25.10.10

Not Available

sorry guys!
aqu skang ada problemo yang tak dapat nak dielakkan.
will be right back soon!

thanx for dropping by.. :)

13.10.10

kata perlu dikota, janji perlu ditepati

ok seperti yang dijanjikan, aqu dah uplod gambaq Adam Muqris. Sila menikmatinya sebelum beliau akan di 'skin-head'kan isok huhu!


::masa ni bru umo 2 hari. tengah tunggu nak discharge dari hosp::






::baru lpas mandi::
::pasni dah botak head dah::



::aktiviti sepanjang masa::
::...dan lagi..::

::... dan lagi::





p/s: arini Adam dah start pakai diapers saiz M huhu!

12.10.10

hangin aih!

sebab-musabab aqu berangin ja nih! hiissshhhhhh!!

1. aqu begitu semangat proton inspira waja lancer baru menonton 10m women diving kat new delhi tv dan yippie malaysia menang gold medal. tahniah diucapkan buat Pandelela Rinong Pamg
::Pandelela (kanan) dan Mun Yee::
-pic googled-

Baru la nak feeling-feeling nyanyi lagu Negaraku skali tak tunjuk pon prize giving. Aqu hangin hokay! Yang buat aqu lagi hangin tuh, arini men's diving dan Malaysia adalah satu-satunya negara asia yang masuk final. Negara lain adalah Australia, Canada dan England. Malaysia adalah ditangga keempat dan time tu tegedik-gedik tunjuk prize giving. haaarrrghhhh!!!

2. yang buat haqu hangin ni adalah komen anonymous kat blog kesayangan aqu, kak Di. Aqu rasa better hampa baca dulu. Dah baca dah? Hampa tak hangin ka dengan maknusia golongan sebegini?? hingat hang tu dah baik sangat kaa haaaa??!! Orang sakit sepatutnya didoakan semoga selamat semuanya bukan dengan hantar komen cenggini. dah la anonymous, sangat pengecut hokay! bak kata tubelawak pasal anonymous:
begitu juga dengan anonymous diluar sana.. mereka ada keberanian untuk memaki hamun dan mengutuk penulisan orang lain, tapi mereka 'takdak kote' untuk meletakkan nama atau email mereka.. kah kah kah..

ok, dah lega sikit dah hehe! pasni Dato' Nicol David dengan Ong Beng Hee akan beraksi lak. Gudluck!

9.10.10

susu ebm yang telah dicairkan tahan berapa lama eh?

aqu konfius la pasai thawing stok susu yang diperah atau bahasa omputehnya Express Breast Milk (EBM) dan aqu cari maklumat kat intenet tapi info-info tu suma buat aqu lagi konfius! nasib baik ada kengkawan hospital bersalin.com kat mukabuku yang sudi nolong aqu. terima kasih diucapkan. So, untuk mereka yang konfius gak cam aqu, ni ada info pasal cara menyimpan dan thawing EBM:


EBM yang diperah (fresh punya aka segar dari ladang) suhu bilik: tahan 4 jam

EBM yang disimpan dalam fridge (bhgn bwh aka bukan tmpat ais) [chilled] : tahan sehingga 4 hari

EBM yang disimpan dalam freezer (bhgn atas tmpat ais) [1 pintu]:2 minggu

EBM yang disimpan dalam freezer (bhgn atas tmpat ais) [2 pintu]: 3 bulan

EBM dari tempat freezer ke fridge: tahan dalam 24 jam

EBM yang dah cair dan dipanaskan: tahan 1 jam

untuk EBM yang dah dicairkan tu katalah ada 4oz dan nak pakai cuma 2oz, kita panaskan 2oz dulu. yang lagi 2oz tu simpan dulu kat fridge so takde la membazir, kan? tapi cuma bole pakai dalam masa 24 jam je sebab dah dicairkan.

~ok, saya faham sudaa~ (^_*)

semoga kali ni aqu dapat fully BF Adam Muqris Insya Allah.. Chaiy0k!
dan semoga kali ni halangan nak BF dapat ditangkis dengan jayanya Amin..
*puh kiri* *puh kanan*

6.10.10

hello semua! lama tak apdet crita hehe! meh sini kami nak stori mori kat hangpa suma

weekend aritu isham n yasmin balik menjenguk mama and adam muqris tersayang. pehtu ari sabtu petang tu kami pi la kat tesco BM yang baru dibukak pada 23 sept yang lepaih. oh tesco ni dekat ja dalam 5min naik keta sampai la. tujuan utama sebab nak cari manual breast pump.

eh? taim yasmin dulu rilek ja pakai tangan

memangla bole nak perah pakai tangan tapi lambat dan memakan masa. lagi pulak dulu bos rajin dok miting sana sini sinun so tarak hal la kan? taim yasmin dulu tak buat stok pon. kira memang segar dari ladang la sebab dulu neseri bawah opis ja. so anytime bole lari sat susukan yasmin. nak-nak plak yasmin dulu memang rijek puting tiruan. kali ni plak takleh la nak lari-lari dah. kalo lari mau bepeluh segala celah bedah baru sampai neseri. tapi bukan neseri yang berubah. opis mama dia yang kat tempat lain. dulu sebelah blok ja skang sebelah kompleks huhu.

sambung balik stori, kami pon pi la merayau kat area tesco tu cari breast pump tapi nan ado. ya, aqu masih berpantang lagi tapi idokle teman pi pakai kaen batik. pakai suar sudaa. masa masuk tesco tu ja bukak stokin hehe. memandangkan barang yang nak beli nan hado, kami pon pi futkot tesco sebab isham n yasmin tak makan tengahari lagi. isham oder nasik goreng pataya kedekutt. awat kedekut? sebab sikit nak mampuih. kira buat isi celah gigi ja la. nak-nak plak depa makan kongsi dua branak. aqu? telan ayaq milo ja.

dah selesai makan kami pon balik la. oleh kerana nasik goreng pataya tadi hanya dibuat untuk diisi celah gigi, mak telah membelikan mereka nasik ayam. baru ja nak makan yasmin kata nak berak. tapi bila pi toilet tak berak-berak pon. ada la dalam 2 kali cenggitu. pehtu dalam 15min lepas tu, yasmin muntah-muntah. aqu dengan isham dah cuak dah. dah lama yasmin tak muntah-muntah cemtu. rasanya last dia muntah masa dia demam tahun lalu.  masa tidoq pon yasmin muntah lagi so isham pi la bawak dia klinik. kena lak charge RM50 hengget! ubat dia cuma ubat tahan muntah, demam n angin. orang klinik tu kata double charge sebab tengah malam. kira awai pagi la sebab isham kuaq  dalam pkui 1-2 pagi. gila punya dok buat duit. cemana la kalo orang susah pi berubat kat depa?

ari ahad lak kalo tak isham n yasmin dah balik tapi keadaan yasmin yang dok lemah lagi kena tunda la balik hari isnin. hari ahad tu alhamdulillah yasmin tak muntah dah cuma tak lalu nak makan. kami pon umpan dia makan moi (bubur) ayam mcD baru la dia nak makan tu pon tak abeh. pehtu petang tu sambung cari breast pump tapi ni pon dekat depan rumah ja. aqu rembat breast pump yang ni

::pic googled. thx to yantieazan::

hari isnin depa anak branak pon balik. pehtu dalam 3jam kendian dapat mesej isham bagitau yang yasmin muntah 2 kali dalam bas. aqu dah tak senang duduk dah. runsing betui. malam tu pulak isham lak yang muntah 2 kali. pagi isok tu isham pi klinik n doc bagitau yang dia kena food poisoning. sah! nasik pataya kedekut punya la ni sebab pas makan tu yasmin yang kena dulu. cemana ni tesco baru bukak 2 minggu dah kotoq? nak kena report ni. besa tu! dah la kedekut kotoq plak tu. haria sat gi baru tau!

~tarik napas.... hembossss~

ok arini bawak adam muqris pi check up sebulan. berat sudah 5.1kg. bravo. aritu misi datang melawat umah hari yang ke-9 baru 4.1kg.. misi cakap "besaqnya.. minum susu apa ni?" susu cap gantung", aqu jawab. pehtu adam kena cucuk huhu! cian dia!
Powered By Blogger