.8.10

Sebab dia adalah seorang MUSLIM

untuk renungan kita bersama.

thx to kakput for the email n oso to the tuan rumah


























nak kongsi? amek la.. dialu-alukan! ;)

23.8.10

still waiting

arini cukup 39 minggu.
aqu masih menunggu tanda-tanda nak beranak.
malam tadi dalam dok mamun mamai tu, tak silap 2 kali aqu contraction.
pagi ni so far tak rasa lagi.
masa yasmin dulu cukup-cukup 39 minggu dalam pukui 10-11am turun tanda tapi cuma leaking sket jea dan tak rasa contraction. kali ni wallahualam...
doakan aqu yea semoga selamat hendaknya.
dan pada hari ini, kali pertama inilah jugak aqu boleh lupa buku pink itu yang mana sepatutnya memang aqu dok bawak kulu-kilir buku itew just in case of emergency leh terus pi hosp.
adakah ini jugak salah satu tanda aqu akan besalin arini?
insya allah....

18.8.10

Roh di Bulan Ramadhan

aqu copy paste sebijik2 dari emel aqu baru dapat tadi. renung-renungkan dan selamat beramal!
*
*
*
*
Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku


menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan


Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah


bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith


Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan


apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon


kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang


ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah


kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada


penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak


dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan


terus di penjara di Luh Mahfuz.






Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan


pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan


ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka


lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan


sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan


mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz


dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.






Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan


bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa


hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah


bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat


bekalan dari orang-orang yang masih hidup.






Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang,


yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus


ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang


bermanfaat dan sedekah amal jariah.


Sebarkan e-mail dakwah ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Ini bukanlah ancaman surat


berantai. Yang jelas jika anda tidak meneruskan e-mail ini, maka anda


telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan


beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan


mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah. Mari berlumba dalam


kebaikan.

16.8.10

sabtu

skali lagi, kalo aqu kena tinggal sensorang misti ada ja benda nak jadi..
kalo aritu pasai bank, irongegaran, kali ni plak tadak air. kalo kejap je takpe la gak. ini dahla tadak sebarang notis maupun pemberitahuan, skali air tadak dari 3pagi. 3 pagi okeh. *pukull tigaaa pagiii*(lagu p.ramlee)

dalam 3 pagi tu, aqu nak terkench, ye la dah sarat-sarat nie takde maknenyer bole tahan sampai pagi.. skali pusing paip keluar hangiiinnn jea.. ayoo! how laa weh?? sib baik pancuq (bilik air) lagi satu ada tadah air dalam baldi. tu pon dalam 3 gayung ja. huh! sahur pon makan pakai sudu sebab kalo pakai tangan nak basuh pakai apa? huhu! musnah dan punah harapan aqu nak basuh mencuci dan membersih seperti yang disenarai semak.

so, dalam 1pm tu baru ada air. huh! sib baik la dah ada balik.. aqu ni dah runsing dok pikir kat umah sapa yang bakal jadi mangsa untuk aqu menumpang mandi.. dah siap mandi, sms shima ajak dia buka posa kat umah aqu. so, pkui 5pm tu janji jumpa kat param p2. dalam 5+ bru shima n bf sampai, aqu sampai awai lagi, so sesambil tu aqu usha-usha kot la ada pak polisi nak menyaman. tengok line clear ja aqu pon assumed dorg bagi 'chan' kot parking kat tepi jalan ni huhu. skali masa tengah shoping tu aqu nampak x-trail kaler putih pak polisi. aqu dah tak sedap ati dah. aqu bagitau shima aqu pi kat keta dulu. skali jangkaan ku benar belaka. satu kertas otograf oleh pak polisi telah selamat diselit kat wiper. Waaarrrggghhh!

13.8.10

senarai semak

beg emergency baby:
sarung kaki tangan - setel
sarung kepala - setel
pakaian utk sehari dua - setel
blanket - setel
towel - setel
toilettries - setel
pampers - setel
wet tissue - setel
bantal - aiseh blum basuh lg la


beg emergency mama:
baju balik umah - setel
kain batik - setel
breast pad - setel
maternity bra - setel
sanitary pad - o0pps! blum masuk beg... ada dalam almari beli masa last sbln period iaitu bln 11/09 huhu
towel - tak ingat lak.. nak kena check balik ni...
deo - setel
tudung nak pakai kat spital - blum masuk lg..
toilettries - berus gg n sabun belum lagi laaa..

tu ja kut naaa... apa lagi ya nak bawak? lupa sudaa..

kali ni kena bebetui make sure suma benda kena ada sebab tengahari ni isham n yasmin balik johor sampai ari ahad.. aqu lak tak ikut sebab takut anything happen, leh trus p hospital.. kalo aqu pon balik johor skali kang tak pasai-pasai lak terberanak dalam keta. kalo aqu takdak masalah takpa la, tapi memandangkan aqu ada kes masa beranak yasmin aritu so, aqu takleh nak amek risiko... lagipon kali ni raya kat penang, so posa kena la jenguk johor dulu. nak-nak plak kali ni rasanya tak sempat nak balik johor taim bulan raya sebab tengah pantang. hati mentua kena jaga ok.. lagipun tempat ibu adalah masih nombor satu untuk orang laki walopon telah berkahwin. sebagai istri ni, kita kena paham tanggungjawab utama suami. baru la ibu mentua kita sayang n mendoakan kesejahteraan kita.. mujur jugakla parents aqu pon paham n dorang tak pernah persoalkan pasai balik mana dulu... cuma dulu ja la arwah tokwan macam majuk sket kalo aqu balik johor dulu.. kena pandai pujuk dia, baru dia ok. rindu plak kat arwah...

11.8.10

ahlan wa sahlan ya ramadhan...

Sempena tibanya Bulan Ramadhan, Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan doa kita dimakbulkan. Jari disusun memohon kemaafan tidak terhingga, di atas segala kekhilafan yang pastinya ada....

Seribu senyuman
belum tentu menawan hati
satu jelingan sudah cukup
menimbulkan rasa benci
membina mengambil masa
meruntuh sekelip masa

SEMOGA IBADAH KITA DI BULAN RAMADHAN KALI INI ADALAH YANG TERBAIK SEPANJANG HIDUP KITA DI BUMI MILIK ALLAH INI, AMINNN YA RABBAL ALAMIN…...

Do'a Malaikat Jibril :

"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

1) Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
2) Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
3) Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan amiin sebanyak 3 kali.
Dapat kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jum'at.

11 bulan
banyak kata sudah ku ucapkan dan ku lontarkan tak semua menyejukkan,

11 bulan
banyak perilaku dan sikap yang ku perbuat tak menyenangkan,

11 bulan
banyak keluhan, kebencian, kebohongan, kesombongan menjadi sebahagian dari diri tanpa sedar atau sedar,
saatnya istirahat dalam pemuasan nafsu duniawi, saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga, saatnya mensyukuri indahnya kemurahanNya, saatnya memahami makna pensucian diri

Maaf Zahir dan Batin

Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina. Selamat berpuasa insyallah jika dipanjangkan umur kita berjumpa di Aidil Fitri 2010

Sekian, terima kasih, wassalam

8.8.10

weekend

semalam kami jenjalan buang duit kat i0i mall.
lokasi pilihan: Tutti Fruitti Frozen Yogurt.

ni pon sebab aqu tengah craving ice cream chocolate. aqu prefer yang ice cream batang tu.. skang susah la nak cari... kalo wall's dengan nestle punya ice cream yang batang tu chocolate coated la, ada kacang la n aqu takmo tu. aqu nak plain choc... dulu aqu suka beli kat kedai ah chai kat penang.. kalo tak silap 4 kupang ja.. tapi dulu laa... aqu lak tak ingat brand apa haih... so, semalam try la TF ni... elok plak dengan blog aqu ni fruitted yea hihihi....

kalo nk tau, dorg ni jual yogurt tp beku punya version.. jadi la rasa ice cream.. kat obesi memang dah lama ada frozen yogurt ni.. aqu tengok kat discovery travel n living tu.. yang ada beach food tu... lagipon frozen yogurt ni baguih untuk orang yg mementingkan kesehatan gitew sebab bole jadi pengganti kepada ice cream yang belemak itu.

kat cni memang self-service.. kita letak sendiri semua... depa cuma timbang n bagitau rega selain membersihkan meja setelah kita beredar dari ctu...


::mesin ni la yang kita amek sendiri tu. masa aqu amek tu chocolate rasberry tp biila makan rasa chocolate ja pehtu baru dorang tuka chocolate huhu::

pas dah amek perisa yang dikehendaki (kami amek TF Original, blue berrilicious, tutti fruitti, vanilla n chocolate rasberri yang kendiannya ditukarkan kpd chocolate), bole la pilih topping yang ado....




pastu bayar.. RM 0.53 untuk 10 gram. kami amek 500 gram so korang kali la sendiri brapa henget kami abihkan khas untuk tekak mak yung ini... tapi chocolate dia memang sejibik chocolate ice cream yang aqu craving tu huhupueh ati!

pics credit to google.com

5.8.10

uncomfortable

aqu skang dah tak selesa.
sakit-sakit pinggang, sakit kat ari-ari, ngilu je rasa..
tido pon dah tak brapa nak lena dah..
skang jalan pon dah tak leh nak catwalk apatah lagi moon walk..
lepas balik keja, sampai je umah misti nak terbongkang.. rasa letih sangat-sangat..rasa nak baring jea.. nak jenguk dapur tu sorry la.. takdak napsu hokey..cuma pepagi je la aqu jerang air, buat susu untuk yasmin.. tu pon malam turn isham yang buat susu..semayang pon start 3 minggu yang lalu dah semayang duduk sebab masa rukuk, sujud, apatah lagi dari tahiyat awal nak bangun tu ponya seksa...

aritu ada check up kat hospital untuk check jalan n doc scan kepala baby dah engaged dah..
posisi vontot dia kat blah rusuk kanan aqu. kiranya kedudukan dia mengiring laa...estimated berat dia skang 2.7kg..
aqu rasa rambut dia lebat gak cam yasmin dulu sebab slalu rasa nak terkench bila dia gerak..
doc tanya nak normal ke czer, of coz la nak try normal kan.. nak gak rasa nikmat bersalin...

sebelum ni ada skali aqu mimpi aqu bersalin normal. aqu tengah push-push, kejap je dah kuar baby. baby tu tengok je aqu. pas aqu tengok muka baby tu rasa satu perasaan yang amat lega... baby tu rambut lebat yang amat cuma gelap sket hehe!

2.8.10

30 days to go

cuba tengok countdown kat sebelah. 30 hari lagi. gerun ok.
teringat masa aqu nak besalin kat yasmin. meh la aqu crita pengalaman aqu bersalinkan yasmin supaya aqu tak lupa cara branak yasmin cemana n cara branak 2nd ni cemana. lagipon orang kata lain anak lain pengalaman bersalin.. mak aqu pon walopon anak tak ramai pon ingat-ingat lupa apatah lagi yang anak berderet-deret tu hehe...
*
*
*
********
19.12.2007 (Rabu). isok 20.12.2007 adalah hari raya haji. dalam pukul 11 pagi cenggitu, aqu p washroom sebab rasa cam basah-basah kat pantyliner. aqu tanya pendapat opismate aqu, dia kata mungkin kot air ketuban kot. aqu neves gak sebab tak penah jadi cemni. lagipon mana-mana cerita pengalaman kawan-kawan aqu n dari apa yang aqu baca, kalo air ketuban pecah, berbaldi-baldi air keluar.. so aqu buang pantyliner n cuba tengok kot-kot kat seluar dalam lagi clear tapi kering ja plak... lepas bincang dengan isham, kami decided nak pegi masa lunch hour di samping aqu dapat memantau cecair yang keluar.  dalam lunch hour tu, aqu still bejaga-jaga kot-kot la basah berbaldi-baldi tapi sampai kat hospital pon masih takde pape..

pi kat kaunter hospital besalin tu aqu cakap "saya dah turun tanda". konfiden ja kan hehe! masa dok tunggu tu memang lengang la orang. rupanya pagi tadi diorang kelam kabut sebab ramai orang cuma dah petang sikit baru orang takder.. dorang suro masuk labour room n check la kat tut.. yang check aqu tu rasanya doc pelatih sebab masa dia check pakai kertas litmus tu ada perubahan warna tapi dia cam sure tak sure kalo perubahan kaler tu tanda apa.. haih.. aqu gerun ok. last-last, dia tanya aqu masa keluar air tu pantyliner tu bole perah tak. aqu cakap cam basah-basah je.. dan akhirnya dia bagi kat aqu mulut itik bagi pecah ketuban. abih basah skirt aqu. at the same time dia leter kat aqu sebab pakai skirt ketat. lorh, ketat pe nye aqu pakai skirt ngandung bukannya skirt yang biasa tu hish...

pastu aqu kena dok kat ward tapi nak nunggu pon agak lama gak sebab tak dak katil available.. dalam 2 jam gak kot tunggu baru ada katil.. petang tu 1st time kena seluk.. aiyoo.. sakit giler.. yang doc check aqu tu chinese lady leh marah-marah aqu.. "jangan kemut.. i'm trying to relaxing your muscle". pastu bila bangun tertengok katil aqu baring tadi penuh darah belendir.. sakit tu jangan cakap la.. memang banyak dosa kecik aqu terhapus.. kali ketiga kena seluk, doc bagitau kalo jalan tak bukak gak kena induce pagi isok.. huhu!

tengah malam tu dalam pkui 1-2 pg tu depan katil aqu ada orang baru masuk baru gave birth baby boy.. isok pagi tu nak mandi baru la nampak muka n rupanya kak faridah agos salim aka akak kat opis aqu. sorry la kak. aqu ni jenis susah nak cam orang.. orang cam aqu banyakla huahuahua! pkui 10pg, check jalan lagi, n still de same, so kena induce.. dalam 3-4 jam pastu baru la contraction yang amat... jalan pon terbongkok2 sampai isham kena papah aqu at the same time masa tu pon family aqu baru sampai.. dalam pkui 10.30 mlm tu aqu dah kena masuk labour room.. sebelum tu, kena sumbat ubat berak dulu huhu..

dalam labour room tu, doc cakap contraction aqu cantik.. 4cm, 5cm sampai 6cm.. lama giler tunggu.. tiap kali muka doc yang masam itu masuk bilik aqu serik sebab kena seluk.. sakit weh.. tapi dalam sakit-sakit tu aqu siap tido mimpi2 lagi.. doc datang check lagi still 6cm.. aqu sambung tido balik. every half an hour kot doc datang check 6cm lagi.. sampai aqu rasa tenaga aqu habis kat kemut kena seluk n tido.. last check doc cakap kena czer.. masa doc bagitau tu, memang lembik la badan aqu sebab tak expected langsung aqu kena operate lagi.. ingatkan pas operate cyst macam entri yang lepas tu, aqu akan merasai beranak normal tapi aqu adalah tersangat silap...

masuk operation theater (OT) bilik dia tak secantik bilik masa kena operate cyst.. yang bilik ni buruk sket la.. dah baring kat katil tu, kena epidural. astaga... aqu kena duduk peluk kaki (lutut kat dagu) n diorang injek ubat.. aqu dah la sangat sensitip kat area blakang tu, tersentak-sentak aqu tahan geli + sakit. ada skali tu tertengok jarum dia huiyo panjang giler n bentuk injek tu cam injek gigi tapi giler panjang punya version.. mula-mula yang injek aqu tu cakap lembut ja "tahan ye kejap je.." sampai la marah-marah aqu "jangan gerak nanti patah jarum dalam tulang blakang" sebab tahap kegelian aqu tu bole menyebabkan aqu toleh blakang n cabut jarum tu huhu. sambil tu dorang bagi bantal kat aqu suro peluk, dah tak rupa bantal dah aqu kerjakan.. gigit jangan cakap la.. memang hazab... dah setel cucuk, terus rasa kaki aqu kebas n dah tak rasa pape dah...

masa baring tu, dorang bagi oxigen mask.. aqu cam lalok sket la mungkin sebab penat n letih.. masa nak belah perut aqu tu, doc bole dok "eh, eh" sebab operate lama menegak n kalo nak ikutkan bedah czer melintang tapi sebab parut cyst aqu masih baru lagi so last-last dia belah ikut operate lama.. masa belah tu pakai laser. sambil dok tunggu belah tu aqu baca doa nabi nuh and at the same time, aqu dah serik dah nak pregnen lagi. dalam ati aqu siap cakap "pasni kalo isham nak anak lagi aqu takmo dah.. tak kesah la dia nak kawen lain pon aqu izinkan..".

sampai masa yasmin nak keluar, doc suro misi-misi ni tekan-tekan perut aqu. yang jaga mask aqu pon tekan2 gak.. and finally, 7.15am, 21.12.2007 (2nd day raya haji) for the 1st time, satu jasad manusia versi kecik keluar dari perut aqu. at the same time dengar suara kecik menangis.. masa tu rasa syahdu sangat... tenang n legaa... pastu dalam beberapa minit, misi datang kat sebelah aqu tanya "nak tengok tak laki ke pompuan? nah, tengok sendiri ye" dia bagi bebetui depan batang hidung aqu. oh pompuan rupanya hehe! pastu misi tu suro cium pipi yasmin n masa aqu nak cium time tu jugak dia kuarkan air liur dia huhu! dalam hati aqu tak sangka chomeynya anak aqu ni.. anak? aqu dah jadi mak ye? huhu! bila nak preknen lagi??? hehe! pastu aqu dengar hotfm am crew ntah apatah la yg dorang celoteh yang aqu tau aqu tersenyum je sampai tetido huhu