19.12.11

Anak-anakku sayang... Kalaulah mama boleh pilih

Anakku…
Apabila mama boleh memilih
“Apakah mama berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu?”,
Maka mama akan memilih mengandungmu..
Kerana dalam mengandungkan mu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah,
Sembilan bulan nak…
Engkau hidup di perut,
Engkau ikut kemana-mana mama pun pergi,
Engkau ikut merasakan ketika jantung mama berdetak kerana kebahagiaan,
Engkau menendang rahim mama ketika engkau merasa tidak selesa,
kerana kecewa dan berurai air mata. 

Anakku…
Bila mama boleh memilih
”untuk mama berjuang melahirkanmu”,
Maka mama memilih berjuang melahirkanmu..
Kerana menunggu dari jam ke jam,
minit ke minit kelahiranmu,
Adalah seperti menunggu memasuki salah satu pintu syurga,
Kerana kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan keluar ke dunia sangat mama rasakan,
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua,
Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit,
Yang tak pernah dapat mama ceritakan kepada sesiapa pun,
Dan ketika engkau hadir,
tangismu memecah dunia.
Saat itulah…
saat paling membahagiakan
Segala sakit & derita hilang melihat dirimu yang merah,
Mendengarkan ayahmu mengumandangkan azan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan junjungan kita Rasulullah di telinga kecilmu.

Anakku…
Apabila mama boleh memilih
“apakah mama tidur lena, atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu?”,
Maka mama memilih menyusuimu,
Kerana dengan menyusuimu
mama telah membekalkan hidupmu dengan titisan-titisan dan tegukan-tegukan yang sangat berharga,
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu di dada mama
dalam pelukan mama,
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak dapat rasakan.

Anakku…
Bila mama boleh memilih
“duduk menonton tv atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle”
Maka mama memilih bermain puzzle denganmu.

Tetapi anakku…
Hidup memang pilihan…
Jika dengan pilihan mama,
engkau merasa sepi dan merana,
Maka maafkanlah nak…
Maafkan mama…
Maafkan mama…
Percayalah nak,
mama sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita,
Agar tidak ada satu keping pun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah nak…
Sepi dan ranamu adalah sebahagian duka mama
Percayalah nak…
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa mama…

No comments:

Post a Comment

habag mai sat

Powered By Blogger