29.10.13

Homemade: Raw Almond Milk (Susu Badam Mentah)

Assalamualaikum!

ok, hari ni nak tunjuk cara-cara nak buat susu badam mentah.

dulu penah post pasai rice milk :)

sebelum tu, kat bawah ni nak habaq mai pasaipa susu badam mentah ni sangat elok untuk badan kita




kalo kat kedai Balaji, Pasar Borong Selangor ada la jual dalam plastik kecik-kecik.

rega dalam RM2.40++

hat tu, memang cukup untuk satu mug.

tapi tak organik.

kalo kat tesco kat area organik tu, 180gm RM9.70



Baiklah tuan-tuan dan puan-puan,

sekarang kita tengok pulak cara-cara nak buat raw almond milk ni.




Cara-cara:

1.  Rendam badam mentah semalaman (kalo nak blend pagi - rendam sebelum tidur. kalo dak, rendam dalam 4-6 jam)

::badam yang telah direndam::

2. Cuci badam dan masukkan dalam pengisar. masukkan sedikit air.





3.  Tapis badam. serdak badam yang ditapis dikisar sekali lagi untuk menghaluskan lagi tekstur susu badam.  masa ni bolehlah ditambah madu, kismis, kurma atau apa-apa sahaja untuk penambah perisa. tapi jangan letak gula putih ok. tak sihat.



4.  Setelah puas hati dengan rasa dan tekstur susu, enjoy!




hampas badam tu boleh dikeringkan dan dijadikan tepung atau boleh jugak buat mask/scrub kat muka dengan badan memang rasa moist ja kulit sebab badam ni kan berminyak....

kalo nak blend banyak-banyak pon boleh jugak, lepas blend simpan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti ais. boleh tahan dalam 3 hari.

aku sarankan dari dok minum susu tepung/susu kotak, lagi elok minum dari hasil buat sendiri. yalah, susu tepung/susu kotak tu diproses dah tentu-tentu ada gula tambahan/bahan-bahan kimia untuk tahan lama kan...

nak seribu daya, takmau seribu dalih dakkkk?










24.10.13

yuhuuu!

helo?

apa khabar?

^_^

bole dak, aku lupa aku ada blog?

lupa langsung nak bukak blog dan jenjalan blog.

haih laaa....

banyak cerita nak cerita

tapi kan nanti la dulu naa...

kita bertemu di lain siaran

hehehehe!

8.10.13

kembali bersiaran

Assalamualaikum~

hari jumaat ritu kan aku dah start tak selesa kat tekak ni.

malam tu hinguih dah meleleleh.

sabtu ahad memang dah down sebab demam, batuk and selsema.

ditambah pulak sakit-sakit badan.

impianku musnah nak tengok kawanku faten suraya di hari persandingannya hari sabtu tuu..

Selamat pengantin baru dear! Moga kekal hingga hujung nyawa dengan ramai anak dan cucu-cicit Aminnnn.

jugak tidaklah kesampaian nak ke sungai buloh menyambut hari kelahiran tahun pertama baby zara anaknya mimi herney pada hari ahad...

apakan daya... kita hanya mampu merancang namun Dia yang menentukan jua.

isnin lak dapat la sehari mc.

tapi kan....

Alhamdulillah, berkat mengamalkan makanan sunnah and natural healing berbulan-bulan,

for the 1st time everrrr,

demam kali ni elegik tak naik pon.

langsung.

selalu kalo dah rasa sakit perit tekak, disulam pulak dengan bersin

malam tu atau pagi keesokkannya confirm akan naik gegata.

mostly bengkak kat area bawah lidah, bibir dengan mata dulu.

ni pon dok berjaga-jaga la jugak alert dengan segala bintat-bintat yang bakal memunculkan diri tapi

syukurrrrrrrrrrrrrr

takdak.

yilek.

nada.

natural healing rocks!!

yeayyyyyy!!
Powered By Blogger