8.2.10

...nostalgia

sorry sebab dah lama tak update crita.
bukan tamau update, tapi hati ni masih sedih dengan pemergian tokwan.
bila tengok gambar tokwan misti rasa pilu.
kenkadang tuh, sebelum tido nangis jap sebab rindu kat tokwan.

teringat masa dulu dok umah tokwan kat Batu Uban
tokwan akan solat isyak sebelum tido.
masa tu aqu dah tarik slimut, sambil nak tido tengok tokwan solat rasa syahdu ja time tu...

tiap-tiap pagi, sbelum bapak pi keja, bapak hantar aqu dulu dok umah tokwan
masa tu mana ada neseri lagi kan. kat umah Batu Uban tu la ros, aqu dengan iwan dibesarkan. bila tengahari skit, misti nak pi umah makcik Bedah sebab dia ada jual aiskrim yang dalam plastik panjang tu. ada perisa asamko (asam boi), grape, milo, oren n sirap. tu je kut. tak ingat dah. my favourite: grape n asamko. asamko tu bonus sebab ada asam sebijik. pehtu isap sampai ais tu jadi putih, kunyah ais slow-slow. baru lambat skit nak abeh..

kenkadang bila petang, kami bejalan sampai ujung kampung, tembus ke highway yang skang ni kalo tak silap dh jadi highway nak ke bayan baru (rasanya la kot). lintas jalan tu ada pantai nelayan. kami mandi puas2 kat situ. yang besh tu kami mandi dengan salad yang terapung skali kat situ hehe. tatau apa motif salad tu dok trapung kat situ. penah skali aqu mandi kat situ hari-hari sampai demam panas.

dulu ingat tak ada iklan nescafe yang kat kawasan ketapi yang ada pakcik gate dengan kakak yang cantik minum nescafe? kalo tak silap taun 1990-an. aqu ingat sangat sebab muka pakcik gate ketapi tu sebijik cam tokwan hehe. siap tanya kat tokwan "tokwan belakon dalam iklan ni ka?"

pehtu peti ais tokwan best sebab kat tempat freezer dia leh wat ais kacang. dia punya ais 5inci tebal wo. tak payah nak pakai mesin ais tu. korek ais tu satu kole pehtu siram sirap yang maktok memang dah standby dalam peti. masyuuuukkk je.. peti ais tu dok ada lagi kat kg. melayu. kalo tak silap brand singer kut. mmg tahan lama peti ais tu. ais dia pon menten lg cuma dah kurang sket. majuk kot sebab tadak sapa dah dok korek ais.

tu la sikit sbnyak memori masa kecik dulu. nanti kalo ada aqu story lagi k

1 comment:

  1. betoi...esbok brand singer mmg tahan lama. kat rumah aku pon ada esbok singer, rasanya umor esbok tu kurang 10 thn je dari umor aku skg.

    hahahaahaha teringat eskrim asamko. lg satu yg best, eskrim krim kacang ijau..

    ReplyDelete

habag mai sat