31.1.11

ada apa dengan 27 haribulan 1?? the finale

ececeh the finale gitew...




ok seperti yang dijanjikan, this is the nite event hehe. A lovely home made dinner by my sayang...


mula-mula tunjuk dessert dulu...





::eh, datang dah cik polis. spoil mood btoi la::


::dia nak yang ada lerf-lerf::

::sronot yea ngaco mama gan papa kennn??::

::there goes my dessert. haih. bru ingat nak lick together-gether. yuu calit aii aii calit yuu hiks! tapi non haddo wokeh. tenx to this cik polis::
::pandai naa. makan yg lawa ja::
::cik polis yg menyebok. sib baik encik polis dh tido::
::tengok tuu. tak cukup satu, satu lg dia amek::
::appetiser, broccoli soup n baguette::
::my plate. main course, spiral pasta n chicken and herbs::





Thanx for the lovely dinner sayang =)
Love you so much!
im so happy (^_^)

28.1.11

ada apa dengan 27 haribulan 1??

semalam 27.1.2011 adalah anniversary kami.


aqu bagi ni kat isham.

::biru is my fav kaler, green is his fav kaler, pink kaler yasmin, merah kaler adam, errr putih kaler our 3rd baby kot? huhu::


Dalam nak tengahari tu, isham wat seprais kat aqu. dia mai opis aqu bagi ni





::bunga lili. Adam Muqris tengok pon meleleh ailio::



Aqu tunjuk kat isham aqu bagi ni kat dia



pastu, tengahari tu memandangkan aqu dah makan nasik lemak sebab ada miting seksyen, kami pon makan pastri jea kat kedai Wonderful cake house yang kat Presint 15 tu berdua-duaan gitew. Pehtu balik tu, aqu pon apalagi, terasa cam nak camwhore jap huhu! layan ja la...


::bukan minah bunga tapi buat-buat gedik minat bunga::






::oh munge, nape la hang tak jadi bahan makanan?::



::cam pegang new baby born la plak hiks!::



::nak jugak join kennnn?::


::dah-dah la tu weh, tangan tu cam nak amek ja. nmpak tak tuan umah dah senyum tpaksa?::




::ni sorang lagi::

::chomey la tu? :P::



::thanx sayang for de felawer::
Nanti aqu updet yang malam punya event lak k. Owh, kalo ada sesapa nak oder cupcake tu sila lawati di blog: simply-delicious.blogspot.com

27.1.11

perkara PENTING tentang memerah dan susu perahan

1. Basuh tangan anda sebelum memerah susu.
2. Simpan dalam jumlah kecil (2-4 auns/60-120 mL) untuk mengelakkan pembaziran.
3. Pertimbangkan untuk menyimpan jumlah yang lebih kecil (1-2 auns/30-60ml) untuk situasi di luar jangkaan. Sedikit susu ibu boleh menenangkan bayi sebelum disusukan ibunya sendiri.
4. Anda boleh mencampurkan susu ibu yang dihasilkan dalam sehari untuk mendapatkan jumlah yang diingini dalam bekas simpanan. Sejukkan susu ibu yang baru dihasilkan sekurangkurangnya 1 jam dalam bahagian utama peti sejuk atau dalam bekas penyejuk dengan ais atau pek ais, kemudian tambahkan dengan susu ibu yang dihasilkan pada hari yang sama dan telah disejukkan.
5. Jangan campurkan susu ibu yang suam dengan susu beku kerana ia akan mencairkan sedikit susu yang telah beku. Elakkan juga dari mencampur susu dari hari berlainan.
6. Tinggalkan sedikit ruang di bahagian atas bekas simpanan kerana susu ibu mengembang ketika membeku.
7. Kalau boleh, tandakan bekas simpanan dengan tarikhnya menggunakan label dan dakwat kalis air.

Tip Tambahan!
Tip #1: Susu ibu akan “terbahagi” ketika penyimpanan. Bahagian atas susu ibu (krim) akan kelihatan lebih pekat dan putih. Goncang bekas simpanan dengan lembut untuk mencampurkan bahagian yang terpisah TETAPI elakkan mengoncang dengan kuat.
Tip #2: Bergantung kepada diet ibu, warna susu ibu mungkin berlainan setiap hari (kebiruan, kekuningan atau keperangan). Susu ibu yang beku juga mungkin mempunyai bau yang berbeza dari yang segar dan tiada sebab untuk tidak menggunakannya selagi bayi mahu meminumnya.

Penyediaan untuk Bayi: Mencair atau Memanas Susu Ibu
1. Gunakan susu yang paling lama dahulu.
Bayi mungkin minum susu yang sejuk, pada suhu bilik atau yang dipanaskan.
2. Cairkan susu dengan menyimpan di dalam peti sejuk pada malam sebelumnya sebelum menggunakan atau panaskan dengan meletakkan bekas simpanan di bawah air pili yang suam atau di dalam mangkuk.
3. Jangan biarkan air di dalam mangkuk atau dari pili menyentuh bahagian mulut bekas simpanan.
4. Susu ibu boleh disimpan dalam peti sejuk selama 24 jam setelah dicairkan.
5. JANGAN guna ketuhar gelombang mikro atau haba terus ke atas susu ibu. Ini mungkin menimbulkan ketulan susu dan memusnahkan antibodi yang terkandung di dalamnya.
6. Goncang sedikit bekas simpanan untuk mencampurkan krim semula dan menyebarkan haba dengan rata. Jangan kacau susu ibu.
7. Baki susu dalam botol selepas diberikan kepada bayi perlu dibuang dan tidak boleh digunakan lagi. (seeloknya panaskan susu ikut amaun yang anak minum)
8. Seperti makanan lain, jangan beku kembali susu ibu yang cair sepenuhnya atau separa cair.

Happy Breastfeeding! (^_^)

26.1.11

SOYA DAN SUSU SOYA

informasi untuk semua. dicedok direct dari fesbuk. Sebab sharing is caring ;)
Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka. Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya.

Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita. Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.

Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).

(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino. Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid (3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .

(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya) Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit. Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.
Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.
Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT

Tulisan asal: Ustaz Hashim Al-Maranji
Salam Ukhuwah..~

25.1.11

mother's instinct

semalam aqu lunch dengan norma my ex-roomate-housemate-classmate-coursemate-polymate hehe! macam2 benda la crita dari zaman anak dara ke zaman bini ke zaman mak orang, gosip sikit-sikit. walhal umah sebelah blok ja adeh! kunun nak tukar2 lauk sebab dok dekat kannnnn.. cheh taraknya huhu!

pastu dalam sembang2 tu, crita la pasai mak-mak punya instinct. betoi la, bila dah ada anak ni telebih pikir lak. sebab tu dulu-dulu mak slalu larang buat tu buat ni. sebab dia takmo benda2 yang tak elok jadi. cam masa yasmin n skang ni adam yang dah bole niarap, tengah nak salin diaper biar jap dia atas katil sementara nak amek diaper tu macam2 pikir. tak puas ati pegi tengok dia buat apa. baru nak capai diaper, dok la pikir lagi takut2 tiarap pnya tiarap terjatuh katil. dah la katil aqu tinggi. jatuh kang naya ja. tapi bila jenguk jap adam rilek je.. haish.. sama la cam aritu, tengah dok sesak giler cari babysitter, sorang pon tarak, mata dah bengkak2 nangis sebab takde orang langsung nak jaga adam. nak amek cuti menjaga anak kena apply sebulan sebelum abih 60hari cuti besalin. nak cuti rehat mana cukup weh. kalo cuti tanpa gaji ujung bulan nak makan apa kan.. dalam ati memang dah set "jap lagi nak call mak tapi bagi rilek dulu". tup-tup dalam 3min cemtu mak call tanya habaq. cam tau-tau ja aqu dilanda kesusahan.

tapi kalo kita over protective sangat pon tak elok gak.. cam crita Nemo tu la. tau kan crita tu.



okla. tu ja nak kongsi.

21.1.11

takziah

salam...

Makngah aqu telah meninggal dunia pada jam 7.17am pada 19.1.2011.
Arwah meninggal sebab sakit kanser pankreas. dekat setahun gak la arwah sakit. aqu tabik kat anak-anak dia. tak nangis pon. diorang memang kuat n tabah. yang sulung sebaya dengan aqu. mengajar kat kl. dulu kena mengajar kat sarawak. dalam hujung tahun lepas baru dapat tukar dok semenanjung sebab nak tengok-tengokkan arwah. masa dok kat sarawak dalam selang 2 minggu jugak la balik semenanjung. pastu anak dia yang nomot 2, dah grad degree in psychology kat UIA. anak dia yang ke 3 lak, baru ja grad kat Malaysian Maritime Academy. sempat la arwah tengok anak-anak dia grad. anak yang ke 4, PMR last year straight A's. tak ingat lak brapa A tapi semua A. yang ke 5 n 6, masih skolah rendah lagi. Memang arwah berjaya didik anak-anak. Arwah jugak sebenarnya my role model dalam breastfeeding. Memang dia fully bf sampai sanggup brenti keja untuk jaga anak-anak. arwah juga dah selamat menunaikan haji dan mengajar ngaji kat surau kat umah dia.

cam tak caya arwah dah takdak sebab arwah memang meriah orangnya. suka bercerita. so bila dapat berita arwah dah pergi terdiam kejap aqu walopon tau arwah tengah nazak masa hari sebelum tu lagi...


Al-Fatihah buat arwah. Semoga dicucuri rahmat.... Amin

14.1.11

wut a day

harini aqu lupa bawak handbag. jadinya secara otomatiknya purse n handphone aqu adalah pakej skali tertinggal. how on earth a woman can forget her own handbag?? her only handbag???? how pathetic i am huh! menambahkan perasa msg lagi aqu tertinggal skali valve untuk breastpump. just great. sib baik aqu dah master nak pam pakai tangan kalo tak harus aqu naik bas balik umah. keta aqu tak pegang dah. skang isham yang bawak sebab lepas dia anta yasmin sekali harung satu jalan ke opis dia. pastu, tadi isham bagi la hempat hingget. tu ja cash yang ado. lalu aqu pon berjalan menuju ke kafeteria untuk mengisi perut yang kosong. tetapi alangkah hampa hati ku, kat kafe itu telah mengalami banjir. nak masuk ke takk? ohh tidak sanggup ku gadaikan kasut wedges ku ini dan hanya beli kueh di gerai pakcik yang bebetui kat tepi pintu kafe 3 bijik yang berharga seringget dua kupang itu. pastu aqu singgah la sat pi kedai kelab kut-kut la ada nasik. ok cantek. memang ada. itupon tinggal sebungkus je lagi. dengan lajunya aqu tanya berapakah rege nasik itu tetapi aqu sangat terkejut hingga kena sawan keluar buih kat mulut kerana nasik bungkus yang berlauk ikan itu berharga tiga setengah ringget. oh tidak. manakan cukop sedangkan ditangan hanya ada dua ringget lapan kupang. mana nak korek lagi dua kupang?? lalu dengan hancus ati ku, aqu berlalu pergi hingga menangis tersedu-sedan hingga keluar air hidung, air mulut dan air telinga.

ni baru kejadian di pagi hari. entah apakan jadi hingga petang nanti.

kita tunggu. sama-sama.

10.1.11

lama tak apdet

Lama tak apdet crita pasai budak debab bambam nie. 6hb aritu adam muqris dah 4 bulan! pi check up haritu berat 6.8kg. naik sket je dlm 200gram ja tapi xmerisaukan sebab masih naik dan dia dalam proses nak meringankan badan... ni ada la gambar masa cuti awal tahun aritu. pics ada bintik-bintik itam sket sb pakai camera hp lama jea...










 Tiba-tiba.....



::ish ish asyik sunggoh la layan crita tamil::








makcik ni tengah ralit dok layan crita 'Raavanan' kat astro fiesta aritu. dan beberapa kali dan hari jugak kami dok layan crita 3 Idiots. memang best gilaa laaa!



5.1.11

tips penyusuan berjaya part 1: semasa mengandung

Hellu suma!

ni nak bagi tips sikit. tips ni pun berdasarkan pengalaman masa aqu mengandung dulu. ye la, 2 kali preggy banyak pengalaman yang aqu timba pasal susu ibu yang sebenarnya bermula dari masa mengandung lagi. apa yang nak dibuat masa baru dapat tau mengandung? Ni antara amalan yang aqu buat:-

1.  Pasang NIAT Nak Susukan Baby Sepenuhnya.
Niat adalah sangat penting yea puan-puan sekalian.  Apa yang kita nak buat sekalipun, niatlah yang menentukan 99% jadi tak jadi sesuatu benda. Oleh itu, marilah kita berniat secara suci murni untuk susukan bayi kita dengan susu yang dihasilkan sendiri oleh badan kita. Oh ya, FYI, sekiranya kita fully bf, kita dapat menten ataw kurangkan berat badan walaupun makan nasik tambah 3 pinggan penuh. oh heaven sangatt! i loike!!

2.  Keadaan Persekitaran Pejabat.
Perhatikan dulu keadaan persekitaran pejabat.  Sekiranya cubicle ataw meja opis puan-puan adalah jenis terbuka, sila cari tempat yang sesuai untuk perah susu (surau, stor, bilik tertutup.  Tandas adalah sangat tidak sesuai untuk pam sebab berjuta-juta bakteria berkeliaran di situ). Untuk yang jenis bilik mungkin tiada masalah untuk sesi mengepam. Pam ajer dalam bilik puan-puan.

3. Manual vs. Elektrik Pump??
Saya lebih suka manual sebab bole pam di mana-mana sahaja tanpa perlu memikirkan power bateri cukup ke tak, nak cucuk suis kat mana, etc. Tapi tiada masalah untuk yang ada bilik sendiri di pejabat sebab power point ada kat bawah meja kan...

4. Bajet
Kalo nak pakai pam yang berkualiti dan tahan lama tetapi ribuan harganya, puan-puan boleh la mula mengumpul wang setiap bulan ataw main kutu. Lepas tu, kalo nak beli, sila beli di kedai-kedai babystore. Kalo beli secara online, saya tak galakkan sebab penah jadi kat batang hidung sendiri kunun nak pakai yang recomended dan hospital grade tapi kena tipu hidup-hidup. Original price RM 1k++ full set tapi bole dapat rm 700 sebab beli kat UK. dah bank in rm 300 dulu sbgai deposit tetapi setelah 6 bulan habok pon tarak. Mula-mula call, pastu mesej, pastu diam terus. takpe la, nak buat apa dengan duit aqu tu buatla. nanti kita jumpa kat padang masyar ya. sebab itu la saya pakai pam yang murah tapi masih berkualiti...

5. Picit Memicit Cuci Mencuci
Sangat sangat sangat sangat kena buat. Inilah faktor penentu utama berjaya ataw tidak penyusuan. Sila picit dan cuci cik B puan-puan setiap kali sebelum dan selepas mandi sampai bersalin. cemana nak cuci? pakai towel kecik ataw kain yang bersih dan basahkan kain lalu cucikan kat aorela. untuk yang inverted B, selalu la gentel dan picit untuk meransang cik B puan-puan timbul. jangan sabun kat aorela sebab sabun ni mengeringkan aorela. Jangan panik kalo ada keluar air, itu adalah susu. juga jangan panik keluar daki dan putih-putih, itu adalah penyebab utama susu tak keluar sebab saluran tersumbat.

6.  Makan
Mula makan makanan yang berkhasiat. Bukan sahaja baik untuk tumbesaran bayi dan kesihatan puan-puan, malah penghasilan susu yang baik juga dapat dijanakan. Sawi, bayam, ikan bilis, kurma, kismis, longan/mata kucing, lobak putih adalah antara penjana susu ataw milk booster yang bagus. saya amalkan makan kurma dan sawi setiap hari dan Alhamdulillah susu banyak sebaik sahaja lepas bersalin.

rasanya tu je kot yang aqu amalkan masa mengandung. kalo ada lagi aqu apdet..

Dont Give Up Hot Mommas! ;)

1.1.11

buah-buahan melaka

hello semua! masih tak percaya dah 2011 kan? hehe! ok dari tahun lepas lagi aqu tingiiiiinnnnn sangattttt nak makan kuih buah melaka aka onde-onde. tapi tahun lepas punya pon dalam 3-4 hari sebelum tahun baru la hehe! pastu hari rabu aritu kat kafeteria ada jual, tapi tu pon tinggal ngam-ngam 6 bijik jea. sebijik 20sen. 5 bijik singgit. yang sebijik tu diskaun sebab aqu last kastermer. bole?? mahal giler skang. kat penang masih lagi 5 bijik 5 kupang ja. murah giler kan? dah la buah melaka yang aqu beli tak sedap lansung. tepung banyak gula sikit. setengah nyawa nak abehkan.

di ambang 2011 kami satu famili pegi pasar tani kat presint 2. ada la gula melaka. cantek. barang suma ada. tinggal nak cari resipi ja. pastu tadi gugel la resipi tersebut and voila!



so isok bole la try hehe! yep. aqu tak buat lagi laa... saja la tampal kat sini dulu kot-kot la hampa pon rasa nak buat skali kan?

happy wiken! =)

Buh-Bye 2010! Oh Hi! Hello 2011!!

2010

The best moments!

- Im preggy again!
- Dapat naik gaji!
- Dapat naik pangkat!
- Dapat pi Genting! (1st time yuu!)
- Dapat bos baru yang sangat best giler!
- Dapat elaun PA balik!
- Dapat Adam Muqris!
- Dapat breastfeeding balik!
- Dapat pi holiday dengan 1 family kat Melaka! (owh aqu tak crita lg huhu. nati aqu apdet k)

The sad moments :(

-Tokwan mengadap Illahi
- Kena c-zer lagi
- Kena elegik paling teruk
- Beberapa perkara yang terlalu personal untuk diceritakan pada semua

hidup kita ni bagaikan pusingan roda. kejap di atas, kejap di bawah... tapi tu semua jadi atas sebab dalam proses mematangkan kita... ish, aqu tak reti la nak bemadah-madah nie hehe! well, im not a good writer kan... anyway, selamat tahun baru buat semua! semoga di tahun yang baru ini, kita lebih positif dalam semua perkara.. eh, tu pesanan untuk aqu la huhu!

Happy New Year yawlz!

Thanx for droppin' by =)