2.2.10

Al-Fatihah buat tokwan


Al-Fatihah buat tokwan yang telah mengadap Illahi pada 23 Januari 2010.....

Maafkan farehah sebab tak sempat nak potong rambut tokwan
Maafkan farehah sebab tak sempat nak potong kuku tokwan
Maafkan farehah sebab jarang balik jumpa tokwan
Maafkan farehah kalau farehah ada terkasar bahasa
Maafkan farehah sebab jarang telefon tokwan

tak sangka tahun lepas adalah tahun terakhir kita sambut raya sama-sama
yang pasti
farehah takkan lupakan tokwan buat selamanya
farehah takkan lupakan tokwan masa kali terakhir farehah tengok tokwan
farehah takkan lupakan tokwan masa kali terakhir farehah cium dahi sejuk tokwan
sempat farehah bisik kat tokwan "farehah sayang tokwan"
ketenangan jelas nampak kat muka tokwan
farehah sempat temankan tokwan sampai ke liang lahad
farehah lega sebab dapat tengok tokwan buat kali terakhir
terngiang-ngiang lagi suara tokwan masa farehah nak balik lepas melawat tokwan kat hospital
dan itulah kali terakhir farehah sembang dengan tokwan
2 minggu sebelum tokwan hembuskan nafas terakhir
semoga tokwan ditempatkan di kalangan orang yang soleh
amin...

Al-Fatihah buat tokwan
21.11.1921-23.01.2010










3 comments:

  1. alfatihah dan takziah. huwaaa tak pasal2 aku pon sedih teringat tokwan jugak. kena balik kg jugak nih..

    ReplyDelete
  2. thx kak mona n kak jue. p la jumpa selagi terdaya... ni pon dok sedey lg :( cam tak caya ja tokwan dah tadak..

    ReplyDelete

habag mai sat