8.12.09

weekend

cuti sabtu ahad yg sepatutnya dinikmati bersama keluarga terchenta telah diisi dengan bengkel tatacara perolehan kat melaka. kenapa plak seorang PA kena p bengkel tersebut??
ini adalah kerana tugas hakiki aqu telah bertukar dari seorang yang setia dan berusaha kepada seorang pembantu tadbir kewangan. ya peeteekew ya kawan2.. tp aqu masih dibayar sebagai seorang PA. ok, abaikan bab tu.

So, ari jumaat kmi btolak dari putrajaya ke mlaka dari pkui 3pm. sepatutnya sampai mlaka dlm pkui 5++. tp driver bus yg eksen itu telah bawak kami ronda2 sekitar bandar mlaka itu kerana beliau tatau jalan. tu la pepatah melayu dh kata, malu bertanya sesat jalan. check in hotel dlm pkui 6 ptg dan bilik aqu di tingkat 20. view yang cantek. bole tgok menara taming sari, eye on melesia n sea view. not bad la kn.. mlm ni ada taklimat dan bengkel terus  start mlm tu smpi pkui 11++. abeh je klas trus naik bilik utk solat isyak n besiap sedia utk naik flight ke copenhagen.

keesokan paginya, pas sarapan klas pon start cam besa. abih klas trus g lunch. hotel ni menghidangkan makanan yg bole2 je la lauk dia. kalo kat melaka nih, utk hotel murah tp rasa berbaloi aqu rekemen hotel seri melesia yang kat ayer keroh tuh. makanan dia banyak, pastu dessert dia lak ada banyak kueh nyonya. baru la mashuk gitew kan. yela, baru la rasa bebetui dok kat melaka haa... cuma seri melesia kena naik tangga tp ok wut leh eksesais huhu.. untuk aktiviti petang lak, mostly diorg g bandar hilir g soping manakala aqu n roomate telah melakukan aktiviti merendamkan diri kat swiming pool.. walopon kolam kat ctu 8 kaki dlm (dlm giler tuh) pakaian t-shirt dibolehkn. tp aqu masih berbikini tp kat dlm la.. kat luar pakai shirt la ehehe. bru je nk menunjukkan skil kebolehan berenang aqu ini, tiba2 angin sepoi2 xreti bahasa telah melanda! tegedik2 tegedik2 kami menggigil ketaq2. sejuk giler! pastu panas balik. pastu berangin balik.. aqu rasa cam awan n matahari tgh gadoh kot. ala cm crita dongeng kanak2 tuh, perlawanan awan n matahari.. awan eksen dengan matahari konon dia yang power.. nk crita lg maleh la, kalo hangpa tau baguih la. kalo tatau p la tanya sesapa.. tak pon tanya kak yong. utk mereka yg lahir zaman 80-an tau la kot sapa kak yong tu ha..

malam tu lak, ada penyampaian sijil oleh pengarah bhgn so dlm pkui 9 dh abih. yg lain skali lg smbung soping. aqu maleh la nk soping2 nie. nak2 kat mlaka. aqu rasa apa mlaka ada sama ja dgn kl. sb aqu penah beli blacan kat kedai bwh umh aqu, blacan tu made in mlaka.. aktiviti mlm tu aqu kuar jap g kedai serbaneka betui2 kat dpn hotel. kali ni aqu rasa angin menang sb kuat giler angin masa tuh. dh beli brg (aqu xbeli pon, ikut ja) naik hotel balik, tgok cerekarama pehtu tgok nemo.. smbil tgok nemo aqu msg2 hubby. smbil msg2 tu aqu telah berenang2 skali dengan bapak nemo utk cari nemo...

hari ahad pagi, klas ada satu lg n dh lunch n packing barang, trus check out dlm pkui 1.30pm..  smpi opis tepat2 jam 4pm. my lil' yasmin apo lagi tak berenggang dgn aqu smpi tgok upin&ipin pon dia tetido smbil menggentel tlinga mama dia yang chomey ini...

No comments:

Post a Comment

habag mai sat

Powered By Blogger