31.5.10

FYI: When Should A Couple Seek Treatment For Infertility?

Deciding to get help for infertility can be a tough choice for couples to make. Infertility is a very private matter, and couples often feel shy or embarrassed about discussing it with anyone, even a doctor.


Age is the biggest factor in deciding when to seek treatment. Many people are surprised to learn that a woman’s fertility peaks around age 25. It starts to decline after that and drops sharply after age 35. A man’s fertility also starts to decline after age 35.

A woman is born with all the eggs she will ever have. As she ages, her eggs decrease both in number and quality.This makes it harder to get pregnant and raises the risk of miscarriages and birth defects.

Of course, age is not the only issue. Many other factors can play a hand in infertility. They are divided about equally between those that affect women, such as menstrual problems, and those that affect men, such as low sperm count. In some cases, the cause of infertility is never found.

When to see a doctor about infertility?

Experts base their advice for when to seek treatment on the woman’s age and how long you’ve been having unprotected sex:

If you are 30 or younger, see your doctor if you haven’t conceived after 10 to 12 months. A year can seem like a long time, but most younger couples will conceive within a year of trying.

If you are 35 or older or have a history of fertility problems, experts suggest seeing your doctor after six months of trying. After 35, time is running out. You may still be able to get pregnant but it may take longer, so don’t delay getting help.

If you decide to seek treatment, both partners should have a physical exam. Your doctor will review your past and present health and may do tests to look for clues to what is affecting your fertility.

How to boost your odds of success

•If you don’t feel it’s time to get help, there are things you can try that may help improve your chance of getting pregnant. To maximize your fertility:

•Have sex every two days. This will help ensure that you are taking advantage of your most fertile days.

•If you smoke, quit. Smoking lowers fertility in women and it may affect men, too.

•Keep your weight in a healthy range. Being either overweight or underweight can affect ovulation. In men, it may affect sperm count.

•Avoid alcohol. It can cause menstrual and ovulation problems, and if you do get pregnant, it increases the risk of birth defects and miscarriage. In men, too much alcohol can lead to low sperm count.

•Limit caffeine to no more than two cups a day.

(MyOptumHealth, 2010)

source: Baiboo.com.my

30.5.10

0wh! so addicted to it rite now!

salam kawan-kawan! sehat pada pagi hujung minggu yang mulia ini?

ya, sekarang kami satu famili adalah ketagih dengan menatang ni

::skype. love it::


kami tak chat tapi terus buat video call.. memang happy sangat bole tengok mak, bapak, kakak, adek, anak-anak buah aqu dengan maktok skali hehe! memang rindu ini telah tiada hehe! cuma takleh bau ja huhu! thx alot to tech! yahoo!!

26.5.10

Big Fish Moment with Pizza Hut

semalam, kami bercadang untuk berjalan-jalan di Jusco Taman Equine, Seri Kembangan. Masa baru nak masuk entrance, sambil lalu di tepi Restoran Pizza Hut, baby menendang-nendang perut mama.

::adoi sakit perut mama::

Lalu, papa pon cakap "baby nak makan pizza hut kot?"

::mama cakap, "o0o, rupanya baby nak makan pizza hut::

Masa sampai depan Restoran Pizza Hut, baby telah menggerakkan tangan mama lalu tunjukkan ini
::The New Fish King Pizza!::


Lepas duduk, yasmin yang tengah tido boleh bangun plak

::sukanya dia masuk sini ya::


::jom pilih menu::

Masa tengah belek-belek menu, tiba-tiba baby menggerakkan urat senyum mama

::ni senyuman dari baby dalam perut::

Rupanya baby nak makan ini


::The yummylicious Fish King Pizza dengan harga yang begitu berbaloi::

Yasmin pun pujuk mama order Fish King Pizza

::mama, yasmin nak makan ni::

Lalu mama membuat sengihan menggoda bersama yasmin untuk pujuk papa pulak

::papa, kita makan ni ye::

"Makan Fish King Pizza? Boleh sangat!!"
::papa pun teruja jugak nak cuba Fish King Pizza::

Lepas order Fish King Pizza set 1 (Regular size), Pepsi, Soup of-the-day (chicken soup) dan Garlic Breadstix sampai ke meja kami 

::yasmin dengan rakusnya ambil garlic breadstix tanpa tunggu mama n papa::

::memang nikmat. yasmin sibuk minta-minta disuapkan::

::mama punya turn plak ye::


::am nyam nyam::



::mama jeling je yasmin abiskan garlic breadstix::

::papa tengah makan spagetti chicken bolognese::

Akhirnya, Fish King Pizza sampai di meja kami
::wowee!!::

 
::sedap tak terkata::

 
::mama begitu asyik sampai tak nampak n dengar yasmin nak jugak::
::eh, yasmin nak ye? tak perasan plak mama hehe::


::sukanya yasmin::


::papa pon sangat khusyuk makan sampai lupa nak pose::

kami sekeluarga terdiam dan menikmati Fish King Pizza dan tiba-tiba..

::eh, dah licin??::

mama thumbs up, baby pon dah kenyang.. itu adalah muka baby dalam perut tanda puas makan Fish King Pizza.. amboi yasmin, ambil kesempatan ye minum air sejuk??

akhir kata, memang rugi sapa tak cuba Fish King Pizza dari Pizza Hut huhu!

24.5.10

1 Jun

hello kawan-kawan! sehat arini?

start 1hb Jun ni aqu dapat surat pertukaran bahagian.
hek eleh, takkan bahagian jerr kot? lebih sket dari bahagian bole tak?
jabatan terus ehehe!!

Allah dah makbulkan doa aqu.
Dia dah bagi aqu rest yang cukup kot.
bayangkan 1 tahun lebih aqu kat sini, aqu hanya
rekod surat yang sminggu tak lebih dari 5 surat n updet diari bos.
betapa goyangnya kaki aqu kan??

kali ni aqu kena jaga loyer plak..
takut tu ada sket la sebab sepanjang 5taun berkhidmat
suma bos aqu adalah gred M
skang ni gred L la plak
tak penah-penah jaga gred L nie
sama ada kat bangunan baru atau lama tak pasti
yang pasti loyer syariah uhuhuhu!

19.5.10

kamus sebutan oleh yasmin nasuha

lama tak update crita yasmin kan? so kali ni nak buat skit la kamus sebutan yasmin. nanti dia dah besar bole la usha-usha sebutan masa dia kecik kan? jom let's go!

antu - hantu 
poloh - peluh
bula - bola
beybit - rabbit
tee bear - teddy bear
bear/b. bear - bear
shark/saq - seluar
lebon/lelebon - belon
lelelepop - lolipop
aye - air
bibi - baby
aler/taler - colour
bakan - makan
tikan - tekan
geget - gigit
pa'am - faham
pish - fish
bokong - dukung

tu la diantara sebutan yasmin.. kalo ada lagi aqu hapdet lagi ya

17.5.10

saat-saat genting

finally, baru la bole hapdet crita pi genting 2 minggu lepas.. kawan isham, endi n family ajak pegi genting so kami pun jadi la tourist guide untuk diorang. So enjoy the pics!




::on the way to genting sempat snap gambar akim n siti je::


::kat indoor, tengah tunggu check in hotel::


::dok kat hotel ni::


::baru check in hotel, view dari bilik::


::aktiviti melepak dan melepek di bilik hotel::

lepas aktiviti melepak dan melepek, malam sket gi jenjalan sekitar atas bukit..
::jenjalan di atas bukit::

lepas jenjalan, kami decided nak parking keta dekat skyway. so, lepas makan malam kat restoran kk (harga okla. makanan pon cun) gerak pi skyway naik keta kabel.
::dalam gondola naik atas balik::


::sambung jenjalan balik::

::lepak2 kat taman bunga::

isok pagi, bekpes roti yang dibeli siap masa dinner semalam.  baru nak turun ujan la plak...


::awal pagi sebelum ujan::


::sebelum jenjalan lagi skali::


::masa ni endi n siti sedang bersuka ria, kami lak jadi babysitter::


::dalam gondola otw turun::

itu la crita kami menjadi tourist guide kat genting highlands. akhir kata besh la tempat ni nak lepak2 kan. cuma satu je the biggest spoil eva, orang ramai asyik nak isap rokok ja. tau dak busuk. spoil btoi la nak menghirup udara segar dari ladang. cheh!

p/s: genting, tunggu aqu besalin dulu ok. kan ku ganyang permainan mu yang besh-besh itew semua.

12.5.10

tak sehat...

semalam aqu kena selsema n sakit tekak.
skang masih selsema dan hidung sumbat.
tak suka okay.
ni suma gara-gara pi genting wiken lepas.
nanti aqu update story gi genting ya.
bila? nenanti laa.
tungggguuuuu....

7.5.10

Happy Hari Mak!

hari Ahad ini adalah Hari Ibu.
Lalu, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu khas buat mak saya yang berada di Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang dengan ucapan May Allah bless you alwiz. I miss your cooking so much! Hope to see you next week! Love, Hugs n Kisses specially just for you!

::mak with her forever boyfriend, bapak::


mak adalah idola saya. Kerana:

~ sangat suka memasak. baru balik kerja, dengan baju opis lagi, terus memasak khas untuk keluarga tersayang. selain itu, untuk raya mak suka buat kuih raya n ketupat palas n rendang. specialty mak: biskut nastar aka tat nanas. walaupon mak kata nak brenti buat kuih untuk dijual, regular customer tetap akan order dan tanpa segan silu mak akan beli bahan untuk buat kuih. saya adalah penolong mak yang rajin di kala itu. sekarang saya dah takleh join jadi penolong mak sebab telah bermastautin di kota yang menyesakkan. mak juga suka buat pastry n kuih muih/bubur/pengat untuk makan petang atau sesaja ja nak buat.

~ kalo mak kejut bangun pagi, suara beliau begitu lemah gemalai kejut anak beliau. dari mak baru bangun tido, lepas mandi, tengah bersiap, sehinggalah saya bau perfume mak, beliau masih tak jemu kejut anak beliau ini bangun tido dengan nada yang sama: lemah gemalai. tak pernah mak herdik, jerit-jerit kat kami anak-anak bangun pagi kecuali adik saya kerana dia sangat liat bangun pagi. tetapi kalo saya yang kejut adik saya bangun pagi adalah seperti halilintar memancarkan sinaran lembayung yang menanahkan telinga atau seperti pontianak mengamuk tak dapat isap darah.

~ mak tak penah jemu melayan kerenah anak-anak terutama ketika anak beliau muda remaja. darah muda remaja mak sangat terserlah kerana ketika memandu, beliau sanggup mendengar hitz.fm, limp bizkit, system of a down, linkin park, blink 182 dan lain-lain band ketika itu sedangkan kalo mak orang lain dah kena bok-bek-bok-bek kerana lagu-lagu tersebut adalah lagu pening.

~ mak adalah sangat cerah.

~ mak pentingkan pemakaian kemas nak ke pejabat dari tudung ke kasut ke baju ke aksesori. sedangkan anak-anak pompuan beliau sangat tak suka memakai aksesori biarpon jam tangan sehinggalah suami sendiri yang brainwashed suro pakai.

~ mak jugak adalah penasihat yang bertauliah untuk segala bidang.

~ suka sedekahkan barang-barang kesayangan beliau kepada anak seperti tudung, kerongsang juga baju kerana anak beliau tak reti nak beli sendiri.

~ mak sangat wangi dan menyamankan selepas mandi.

~ tetap melakukan kerja dapur walaupun dah jam 1 pagi dan isok adalah hari kerja.

~ macam-macam lagi benda yang mak buat sangat sangat sangat mengagumkan saya.


MAK! I LOVE YOU!!

4.5.10

bosan tau dak..

sebelum aqu start, nak bagitau yang ni adalah dari sudut pandangan aqu. kalo tak suka sila tutup, kalo nak terus baca silakan. aqu tak halang cuma kalo ada yang tak puas ati tolong jangan nak lelebih ok. NI DARI SUDUT PANDANGAN AQU JA. MASING-MASING ADA PANDANGAN SENDIRIK. DAH BESAR PANJANG.  TAU KOT NAK NILAI MANA BAIK BURUK KAN...

Ok, hari ni punya crita aqu nak bangkang sket. crita pasai budak 15 tahun yang kena tembak mati dengan polis aritu. aqu pelik la, pasaipa orang lain dok sebok sangat sampai wujudkan page benci polis kat mukabuku. yang famili dia plak sampai nak tubuh suruhanjaya siasat bagai. bagi aqu tu dah sangat melampau okeh. masa mula-mula tu aqu bole terima lagi la akak dia kata tak leh terima adik dia mati keadaan cemtu, tapi kalo dah sampai nak wujud suruhanjaya la hapa ka, lelebih sangat dah tuh.

senang ja kalo nak elak menda tu jadi, sapa suro hang bagi dia bawak keta hang? dah salah sendiri nak tunding jari kat orang lain. kalo hang sorok kunci keta hang tu, takla dia mati kena tembak. dah tu kalo kena kejar polis awat tak stop kat tepi? memang sah-sah la polis ingat penyamun. nak-nak plak masa tu dah pukul 12, 1 pagi. bagi aqu, polis tak salah dalam hal ni sebab polis hanya menjalankan tanggungjawab dia menjaga keselamatan negara. dan yang aqu pelik tu, awat kawan dia tu baru nak tunjuk muka kat media? siap bole lari balik umah makan nasik tuh. seminggu pastu pandai plak nak timbul balik. pandai plak tunjuk parut kena blasah dengan polis. memang la kena blasah sebab hang lari. dan patutnya mak bapak dia kena saman sebab bagi budak bawah umur bawak keta. wat de heck la!

3.5.10

adakah anda jugak antara mereka ini?

semalam, kami sefamilia pi c4 bli barang dapur sket. yang aqu nampak skang, adakah orang kita semakin mementingkan diri sendiri? atau adakah mulut mereka terlalu busuk sehingga segan nak bukak mulut itew? ini kerana;

pada insiden pertama: aqu tengah ralit tengok harga susu yasmin, tetiba aqu rasa something kat blakang aqu. rupanya ada orang pompuan ni tengah tolak troli tekena sket blakang aqu. aqu pon cakapla sorry. dia lak tanpa sebarang reaksi berlalu pergi...

insiden kedua plak: aqu tengah tunggu isham amek barang sebab aqu tak sampai nak amek. lagipon perut i yang seksis ini telah menghalang untuk aqu beraksi gimrama kat situ. so, sambil dok tunggu tu, ada akak nie cam aqu gak, tengah ralit dok tengok cookies, ada laki ni tengah tolak troli. akak tu pon dok kat tengah gakla, so laki ni cam tatau nak watpa n teruskan je tolak troli itu. tekena la bucu troli tu kat badan akak ni. akak ni pon cuma tengok n tepi sket. yang laki ni lak terus tolak troli sambil besembang dengan girl dia...

bagi aqu la, susah sangatkah nak kata tumpang lalu? terima kasih? sorry? atau senyum skit ka? dan adakah anda jugak antara mereka yang lantak pi kat hang la?

thanx to my hubby yang banyak sedarkan aqu untuk menjadi orang yang lebih prihatin sebab beliau sangat mementingkan hal-hal yang remeh cemni. sebab hal-hal yang remeh ini la yang memberikan impak besar kpd orang lain untuk merasa dihargai dan menghargai satu sama lain. Sekian, fikir-fikirkan dan selamat beramal!
Powered By Blogger