11.3.10

entri khas buat iwan

Mohd Idzuan Hazree bin Mohd Husni.
Dia adik aqu yang paling rapat sekali.
Teman main sama-sama dulu.
Teman gelak.
Teman gaduh pon ya gak.

Selasa petang baru dapat tau yang dia kena posting kat Sabah. Jauh tuh. Selama ni aqu ja yang paling jauh dari famili.  Tapi sekarang, dia plak yang amek takhta ku itu.  sebenarnya, tak sangka dapat sabah. dok ingat dapat putrajaya. takpa la, janji dalam mesia gak.  Semalam, dia transit kat umah aqu sebab flight dia arini. sempat aqu masak nasik tomato, ayam masak merah n jelata timun untuk dia malam tadi.  2 kali tambah wo. Suka aqu. isham pon 2nd round gak hehe!  tengahari tadi baru lepas antar iwan. dapat tau flight dia pukul 1720. lama tu nak tunggu sebab time tu baru 12pm++.

aqu memang rapat dengan iwan. kalo ari sabtu tak sekolah, tinggal kami 2 bradik ja sebab kakak aqu sekolah asrama kat kulim, mak dengan bapak keja. kami masa tu dok kat Blok 2-4-4, Persiaran Mayang Pasir 5, Bayan Baru, Pulau Pinang. tapi kalo ikut bebetui orang kat sana panggil Bukit Gedong sebab antara Bayan Baru dengan Bayan Lepas ada bukit kecik kat area kilang B Braun. tu la bukit gedong. So, ari sabtu pepagi mak tinggal duit sarapan untuk kami sebab mak keja setengah ari. Lepas mandi, siap kami bejalan pi market (pasar). menu utama: roti canai banjir (aqu punya kuah campur, iwan kuah parpu (dal) sebab dia tak makan pedas) dengan teh ais. makan kat situ tak bungkus. syok wo pepagi yang sejuk minum teh ais sejuk. teh ais tu ada gula tak larut. bole gigit la gula tu n manis dia takla teruk sangat. just nice gitu..

pehtu, kenkadang boring, kami keluar umah jalan kaki pegi sunshine square. nak kata jauh tu bole tahan la jauh gak. sebelum kluar, aqu angkat ganggang tepon sebab kalo mak atau bapak call msti la engaged kan, so depa misti ingat kami kat umah kan? hehe! tu suma idea aqu huhu~! kalo tak pi sunshine, kami pi jenjalan tengok umah orang. boleh gitu?? bayangkan pukul 11 keluar, dalam pukui 2 petang baru balik umah. tapi kecik2 mana la ingat panas terik suma tu. tu yang kulit kami cam tinted sket hehe.

penah jugak, mak hantar kami pegi kelas lukisan, memula tu minat gak nak join kelas tu tapi lelama bosan sebab cikgu yang mengajar tu lebihkan budak cina and cakap english. bila cakap melayu pon aqu tak paham gak. last-last, kami tuang kelas hehe.  kami pegi kat flat-flat lain yang dekat dengan kawasan rumah. at the same time masa tu tengah ada hot "sinaran pasport kegemilangan". kami tengok kat umah orang thru tingkap. kami tengok diam-diam sebab tamau tuan umah tau yang kami curi-curi tengok kat umah dia. tapi leh kantoi lak bila ada peserta tu buat lawak sampai kami gelak kuat-kuat. sambil dok gelak-gelak, tuan rumah tu bole toleh ke blakang tengok kami. apalg, lintang-pukang kami lari takut kena hambat hahaha!

ada skali tu, kat blok 4, ada satu umah ni pasang doorbell. aqu tekan doorbell pastu lari sembunyi. dengar tuan umah tu bukak pintu. bila dia tutup balik, turn iwan lak wat cmtu ahahahaha! banyak kali gak la huhu! pehtu dalam sebulan dua cmtu, nak kaco balik orang tu tapi dia dah matikan doorbell tu hehe! nakal gak aqu dulu yea haha!

banyak la kenangan masa kami kecik dulu... skang, iwan dah 24tahun. dah ada band sendiri iaitu "Abandoned Angels". rajin gak buat gig dulu. tapi tak famous kat mainstream sebab diorang ni group underground.

dia kat tengah tu


masa gig kat ipoh

apa pon, he's still my best buddy!





No comments:

Post a Comment

habag mai sat

Powered By Blogger