29.10.13

Homemade: Raw Almond Milk (Susu Badam Mentah)

Assalamualaikum!

ok, hari ni nak tunjuk cara-cara nak buat susu badam mentah.

dulu penah post pasai rice milk :)

sebelum tu, kat bawah ni nak habaq mai pasaipa susu badam mentah ni sangat elok untuk badan kita




kalo kat kedai Balaji, Pasar Borong Selangor ada la jual dalam plastik kecik-kecik.

rega dalam RM2.40++

hat tu, memang cukup untuk satu mug.

tapi tak organik.

kalo kat tesco kat area organik tu, 180gm RM9.70



Baiklah tuan-tuan dan puan-puan,

sekarang kita tengok pulak cara-cara nak buat raw almond milk ni.




Cara-cara:

1.  Rendam badam mentah semalaman (kalo nak blend pagi - rendam sebelum tidur. kalo dak, rendam dalam 4-6 jam)

::badam yang telah direndam::

2. Cuci badam dan masukkan dalam pengisar. masukkan sedikit air.





3.  Tapis badam. serdak badam yang ditapis dikisar sekali lagi untuk menghaluskan lagi tekstur susu badam.  masa ni bolehlah ditambah madu, kismis, kurma atau apa-apa sahaja untuk penambah perisa. tapi jangan letak gula putih ok. tak sihat.



4.  Setelah puas hati dengan rasa dan tekstur susu, enjoy!




hampas badam tu boleh dikeringkan dan dijadikan tepung atau boleh jugak buat mask/scrub kat muka dengan badan memang rasa moist ja kulit sebab badam ni kan berminyak....

kalo nak blend banyak-banyak pon boleh jugak, lepas blend simpan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti ais. boleh tahan dalam 3 hari.

aku sarankan dari dok minum susu tepung/susu kotak, lagi elok minum dari hasil buat sendiri. yalah, susu tepung/susu kotak tu diproses dah tentu-tentu ada gula tambahan/bahan-bahan kimia untuk tahan lama kan...

nak seribu daya, takmau seribu dalih dakkkk?










No comments:

Post a Comment

habag mai sat

Powered By Blogger