6.6.11

Peringatan buat para isteri

 
 
Copy paste dari group Kump. Ibu-ibu Menyusukan
 
Salam.. cume nak kongsi dgn ibu2 di sini selepas melihat episod Imam Muda minggu lepas.. kdg2 perceraian berlaku bukanlah disebabkan oleh si suami,tp disebabkan oleh si isteri.. Kita manusia nie xsempurna.. tp kite boleh berusaha mencari kesempurnaan, kdg2 bahagia. syg tue xdtg kt kita sbbnye bak kate slh sorg imam muda, klu kite nk syg itu dtg pada kite, kite syg ALLAH dulu, baru syg tue dtg pada kite..sebagai isteri, REDHA ALLAH TERLETAK PADA REDHA SUAMI

Isteri juga mempunyai peranan terhadap suaminya. Antaranya ialah:

1. Mentaati dan menjaga maruah suami
2. Memenuhi kehendak suami pada bila-bila masa jika ingin menyetubuhinya selagi dibenarkan oleh syara'.
3. Menjaga maruah diri sewaktu di hadapan suami ataupun semasa ketiadaan suami
4. Membelanjakan harta suami dengan jalan yang baik
5. Tidak keluar rumah tanpa keizinan suami
6. Tidak menceritakan kelemahan suami kepada umum
7. Menghormati dan memberi taat setia kepada suami sebagai ketua keluarga.

Pesanan sy kpd semua dan juga diri sy.. terlajak perahu boleh diundur,terlajak menaip di laman sesawang, even didelete masih bole dijejak... sekian...~
 
 --Peringatan khas untuk aqu
 

No comments:

Post a Comment

habag mai sat

Powered By Blogger