http://www.gopetition.com/petitions/berita-harian-please-apologize-to-human-milk-4-human-b.html
kisahnya cemni:
::click for larger view:: |
::click for larger view:: |
::click for larger view:: |
lalu group Human Milk 4 Human Babies - Malaysia keluarkan surat ini
https://www.facebook.com/note.php?note_id=273854662647276
Artikel Terpesong tentang Human Milk 4 Human Babies - Malaysia; Surat kepada Editor
by Human Milk 4 Human Babies - Malaysia on Friday, 14 October 2011 at 16:48
Perkenalkan diri kami, Ayuni Zainuddin, Nadine Ghows, Zaszima Abu-Samah, Ernadia Os'Hara, Chern Pei Wei, Jean Chuah, Shahida Ahmad Khan, Danielle Sweetman, Wong Hui Juan dan Maria Zain sebagai pengendali-pengendali Human Milk 4 Human Babies - Malaysia.
Kami amat terkilan dan marah akan artikel tulisan Nor Affizar Ibrahim dan Nor Afzan Mohd Yusuf bertajuk "Tawar Susu Ibu di Internet" pada Jumaat, 14hb Oktober 2011. Artikel berkenaan yang juga disertai dengan teaser gambar bertulis "Percayakah perahan susu badan wanita berlambak di pasaran dan kini dijual di internet? Jawapannya dalam RATU, Berita Harian hari ini!"
Artikel berkenaan secara keseluruhannya menampilkan etika jurnalisme yang sungguh teruk dan tidak professional. Kami telah ditemuduga oleh hampir sepuluh akhbar-akhbar lain sebelum ini dan tidak satu pun yang seteruk ini.
Cik Afzan TIDAK langsung menemuduga walaupun salah seorang daripada kami untuk memahami latar belakang Human Milk Human Babies - Malaysia. Beliau hanya mengirim sebuah email yang tidak professional kepada saya begini hanya DUA hari sebelum artikel berkenaan dikeluarkan:
"Re: inportant
hi ayuni,
afzan from berita harian..can i get ur phone number..mine 019 ****** ..tq..want to ask you about breast milk..."
Sehari sebelum artikel ini dikeluarkan, Cik Afzan meninggalkan satu post di salah satu thread di HM4HB bertanya tentang keselamatan susu badan ibu lain. Perkara ini adalah sangat ASAS dan untuk seorang wartawan yang akan menulis sebuah artikel yang akan dibaca oleh umum untuk TIDAK TAHU tentang hal ini amat meralatkan. Ia seolah-olah Cik Afzan dan Cik Affizar tidak mengambil masa langsung untuk membaca tentang jaringan ini dan segala maklumat tentang jaringan ini telah sedia ada di lama Facebook kami. Buat pengetahuan Cik Afzan, EBM adalah Expressed Breast Milk dan BUKAN Extra Breast Milk.
Ini sahaja menunjukkan betapa Cik Afzan dan Cik Affizar tidak membuat kajian menyeluruh tentang HM4HB sebelum menulis tentang jaringan ini.
HM4HB adalah jaringan mencari ibu susuan yang dimulakan di Kanada oleh Emma Kwasnica dan kini bercabang di lebih 50 buah negara termasuk Malaysia, Indonesia, Azerbaijan, United Arab Emirates, Singapura, Kuwait dan lain-lain. KAMI BUKAN SEBUAH ORGANISASI jadi kami tidak menyimpan data-data keluarga-keluarga yang terlibat. Kami percaya akan Pilihan Bermaklumat/Informed Choice.
Kami juga tidak MENJUAL BELI susu badan kerana jika terjadinya sedemikian, ketulenan susu itu tidak dapat dipastikan. Bila susu itu diderma secara percuma, kita tahu yang seseorang ibu itu benar-benar ikhlas. Walaubagaimanapun, adalah digalakkan untuk sebuah keluarga untuk memberi upah yang sewajarnya kepada seorang ibu susuan seperti yang disebut dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 233.
Di setiap negara, HM4HB dikendalikan oleh aktivis-aktivis susu ibu yang berasal dari negara itu sendiri. Memandangkan fatwa di negara-negara Islam berkenaan mungkin adalah berlainan, kami pengendali di Malaysia bersikap proaktif dan berhubung terus dengan JAKIM untuk membincangkan isu ini. Alhamdulillah pihak JAKIM memberi kerjasama yang sangat memberangsangkan. Sehingga saat ini, 13 bulan selepas HM4HB - Malaysia ditubuhkan, lebih 50 bayi-bayi dapat menikmati susu ibu dan ramai ibu-ibu yang tidak perlu bersedih kerana terpaksa membuang susu perahan badan apabila peti ais sudah tidak muat lagi.
Soalan-Soalan Lazim ini merupakan usaha kami untuk memberikan panduan yang sebaik mungkin untuk ibu bapa Muslim yang mahu mencari anak dan ibu susuan untuk belajar tentang Hukum Penyusuan dan berkongsi tanpa rasa gelisah. Kami hanya mampu menyediakan panduan ini sebaik mungkin. Samada mereka melaksanakannya mengikut hukum syariat adalah tanggungjawab setiap individu dan keluarga itu sendiri. Mengharapkan kerajaan untuk memantau dan mengambil alih hal ini umpama mengatakan yang keluarga-keluarga ini bodoh dan tidak mampu membuat keputusan sendiri. Menjaga susurgalur mahram bukanlah sesuatu yang sukar. Kita tidak harus bersikap pesimistik.
Kami berusaha keras untuk memartabatkan susu ibu dan mengembalikan budaya ibu dan anak susuan seperti yang diamalkan pada zaman Rasulullah saw. Bukankah ini lebih menepat tabii? Susu manusia untuk bayi manusia dan bukan susu lembu untuk anak manusia? Artikel yang teruk ini telah memperlekehkan usaha kami untuk memberi yang terbaik untuk anak-anak kami!
Kami mahu pihak Berita Harian untuk menulis semula artikel ini dan membetulkan 'fakta-fakta' yang salah selain daripada meminta maaf daripada golongan ibu-ibu dan keluarga-keluarga yang terguris.
Yang benar,
Ayuni Zainuddin
Nadine Ghows
Ernadia Os'Hara Omar
Zaszima Abu-Samah
Chern Pei Wei
Jean Chuah
Shaheeda Ahmad Khan
Danielle Sweetman
Wong Hui Juan
Maria Zain
-------------------------------------------------------------
dan setelah 5 hari berlalu, Berita Hairan masih belum mintak maaf secara terbukak kepada HM4HB - Malaysia, semua golongan ibu-ibu susuan, keluarga-keluarga yang terlibat dan jugak ibu-ibu menyusu.
tolongla takkan punya desperate nak cover story sampai cemtu skali?????
sunggoh la tak profesional dan tak beretika.
dengan artikel cemni la, orang takut nak cari ibu/anak susuan sedangkan Rasulullah sendiri ada ramai ibu susuan.
Hish geram lahhhhhh! dah la buat salah, takmo mintak maap lak.
tuiiiiiiiiiii!
meh sign meh. klik sini
No comments:
Post a Comment
habag mai sat