30.12.10

tahniah!

Tahniah harimau malaya!
terima kasih kembalikan semangat Malaysia!
Semoga dengan kemenangan ini orang kita akan lebih bersemangat patriotik
yeah!

27.12.10

review: Anakku manual breastpump

ok kawan-kawan sekelian! since aritu breast pump pureen aqu dah the end, aqu telah membelikan diri ini Anakku manual breast pump.  Rasanya ni terbaru di pasaran kot sebab aqu try google breast pump ni tapi takdak review lg. yang ada pon rasanya bukan yang BPA Free. Lalu hati ini berkata "marilah sayang kita review untuk mereka yang sedang berusaha untuk exclusively breast feeding for their little ones". Harga dia RM69.90 kat Manjaku. Sticker pon putih lagi means no discount for new item.



so far aqu pakai sangat selesa, let-down lak tak penah tak let-down hehe! valve lak tak penah bagi masalah kat aqu cam pureen. cuma yang kurang puas hati skit bentuk botol dia yang susah nak cuci. berbanding dengan botol pureen, ni susah nak cuci botol dia thoroughly. kena cuci dengan berus botol. kalo pureen leh cuci terus pakai span je. then funnel dia agak kecik skit so bagi yang aorela besar mungkin kurang selesa skit. pastu kat funnel dia gak bole separate kan satu lagi lapisan tapi bagi aqu rasanya better kalo sekalikan jer. senang skit nak cuci dan simpan. pastu arahan untuk assemble n dissamble part by part senang paham. besa la mula-mula nak pasang balik agak pening skit sebab part dia yang banyak tapi lama-lama u'll get used to it. satu lagi, sepanjang pakai ni gak, suction dia ok sangat and nipple pon tak sakit. bentuk handle dia gak memberikan anda keselesaan dan tak lenguh. tahap kesenyapan lak tak sesenyap pureen tapi tak la kuat mana pon.


dari 5 bintang, aqu bagi:

- prestasi let-down: 5 bintang
- kualiti: 41/2 bintang
- ease of use: 4 1/2 bintang
- value for money: 4 bintang
- overall score: 4 bintang

 nanti aqu update brapa lama dia betahan lak ok..

Happy pumping! =)


UPDATE TERBARU:


ok start minggu ni aqu baru prasan yang breast shield dia ni makin longgar la. kat dalam gambar tu tade breast shield  nanti i uplod k. nanti aqu try tanya anakku ada spare part tak kalo ada alhamdulillah takyah beli yang lain dah kan..


Ni gambar yg aqu janji kat korang. sori la gambar takleh rotate la. xreti den nak buat heh..


::nampak tak? tu susu nak tumpah::




 LAGI UPDATE TERBARU:

Ok, since niat di hati ini nak pegi butik Anakku tapi tak terpegi-pegi, so last resort aqu try pam without using the breast shield and voila! hasilnya sama jea kalo pakai breast shield itu. so, tak perlu lagi beli spare part (kalo ada la) ataw beli breastpump yang baru hehe! 

Happy Breastfeeding! (^_^)


26.12.10

review: pureen manual breastpump (BPA-Free)

salam semua!

ok, ni adalah breastpump yang pertama aqu pakai. Harga standard RM54.90 tapi aritu aqu tengok kat kedai Manjaku tengah sale RM45.90 ja. overall bole la. senyap, selesa cuma masa nak separate part by part untuk cuci tu tak detail la. so far aqu pakai bertahan selama 2 bulan lebih sebab handle kat vacuum dia tu patah. dan sangat kurang berpuas hati kat valve dia tu. dok tengah pam valve dia leh ter-insert kat dlm lubang. leceh la kalo tengah let-down. susu tumpah lagi, nak kena perbetul valve balik pastu sambung pam lagi. pastu kalo valve tak betul (tapi mostly dia termasuk dalam lubang) tengah pam tu susu tak masuk dalam botol tapi dia naik ke tempat vacuum tu yg sepatutnya kering. pastu since funnel dia agak besar, so untuk yang aorela jenis besar selesa la.
::patah suda::


::kat ibu jari aqu tu la susu slalu tmasuk kat ctu::


dari 5 bintang, aqu bagi:

- prestasi let-down: 2 1/2 bintang
- kualiti: 2 bintang =|
- ease of use: 2 1/2 bintang
- value for money: 4 bintang
- overall score: 3 bintang

24.12.10

rambut baru

salam jumaat suma!

tadi masa lunch break tadi aqu telah memendekkan rambutku ini. kalo dulu cenggini peshen rambutku









sekarang tidak lagi! a new refreshing look i would say...








































::my new hairdo::
 pic googled



tiba-tiba rasa cam back to zaman kanak-kanak ribena! yippieyay!!

22.12.10

It's Yasmin Nasuha's 3rd Birthday!

Semalam, 21-12-2010 adalah hari lahir Yasmin Nasuha!




  Happy birthday sayang!
Kejap je dah 3 tahun kan?
Cam baru semalam mama beranakkan dia hehe!

Mama doakan semoga Min sentiasa dirahmati Allah dan dimurahkan rezeki.


::1 week old::

Terima kasih sebab Min la yang tolong selamatkan nyawa mama bagitau ada cyst masa Min kat dalam perut mama. Kuat-kuat Min tendang cyst jahat tu.


Dan terima kasih jugak sebab Min kuat sangat kat dalam perut mama. Walaupun dokter banyak kali dan berkali-kali bagitau mama Min mungkin tak dapat diselamatkan sebab risiko pembedahan dan ubat bius, tapi  Alhamdulillah Min sehat dan kuat je.


::susu time!::

Dan masa Min dilahirkan, Min tanak nyusahkan mama sebab kalo mama teran kuat-kuat, jahitan yang baru sembuh tak sampai 4 bulan tu nanti koyak balik selain tanak mama sakit kat tempat lain. Jadi mama cuma sakit kat perut je. 



Dan Min tau papa seriau tengok darah, jadi Min keluar iku tingkap hehe! Thanx for everything sayang! I love you so much sayang!!





::1st time mandi sungai::





::@jusco equine park. Deepavali '08::

::kalo nanges abih merah-merah satu muka. Just like mama. takleh nak cover lansung::

::suka sangat minum ni::
  

::nak minum pun kena ada stail::





::like father like daughter::

::fav pastime::



::sebok mencuba kasut tinggi mama::





::latest pitcha wif chubby bambam Adam Muqris::



20.12.10

ragam bos

tudai oim back to werk again.

pastu tadi sembang-sembang dengan akak opis tadi. dia bagitau la apa yang bos aqu buat masa aqu tadak. dia kata bos aqu ni tak banyak ragam. sama la dengan bos unit lain yang baru masuk seksyen aqu. skang ni cam dah tebalik lak. dulu punya la takmo jaga bos pompuan sebab tahap kecerewetan mereka. tapi skang apa yang jadi tebalik lak kat seksyen aqu. yang bos pompuan kat sini sangat cool as cucumber manakala yang bos laki plak yang cerewet lelebih. even dalam mesyuarat pon, yang bos laki ni lak komen tu komen ni. yang bos pompuan menten je... macam-macam kan?


dah tu je nak kongsi. bos korang cemana lak?

17.12.10

elegik!!

hai suma! sorryla lama tak apdet. bukan takmo apdet tapi keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan sebab 2 minggu beturut kena elegik ini.  ni tengah taip entri ni pon dok garu-garu penangan elegik. sapa yang penah kena akan tau la bagaimana perasaan dihinggap elegik ini. dulu masa tak penah umur kena elegik ni kusangkakan hanya gatal-gatal merenyam tapi ropanya tersangatla maha gatai... so bila dah penah mengalaminya seniri baru la tau betapa elegik ini suatu penyakit serta-merta dan kalo lambat sket memang bole bawak maut wo0... okeh, meh nak crita sket....

pada minggu pertama kena elegik ni sebab makan sardin. selalu ok ja kalo makan sardin cap ayam brand, tapi aritu cam tiba-tiba rasa nak makan sardin murah sket, beli la sardin cap king cup. malam tu dah masak suma tapi cam kenyang lak. so bawak la bekal pagi tu buat bekpes. pas makan dalam setengah jam kendian, mula la naik gegata. mula-mula kat area tangan. pastu kaki. mak aih, merenyamnya... start naik kat mata gan mulut, dah tau ni, misti kronik ni cecepat telan piriton aka ubat sesema yang warna kuning lagi mengantuk itu. okla, kurangla sket gatai-gatai. tapi bila nak ke tengahari, ish naik lagi so tepaksa la pi klinik sebab piriton tadi pon mintak kat orang. bukan aqu tak standby piriton cuma piriton aqu udah expired lew... masa pi klinik piriton baru begerak lancar dalam darah. so nak tunjuk kat doktor pon doktor tak caya aqu elegik tapi dia bagi la kat aqu piriton n calamine lotion. malam tu makin menjadi lak gegata kat satu badan dah macam gargoyle! tak caya? ni ada bukti



















::bole belakon crita merlin kan?::


soryla aqu copy paste trus dari henpon. maleh la nak save dulu. lagipon bagi tengkuk korang exercise sket hehe! serius, aqu tengok gambar ni pon aqu tergaru-garu weh. isok pagi tu pi klinik balik (of cos, orang baik punya dok usha aqu) kat kaunter triage tu, adeq kat konter tu dok "sian akak. kesian" cam PA cik jamil dlm crita madu tiga tu. masuk bilik doktor, dapat la mc sehari sebab aritu ari jumaat. dapat satu lagi ubat, prednisolone bagi kurangkan innflamation iaitu bengkak-bengkak merah kat kulit aqu.


pastu exactly 1 week later, aqu tekena lagi elegik. tapi kali ni memang kebabom la. mula gatal-gatal kat area kaki n tangan so aqu pon cecepat telan piriton. selalu lepas telan dalam setengah jam ingat akan kurang la sket tapi rupanya sangkaanku terpesong jua. dalam masa setengah jam tu la, gegata mula naik satu badan. mulut makin bengkak atas bawah, makin lama makin senget sampai satu tahap terjuih je. mata aqu membengkak lagi teruk dari gamba atas sampai mata putih aqu merah-merah. telinga aqu lak rasa panas je. ada sorang budak opis aqu ni sempat la tengok transfomasi aqu, dia sampai terkedu seketika sebab perubahan yang terjadi kat fizikal aqu. aqu memang dah tak dok diam sebab dok sebok menggaru tapak kaki sampai aqu seret-seret ja kaki ni kat kapet punya gatai gilerr!! by the time isham sampai opis amek aqu, aqu nak cakap kat dia suro pegi hospital tapi rupanya gegata mula naik kat tekak aqu. suara tak kuar weh! memang aqu dok rasa cam ada orang mencekik aqu. makin lama makin kuat cengkaman aqu rasa kat tekak aqu. dalam mulut pon rasa gegata naik kat dinding pipi n bawah lidah. gusi pon rasa membengkak.

sampai kat emergency, aqu dah takleh becakap. suara aqu completely lost. dari triage, trus masuk emergency. terus baring kat katil. apalagi aktiviti cucuk mencucuk la. dokter tanya itu ini suma. mula-mula aqu ok lagi. masuk drip suma, doktor nak tunggu tengok aqu punya prestasi ok ke tak. dari pukul 5.30pm sampai dekat pukui 6pm, bp aqu drop. aqu mula sedar tak sedar je. bp aqu rendah sangat sampai bacaan 34/50. memandangkan keadaan aqu makin kritikal, diorang bagi aqu oksigen mask, masuk lagi drip, buat mobile x-ray, amek ctg tapi aqu rasa cam melayang-layang jea. last-last aqu kena admitted sebab bp turun lagi 30/50. dapat la dok kat wad 4B.

ntah bila diorang tuka baju aqu pakai baju wad pon aqu tak sedar. dalam tengah malam tu aqu rasa nak kench and bery tapi memandangkan aqu takleh nak bangun, for the 1st time, aqu kena pakai adult diaper hehe! nak bery pon amek masa weh.. dah setel, aqu bagitau la kat nurse aqu dah bery so nak tuka la. yang nurse sorang ni suro aqu jalan gi toilet cuci sambil dia nak pimpin. aqu pon  ok je la. ye la bahan buangan kita sendiri kan. pastu masuk je toilet, aqu blackout. sedar tak sedar je. yang aqu ingat aqu nampak wheelchair depan toilet tu pastu nurse tolong angkat aqu letak atas katil. last-last dorang kena salinkan aqu jugak. dah setel suma, nak makan ubat tapi perut aqu kosong. lapar giler weh sebab tak makan dari petang tadi. nurse bagi kat aqu apollo kek, biskut kering dengan air milo. dah makan ubat suma dalam 2-3 jam kendian, dorang masukkan ubat kuatkan beat jantung tapi mungkin sebab perut aqu kosong, abis suma biskut kering, air milo dengan kek kuar balik. sikit pon tak tinggal. sib baik la aqu genjak sket so muntah la kat lantai. kalo tak harus salin lagi bedliner n baju. masa ni drip dah masuk kat dua-dua tangan. darah lak dorang amek tiap 4jam skali huhu! masa ni gak aqu kena pakai oksigen mask.


the next day, budak praktikal dari ucsi datang tolong salinkan aqu. wuih, bagai ditatang dengan minyak yang penuh yuu! cuci n lap-lap kan aqu. salin cadar suma baikk jea. ye la 1st year n 1st sem kan. siap tolong amekkan aqu makanan lagi. kalo bole nak tolong suap skali tapi aqu tak selesa la. boobs aqu lak dah macam batu sebab susu tak kuar-kuar dari petang semalam. bengkak n sakit giler! pas isham bawakkan breastpump, nak pam skit punya sakit. nak menangis je rasa. slowly aqu pam sampai tetido sebab kesan ubat. pas dokter buat rounding suma dorang tukarkan oxigen mask ke oxigen nasal. sejuk je lobang idung ku ini hehe. tengahari tu lak diorang masukkan drip tambah garam sakit giler sebelah tangan aqu ni sampai bp aqu yang baru nak cantik itu dropped balik. gegata dah tak de tapi satu badan membengkak. ketat je kulit aqu ni. adrenalin banyak kail gak dorang masukkan sebab nak bagi jantung aqu cepat. petang tu aqu mintak nak off kan oxigen sebab aqu rasa cam takde maknernyer aqu pakai oxigen kalo pernafasan aqu ok. rimas weh. nak menguap pon potong stim. ala, cam naik moto la. kalo naik moto takleh nak nguap sebab angin memukul-mukul muka kan.. so dorang offkan oxigen n puas ati dengan heartbeat aqu baru dorang cabut oxigen tu. sampai malam tu aqu masih pakai diaper.

isoknya which is saturday, the last day, aqu rasa makin kuat n sehat. dah bole bangun pegi toilet. bp pon dah cantek. banyak kali gak la pi toilet kench puas-puas. baru la tau perasaan orang tua-tua yang kena pakai diaper. memang tak selesa. dengan bepeluh, berkuap, gatal-gatal lagi.. nak mintak orang tolong cucikan lagi memang hazab... pas doktor dah buat rounding n puas ati dengan condition aqu, bole la balik aritu n dapatla mc 9 ari.

so, elegik ni bila aqu bagitau kat orang aqu kena elegik, senang je orang nak becakap "dah tau elegik napa makan lagi?" atau "tu la makan tak pantang" atau jugak "bantai makan ja kan dah kena" tapi diorang tatau aqu ni dah penah buat allergy test kat HKL and its proven yang aqu ni bole je makan seafood suma tu sebab result dia suma negative. yang buat aqu elegik adalah preservatives. pengawet makanan ok. tapi ada jugak orang kata sebab ubat operate masa cyst and besalin dulu sebabnya. entahla, yang pasti, kalo benda dah nak jadi, dah tersurat nak jadi, tak kira berwaspadanya kita, tetap akan jadi.

8.12.10

wasap wasap yall!

Assalamualaikum! hehe! ada sehat ka? ada baik ka?

aqu ada banyak menda nak stori mori kat hampa suma tapi tak syokla kan crita pung pang pung pang tapi gambaq tarak kan.. nanti la aqu crita kat hampa suma naa tapi tunggu aqu aplod gambaq dulu kay...

owh, aqu dah beli hp baru. nokia gakla.. ingat nak amek c3 (ecececceeey verangan jea lebey)







tapi...









::nokia 1280::

aqu amek ini ajaa.. huahuahua!
Nokia 1280 is very compact and durable when it compares with other low cost mobile phones in this category. Its Scratch Resistant Cover and anti-dust keypad which will helps you to extend the life of the mobile. Its compactness easily fit in your pocket and take anywhere with you.

Customize your mobile look and feel with exchangeable color covers. Its mp3 grade and 32-polyphonic ringtones will alerts you without disturbing your ears. In Nokia 1280, you can store up to 500 phone book entries and 250 SMS. Available in Black, Gray, Blue and Orchid colours.

yes, low cost mobile phone weeheheeee! yang penting tepon aqu ini ada flashlite wo0o.. tepon hampa ada? n0n hado0o kannnnn??? bwek! =P
nantila bila aqu dah berharta sket baru nak oder BB pat lima bijik ka iphone dua tiga ketui ka tapi yang dalam tu ada ceklat la boley gitew huhu! okla, dah stop merapu meraban jom sambung buat reja!

1.12.10

pening-n-stress week

2 minggu ni aqu sangat pening n stress sampai effect susu badan. Last week opis aqu nak kena audit and at the same time officer suma kelam-kabut sebab baru nak tengok fail n rekod surat-menyurat. buat keja sampai ke malam. terpaksa jugak bawak adam mai opis sebab malam adam memang nak bergantung jea. sib baik la adam bukan jenis meragam. ari sabtu pon sambung buat keja kat opis sampai adam tak sehat. sesema n batuk-batuk. nak tido malam misti nangis cam sedih sangat sampai selak. tapi sekali je la sebelum dia bebetul tido. mungkin jugak sebab masa aqu dukung adam, aqu marahkan yasmin sebab dia dok buat prangai. tu yang dia sedih sangat tu.. kotla..

Dis week lak, isham lak kena keja malam sebab opis dia lak nak wat audit 5s. masuk bulan baru pengasuh adam takmau mengasuh dia dah. ni suma neseri punya pasal. mula-mula kata bulan 12 dah bole masuk. skali mintak extend lagi sebulan sebab tempat baby dah penuh. aqu n isham ingat nak try la slow talk gan pengasuh adam nak mintak extend lagi sebulan tapi last day which is yesterday, pengasuh dia duk dalam bilik. anak-anak dia ja ada kat depan. aqu n isham sampai terlupa nak slow talk kat dia. dalam keta baru tingat. pastu beberapa detik tu, dapat mesej pengasuh dia tanya napa tak bawak barang-barang adam skali. sampai ja umah terus call beberapa orang betanyakan pengasuh. isham try gak call pengasuh dia, tapi anak dia plak kata dia tengah makan. takpa la, mungkin memang pengasuh dia memang takmo dah. call sana, call sini memang takdak pengasuh yang nak amek. and i was so down till i just cried n cant talk anymore. suma aqu suro isham yang tolong cakapkan. lagipon dia pandai control suara n pandai berdiplomasi. kalo aqu, konfem presint 14 banjir kilat. kang susah plak isok orang nak pi keja hehe. so, malam tadi memang nyut-nyut-nyut la kapla ni. dah tidokan adam, buatkan susu untuk yasmin, telan pcm trus tido.  dan Alhamdulillah, thanx to fiza, kami dah dapat pengasuh baru. nama dia kak izan. pagi tadi baru jumpa dia n antaq adam. hopefully everything will be alright Insya Allah.

**baru tadi dapat dari kak izan, adam dah minum susu dari botol sampai abis. Alhamdulillah! Syukur!! skang kena keep on pumpin' babeh!

29.11.10

unwell

sminggu dah aqu tak hapdet. bukan malas tapi sebok giler. ni suma gara-gara opis aqu nak kena odit. tapi yg aqu tak paham tu, taim tu la officer suma baru kelam-kabut nak tengok fail la, nak rombak fail la padahal odit lagi beberapa ari ja. sampai aqu kena bawak balik keja buat kat umah, tido pukui 3.30pg. start rabu lepas, aqu keja sampai malam. kames tu aqu kena bawak adam pi opis sebab dia nyusu. ari jumaat aqu tak keja malam sebab diarahkan datang keja ari sabtu n ahad. tapi jumaat malam tu adam dah start ada hingus n hidung tersumbat. dia menangis menjerit-jreit sebab takleh benafas. tak penah dia nanges skuat tu. ksian kat dia.

ari sabtu pagi tu lepas buat brekpes, mandikan budak-budak pegi opis lagi dengan adam skali. buat keja sampai pukui 4pm++. tapi tu pon 4-5 kali la jugak isham call tanya bila nak balik huhu. ari ahad lak sambung buat keja kat umah. dalam pukui 1230pm baru pi opis balik tapi sat ja sebab nak anta fail. pastu konon nak release tension kat jusco cheras slatan tapi rasa tak sedap badan. tekak rasa perit sangat. malam tadi pon adam meragam. so arini aqu on leave sb tak leh nak bangun. mata ni memang tak terbukak. sedaq-sedaq ja isham n yasmin dah besiap. tu la crita pagi tadi. okla nak masak daging masak kicap sat. kalo aqu rajin aqu apdet lg ya.

22.11.10

perawan selamanya...

hehe! tajuk takleh blah!

alkisahnya masa aqu baru naik keja aritu, aqu sembang-sembang la dengan akak cleaner seksyen aqu. nama dia yana dan berasal dari jakarta. dah kawen dengan orang sini dan ada anak sorang...

kak yana:  anak lelaki perempuan?

aqu: laki kak

kak yana: normal kah?

aqu: tak. operate la kak. baby tanak keluar =(  betambah buncit lagi la perut saya ni kak

kak yana:  anak yang pertama pon operate jugak ya?

aqu: yea kak

kak yana: tak apalah.. masih perawan. perawan selamanya!

aqu: yeke kak?? tapi kalo normal pon, makan jamu bole ok balik kan?

kak yana:  memang makan jamu bole ketat tapi udah tak sama


so kepada mereka yang operate tu janganla bersedih-sedihan kalo ditakdirkan czer.. ada hikmah sebalik kejadian.. yippie! kepada yang normal juga jangan la besedih jugak sebab aqu nak sangat cemana  rasa push baby, cemana rasa besalin smbil suami kat sebelah bagi dorongan n cemana rasanya keadaan orang sekeliling memberi kata-kata semangat untuk push n cemana rasa puas lepas tengok baby keluar...

21.11.10

adehla weh!

hari ni dah ada kat putrajaya dah. bertolak pukul 10.30 pagi tadi. sampai tol bangi pukul 3pm pastu terus pi pekena cendol pak li ngan makan mee kari n isham makan laksa.
 ni nak bagitau masa raya haji aritu kat kampung, henpon aqu ilang weh! bengang giler ah! abih segala kenangan dari sebelum kawen sampai branak 2. dah la tu present isham masa aqu beranak yasmin =( memang aqu tak halal la dunia akhirat. sepanjang aqu pakai henpon tak penah la ilang. sebab aqu tukar henpon pon kalo wosak ja.

::sebijik cam tepon aqu cuma kat bawah tu ada mulut sket::

pic googled
 
kalo elok lagi memang aqu pakai sampai lunyai la. selagi bole cakap n sms selagi tu la henpon tu setia dengan aqu. yang buat aqu lagi bertambah bengang tu henpon aqu tu kena curi dengan orang yang beraya kat umah mak mentua aqu. bukan nak menuduh tapi sebelum tepon tu ilang, kredit banyak lagi wo0.. ada laa dalam rm26 hengget (bagi korang sikit kut tapi bagi aqu banyak sebab bole betahan sampai sebulan tuu) pastu aqu assumed mungkin isham tersilap letak kat memana sebab dia yang the last person yang pegang tepon tu sebab aqu mintak tolong dia reply mesej bos aqu. dah puas cari satu umah, hantar mesej kat adik bradik lain k0t-kot la bebudak cam yasmin ataw sepupu dia tengah main-main pehtu termasuk dalam beg mak bapak dorang ke tapi tetap hampa sebab diorang cakap memang tader pon.
the next day tu cam baru teringat nak call Digi centre mintak block kan number aqu. dah blocked suma aqu tanya credit balance aqu tau tinggai brapa hengget??? RM 0.09 sen. 9 sen! 9 SEN weh!!!! memang konfem orang yang hambek tu syok giler bergayut-gayutan kannn??! ko tak geram kerrr???! memang bongokla orang yang hambek tuh! aaaarrrggghhhhh!!!!!! terkoban henponku di raya korban... chaitt!

16.11.10

hehe!

sorryla, bukan takmo hapdet tapi tiap kali nak hapdet singgah blog orang ni dulu, pehtu tengok crita orang kat blog ni plak pehtu trus out. abih terus niat di hati nak hapdet huhu..

okla, meh nak crita sket..

aritu bawak adam muqris pi check up 2 bulan. berat dah 6.4kg.. sikit lagi mau sampai garisan kuning iaitu obes. tapi nurse ada cakap tak perlu risau sebab fully breastfeeding huhu lega sket.. dah check suma bagai kena cucuk lak.. kali ni cucuk adam tak nanges pon fuh lega hehe...

3 hari pastu aqu start masuk keja balik =(  serius blurrrr giler aqu sampai nama officer pon bole tetukar haha!

tu jea kut nak apdet.
malam ni gerak balik johor. kali ni turn raya haji lak kat sana dan di kesempatan ini aqu ucapkan selamat hari raya haji!

12.11.10

di suatu malam yang hening, papa berjimba dengan kawan beliau, mama blog-walking bersama anak-branak...

Mama:  min nak tengok katun ke? nak tengok citer pe?

yasmin: eerrrr... nak tengok cinter (citer) ponpob (spongebob)

Mama:  ponpot? pompot tader la.. kiter tengok citer fukuchan k (kebetulan Fukuchan baru start)

yasmin: mama, cinter sepukuchan (sambil tunjuk tv)

Mama: fukuchan la

yasmin: sufuchan

Mama: bukan, fukuchan

yasmin: sepukuchan

Mama: -tepuk kapla-

11.11.10

SAYA YANG BOTAK (tapi dah ada rambut sket2 dah weehee!)






im back guys!!

woohoo!!!

lama giler tak hapdet. rinduuuuunyaaaaa!! ok sebab musabab aqu terpaksa menghentikan kejap kat dunia blog ni adalah kerana aqu tertinggal laptop!! duh! camno la leh tetinggal benda yang sangat penting ini??! haih! baru anak 2 dah terlupa itu ini...

arini aqu dah start keja. mak aqu tolong jaga adam untuk 2 ari ni. next week, the whole week aqu cuti jaga adam lak. then, minggu satu lagi ibu ani lak tolong jagakan. pastu masuk bulan disember baru bole antar pi neseri huhu.

kat opis lak, aqu still blurrrr lagi. cemana nak foward call la, pick up call la aiyo! nama pegawai2 kat cni pon aqu terlupa huahuahua! sedeyh!!

okla, nanti aqu free aqu updet lagi wokey

25.10.10

Not Available

sorry guys!
aqu skang ada problemo yang tak dapat nak dielakkan.
will be right back soon!

thanx for dropping by.. :)

13.10.10

kata perlu dikota, janji perlu ditepati

ok seperti yang dijanjikan, aqu dah uplod gambaq Adam Muqris. Sila menikmatinya sebelum beliau akan di 'skin-head'kan isok huhu!


::masa ni bru umo 2 hari. tengah tunggu nak discharge dari hosp::






::baru lpas mandi::
::pasni dah botak head dah::



::aktiviti sepanjang masa::
::...dan lagi..::

::... dan lagi::





p/s: arini Adam dah start pakai diapers saiz M huhu!

12.10.10

hangin aih!

sebab-musabab aqu berangin ja nih! hiissshhhhhh!!

1. aqu begitu semangat proton inspira waja lancer baru menonton 10m women diving kat new delhi tv dan yippie malaysia menang gold medal. tahniah diucapkan buat Pandelela Rinong Pamg
::Pandelela (kanan) dan Mun Yee::
-pic googled-

Baru la nak feeling-feeling nyanyi lagu Negaraku skali tak tunjuk pon prize giving. Aqu hangin hokay! Yang buat aqu lagi hangin tuh, arini men's diving dan Malaysia adalah satu-satunya negara asia yang masuk final. Negara lain adalah Australia, Canada dan England. Malaysia adalah ditangga keempat dan time tu tegedik-gedik tunjuk prize giving. haaarrrghhhh!!!

2. yang buat haqu hangin ni adalah komen anonymous kat blog kesayangan aqu, kak Di. Aqu rasa better hampa baca dulu. Dah baca dah? Hampa tak hangin ka dengan maknusia golongan sebegini?? hingat hang tu dah baik sangat kaa haaaa??!! Orang sakit sepatutnya didoakan semoga selamat semuanya bukan dengan hantar komen cenggini. dah la anonymous, sangat pengecut hokay! bak kata tubelawak pasal anonymous:
begitu juga dengan anonymous diluar sana.. mereka ada keberanian untuk memaki hamun dan mengutuk penulisan orang lain, tapi mereka 'takdak kote' untuk meletakkan nama atau email mereka.. kah kah kah..

ok, dah lega sikit dah hehe! pasni Dato' Nicol David dengan Ong Beng Hee akan beraksi lak. Gudluck!

9.10.10

susu ebm yang telah dicairkan tahan berapa lama eh?

aqu konfius la pasai thawing stok susu yang diperah atau bahasa omputehnya Express Breast Milk (EBM) dan aqu cari maklumat kat intenet tapi info-info tu suma buat aqu lagi konfius! nasib baik ada kengkawan hospital bersalin.com kat mukabuku yang sudi nolong aqu. terima kasih diucapkan. So, untuk mereka yang konfius gak cam aqu, ni ada info pasal cara menyimpan dan thawing EBM:


EBM yang diperah (fresh punya aka segar dari ladang) suhu bilik: tahan 4 jam

EBM yang disimpan dalam fridge (bhgn bwh aka bukan tmpat ais) [chilled] : tahan sehingga 4 hari

EBM yang disimpan dalam freezer (bhgn atas tmpat ais) [1 pintu]:2 minggu

EBM yang disimpan dalam freezer (bhgn atas tmpat ais) [2 pintu]: 3 bulan

EBM dari tempat freezer ke fridge: tahan dalam 24 jam

EBM yang dah cair dan dipanaskan: tahan 1 jam

untuk EBM yang dah dicairkan tu katalah ada 4oz dan nak pakai cuma 2oz, kita panaskan 2oz dulu. yang lagi 2oz tu simpan dulu kat fridge so takde la membazir, kan? tapi cuma bole pakai dalam masa 24 jam je sebab dah dicairkan.

~ok, saya faham sudaa~ (^_*)

semoga kali ni aqu dapat fully BF Adam Muqris Insya Allah.. Chaiy0k!
dan semoga kali ni halangan nak BF dapat ditangkis dengan jayanya Amin..
*puh kiri* *puh kanan*

6.10.10

hello semua! lama tak apdet crita hehe! meh sini kami nak stori mori kat hangpa suma

weekend aritu isham n yasmin balik menjenguk mama and adam muqris tersayang. pehtu ari sabtu petang tu kami pi la kat tesco BM yang baru dibukak pada 23 sept yang lepaih. oh tesco ni dekat ja dalam 5min naik keta sampai la. tujuan utama sebab nak cari manual breast pump.

eh? taim yasmin dulu rilek ja pakai tangan

memangla bole nak perah pakai tangan tapi lambat dan memakan masa. lagi pulak dulu bos rajin dok miting sana sini sinun so tarak hal la kan? taim yasmin dulu tak buat stok pon. kira memang segar dari ladang la sebab dulu neseri bawah opis ja. so anytime bole lari sat susukan yasmin. nak-nak plak yasmin dulu memang rijek puting tiruan. kali ni plak takleh la nak lari-lari dah. kalo lari mau bepeluh segala celah bedah baru sampai neseri. tapi bukan neseri yang berubah. opis mama dia yang kat tempat lain. dulu sebelah blok ja skang sebelah kompleks huhu.

sambung balik stori, kami pon pi la merayau kat area tesco tu cari breast pump tapi nan ado. ya, aqu masih berpantang lagi tapi idokle teman pi pakai kaen batik. pakai suar sudaa. masa masuk tesco tu ja bukak stokin hehe. memandangkan barang yang nak beli nan hado, kami pon pi futkot tesco sebab isham n yasmin tak makan tengahari lagi. isham oder nasik goreng pataya kedekutt. awat kedekut? sebab sikit nak mampuih. kira buat isi celah gigi ja la. nak-nak plak depa makan kongsi dua branak. aqu? telan ayaq milo ja.

dah selesai makan kami pon balik la. oleh kerana nasik goreng pataya tadi hanya dibuat untuk diisi celah gigi, mak telah membelikan mereka nasik ayam. baru ja nak makan yasmin kata nak berak. tapi bila pi toilet tak berak-berak pon. ada la dalam 2 kali cenggitu. pehtu dalam 15min lepas tu, yasmin muntah-muntah. aqu dengan isham dah cuak dah. dah lama yasmin tak muntah-muntah cemtu. rasanya last dia muntah masa dia demam tahun lalu.  masa tidoq pon yasmin muntah lagi so isham pi la bawak dia klinik. kena lak charge RM50 hengget! ubat dia cuma ubat tahan muntah, demam n angin. orang klinik tu kata double charge sebab tengah malam. kira awai pagi la sebab isham kuaq  dalam pkui 1-2 pagi. gila punya dok buat duit. cemana la kalo orang susah pi berubat kat depa?

ari ahad lak kalo tak isham n yasmin dah balik tapi keadaan yasmin yang dok lemah lagi kena tunda la balik hari isnin. hari ahad tu alhamdulillah yasmin tak muntah dah cuma tak lalu nak makan. kami pon umpan dia makan moi (bubur) ayam mcD baru la dia nak makan tu pon tak abeh. pehtu petang tu sambung cari breast pump tapi ni pon dekat depan rumah ja. aqu rembat breast pump yang ni

::pic googled. thx to yantieazan::

hari isnin depa anak branak pon balik. pehtu dalam 3jam kendian dapat mesej isham bagitau yang yasmin muntah 2 kali dalam bas. aqu dah tak senang duduk dah. runsing betui. malam tu pulak isham lak yang muntah 2 kali. pagi isok tu isham pi klinik n doc bagitau yang dia kena food poisoning. sah! nasik pataya kedekut punya la ni sebab pas makan tu yasmin yang kena dulu. cemana ni tesco baru bukak 2 minggu dah kotoq? nak kena report ni. besa tu! dah la kedekut kotoq plak tu. haria sat gi baru tau!

~tarik napas.... hembossss~

ok arini bawak adam muqris pi check up sebulan. berat sudah 5.1kg. bravo. aritu misi datang melawat umah hari yang ke-9 baru 4.1kg.. misi cakap "besaqnya.. minum susu apa ni?" susu cap gantung", aqu jawab. pehtu adam kena cucuk huhu! cian dia!

30.9.10

apa lagi crita yang aqu nak crita, kan?

misti la cerita pasai adam muqris lagi huhu..

skang nih, siang dia tido, mengeliat, kentut, susu, berak, susu, tido,susu, kencin, susu, tido. susu menten every 2jam. kenkadang sejam stgah. malam plak, tido, susu, berak, kentut, susu, merengek, susu, merengek, susu, merengek, susu. dekat nak pagi baru dia tido. malam tadi paling best, dari 23:31 sampai la 04:51 baru dia tido hokkay! mata aqu ni memang rabak la. dah la aqu bukan jenis tido petang. sib baik malam tadi dalam pkui 9pm++ aqu dah tido. pagi tadi lak pkui 8 bru bangun. pastu pagi tadi aqu bagi mandi adam sebab mak dah lambat nak pegi keja..

skang ni banyak pulak kes baby tercekik susu kan?
pastu malam tadi dapat info pasal seorang bini ni tengah marah-marahkan laki dia. pastu sambil dok marah-marah tu dia susukan anak dia. skali anak dia meninggal. pegi hospital, doc check, and tanya la kat pasangan laki bini ni ada masalah rumah tangga ke? rupanya memang bermasalah la. nak2 plak tengah marah-marah laki dia. doc check rupanya susu tu jadi racun... tak tau la betul ke tak tapi yang aqu tau masa marah amatlah tak digalakkan nyusu baby sebab baby akan jadi seorang yang pemarah bila besar nanti...

sigh... cam nak cuti sebulan menjaga anak la.. tapi kenapa tanpa gaji. at least buat la separuh gaji. dah la maternity leave 2 bulan jea. sebab aqu nak cuti adalah kerana neseri start amek baby umur 3 bln. tu pon belum pasti adam bole masuk ke tak. haduih!

27.9.10

pelik gak


pelik gak aqu sebab masa mengandung adam
paling banyak berjalan dari komplek c ke b masa balik keja tiap hari
paling kurang makan fast food
tapi poly (air ktuban banyak), baby besar sedangkan 
mula-mula check perut doc kata thickened abdominal wall ja
sampai kena buat MGTT
sebab doc takut ada diabetes
baju kurung pon bole pakai takat 3 bulan ja sebab masuk 4 bulan memang tak celuih sangat-sangat dah
nak dibandingkan dengan mengandung yasmin dulu
paling banyak pulun fast food sebab nanti masa pantang takleh makan dah
paling kurang berjalan sebab masa tu masih satu opis dengan isham
baju kurung bole dok pakai lagi masa nak masuk 7 bulan


p/s: ni gara-gara soklan pakngah kat mukabuku tadi,
"apa yang isham bagi farehah makan masa mengandung dulu? Rekod keluarga kita cucu2 tok mat tak pernah lebih 3 kg masa lahir."
~huhu~

26.9.10

pitcha











ni la Adam Muqris. Gambar tak banyak lagi la. nenanti aqu uplod lagi k..











19.9.10

kronologi melahirkan Adam Muqris

1 sept - arini due date. datang opis cam biasa buat kerja opis. appoinment klinik 11am. masa pi klinik untuk check up, contraction ada la sket. bagitau kat nurse pagi tadi n sebelum masuk bilik ada rasa contraction. so nurse mintak buat timing contraction. masa wat timing tu 2:10. diorang mintak pi hospital sebab contraction kuat.  pi hospital, wat CTG, timing contraction, jalan lak dah bukak 1 cm. so, kena admit kat wad sebab aqu ada 1 prev scar. kalo tak confirm kena balik dulu huhu! admit wad dlm pukul 3.40pm.

2 sept - jalan still 1cm. contraction on off plak. bincang dengan doctor nak bagi peluang untuk normal dulu.

3 sept - start 1st induce (IOL). contraction pon makin cantek.

4 sept - contraction kejap cantek kejap bole rilek-rilek gitew. jalan dh 2cm.aktiviti seluk-menyeluk adalah aktiviti tetap setiap 4 jam. hazab okeh. ada satu tahap tu aqu cam dah give up n nak operate trus tapi miracle can happen kn? so, masih bersabar...

5 sept - 2nd IOL. buat CTG cam tak lawa graph dia. petang tu doc robek-robek kasi bukak 3cm, pecahkan ketuban n masuk ubat berak. yang tak syok tu, jalan 3cm tapi bukaan serviks still 1 cm n tight. selesai suma dah kena pi labour room. sepanjang otw pi labour room tu air turun tak hengat punya. masuk labour room dalam pukui 6.05pm. dalam pukui 8pm, last IOL tapi masuk drip. contraction jangan crita la. menyengat-nyengat wo0... dah la air ktuban dok turun lagi sampai 2kali tuka kain cadar. memang banjir la atas katil tu. dah contraction ditambah lak dengan sejuk aircond-plus-air ktuban memang sejuk tegedik-gedik aqu.doc bagi masa kat aqu kot2 la last IOL tu bole bukak lagi jalan tapi apakan daya, setelah 6jam dalam labour room jalan still 3cm so final option, c-sect! haih~ tapi kali ni takla rasa keciwa sesangat mungkin sebab dah mentally prepared sesiap kut..

6 sept - masuk OT pkui 0007am. sebaik sahaja doc kata "ok? ready ar" trus perut aqu dibelah dengan laser. semerbak bau kulit aqu tebakar huhu. ngeri okeh. kali ni operate dorang tutup terus. takdenye ko leh intai-intai perut kena belah kat lampu. so agak boring gakla nak tunggu baby keluar. nak tido takleh tido so mengelamun la apa yang patut. tepat 0022am, buat pertama kali dengar suara Adam Muqris. Alhamdulillah.. pastu aqu dengar dorang gunting tali pusat, trus bawak pegi bilik sebelah. dalam 5minit cenggitu, ada sorang laki masuk bilik operate. sambil lalu dia kata "3.7" pastu doc yang keliling aqu cakap"3.7? patutla tanak keluar". dalam 10-15min cemtu datang la nurse sambil dukung Adam cakap "nak tengok baby? nah" sekali dia tunjuk muka Adam sebijik macam yasmin dulu cuma kali ni extra besar n dah tekebil-kebil tengok aqu. besar anak mata itam dia. pastu dia tunjuk jantina lak memang confirmed Adam Muqris. memang lega sesangat lepas menatap wajah Adam Muqris. pastu aqu rasa uri dikeluarkan. tapi bila dorang tengah jait perut aqu rasa ngilu-ngilu. aqu lak makin rasa sejuk. ayo0 ubat bius dah nak abes ka? masa dorang tak abes lagi aqu dah mula start shivering. cam nak bagitau ja kat dorang ubat bius dah abeh tapi camna nak bagitau? "doc, saya rasa ubat bius dah abeh la" takkan nak bagitau cemtu kot? nebes aqu jap. dalam nak bagitau ke tak at last abes gak dorang proses aqu. syukur sumanya selamat...

12.9.10

salaam

hai kawan-kawan!
ada sihat ka?
darah tinggi kencin manis ada ok ka?
aqu cenggini la.. mode berpantang gitew kan so diet aqu hanya yang sihat-sihat aja...

Tanggal 6 September 2010, jam 0022am, aqu telah selamat melahirkan seorang hamba allah yang dinamakan sebagai Adam Muqris melalui perut yang terbelah huhu!

nanti aqu hapdet lagi ok. sekarang nak mamam ikan haruan yummey!

30.8.10

bila nak keluar ni sayang?

arini kalo ikut ticker, aqu adalah cukup 40minggu.
aqu sangat-sangat tak sabar nak peluk baby, nak cium baby, nak bf baby, nak usha baby...

ish...  rindu giler saat-saat itu..

alhamdulillah 2 tahun 8 bulan yang lalu aqu dah buat perkara di atas.
semoga kali ini diberi kesempatan sekali lagi untuk aqu berbuat demikian insya allah...
kawan-kawan n silent readers sekalian, doakan aqu semoga dipermudahkan segala urusan yea..
terima kasih atas doa anda.. hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya..

p/s: terima kasih jugak kat mereka-mereka yang tak putus-putus bertanya dah selamat ke belum.. insya allah dah bersalin nanti aqu khabarkan pada dunia ok! ;)

jom la kita layan sket gambaq yasmin masa baru lahir. fresh from the oven gitu kann... (gambaq kecik sebab pakai henpon jea)

::rindunya bau dia... skang dah masam huhu~!::

::alolo!::

25.8.10

ada lagi ni

salam semua!
ya, aqu masih menjalankan rutin harian aqu macam hari-hari yang biasa sebab baby masih lagi bersenang-lenang dalam perut.. cuma start wiken lepas ni rasa nak wushu kat dapur.. tapi menu campak-campak aje la hehe! start ari sabtu aritu menu: sambal telur puyuh n kobis goreng. dessert lak sagu gula melaka (eh, dessert isham yang buat hehe). ari ahad lak, menu: gulai udang (kalo org cni panggil kari udang) ngan telur dadar jea.. ari isnin lak, tiba-tiba tringin nak makan nasik tomato ayam masak merah arham kat param p15. tapi agak mengecewakan sebab kuah ayam masak merah n masak hitam abih.. adeh! kempunan aqu! so, aqu amek nasi tomato n ayam goreng rempah. pastu baru tingat aritu penah beli lauk ayam masak hitam. kuah dia ada belen lagi dalam peti ais, pe lagi aqu gumbira balik hehe! menu smalam lak, lauk sardin n kobis masak lemak.. arini memandangkan ari gaji so ingat nak beli la brg dapur so, otomatiknya bukak posa kat luar la jawapannya huhu! so, isok ingat nak buat nasik daging la yummey~! owh, orang utara ja ada nasik daging ni hehe! meh usha sket gambaq dia


::ni la nasik daging itew::


::ni plak nama dia air asam::


nasi daging ni makan skali dengan sup daging. setengah orang makan skali dengan jelata n papadom. tapi kalo aqu cukup ja dengan nasik, air asam n sup daging. mabeles ai tell yu! nak resepi? cekidaut blog ni. gambaq pon aqu cilok kat dia gak hehe! nak buat ni kacang ja hehe! cuba try test tengok noo!

24.8.10

Sebab dia adalah seorang MUSLIM

untuk renungan kita bersama.

thx to kakput for the email n oso to the tuan rumah


























nak kongsi? amek la.. dialu-alukan! ;)