3.5.10

adakah anda jugak antara mereka ini?

semalam, kami sefamilia pi c4 bli barang dapur sket. yang aqu nampak skang, adakah orang kita semakin mementingkan diri sendiri? atau adakah mulut mereka terlalu busuk sehingga segan nak bukak mulut itew? ini kerana;

pada insiden pertama: aqu tengah ralit tengok harga susu yasmin, tetiba aqu rasa something kat blakang aqu. rupanya ada orang pompuan ni tengah tolak troli tekena sket blakang aqu. aqu pon cakapla sorry. dia lak tanpa sebarang reaksi berlalu pergi...

insiden kedua plak: aqu tengah tunggu isham amek barang sebab aqu tak sampai nak amek. lagipon perut i yang seksis ini telah menghalang untuk aqu beraksi gimrama kat situ. so, sambil dok tunggu tu, ada akak nie cam aqu gak, tengah ralit dok tengok cookies, ada laki ni tengah tolak troli. akak tu pon dok kat tengah gakla, so laki ni cam tatau nak watpa n teruskan je tolak troli itu. tekena la bucu troli tu kat badan akak ni. akak ni pon cuma tengok n tepi sket. yang laki ni lak terus tolak troli sambil besembang dengan girl dia...

bagi aqu la, susah sangatkah nak kata tumpang lalu? terima kasih? sorry? atau senyum skit ka? dan adakah anda jugak antara mereka yang lantak pi kat hang la?

thanx to my hubby yang banyak sedarkan aqu untuk menjadi orang yang lebih prihatin sebab beliau sangat mementingkan hal-hal yang remeh cemni. sebab hal-hal yang remeh ini la yang memberikan impak besar kpd orang lain untuk merasa dihargai dan menghargai satu sama lain. Sekian, fikir-fikirkan dan selamat beramal!

No comments:

Post a Comment

habag mai sat

Powered By Blogger