Lalu, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu khas buat mak saya yang berada di Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang dengan ucapan May Allah bless you alwiz. I miss your cooking so much! Hope to see you next week! Love, Hugs n Kisses specially just for you!
::mak with her forever boyfriend, bapak::
mak adalah idola saya. Kerana:
~ sangat suka memasak. baru balik kerja, dengan baju opis lagi, terus memasak khas untuk keluarga tersayang. selain itu, untuk raya mak suka buat kuih raya n ketupat palas n rendang. specialty mak: biskut nastar aka tat nanas. walaupon mak kata nak brenti buat kuih untuk dijual, regular customer tetap akan order dan tanpa segan silu mak akan beli bahan untuk buat kuih. saya adalah penolong mak yang rajin di kala itu. sekarang saya dah takleh join jadi penolong mak sebab telah bermastautin di kota yang menyesakkan. mak juga suka buat pastry n kuih muih/bubur/pengat untuk makan petang atau sesaja ja nak buat.
~ kalo mak kejut bangun pagi, suara beliau begitu lemah gemalai kejut anak beliau. dari mak baru bangun tido, lepas mandi, tengah bersiap, sehinggalah saya bau perfume mak, beliau masih tak jemu kejut anak beliau ini bangun tido dengan nada yang sama: lemah gemalai. tak pernah mak herdik, jerit-jerit kat kami anak-anak bangun pagi kecuali adik saya kerana dia sangat liat bangun pagi. tetapi kalo saya yang kejut adik saya bangun pagi adalah seperti halilintar memancarkan sinaran lembayung yang menanahkan telinga atau seperti pontianak mengamuk tak dapat isap darah.
~ mak tak penah jemu melayan kerenah anak-anak terutama ketika anak beliau muda remaja. darah muda remaja mak sangat terserlah kerana ketika memandu, beliau sanggup mendengar hitz.fm, limp bizkit, system of a down, linkin park, blink 182 dan lain-lain band ketika itu sedangkan kalo mak orang lain dah kena bok-bek-bok-bek kerana lagu-lagu tersebut adalah lagu pening.
~ mak adalah sangat cerah.
~ mak pentingkan pemakaian kemas nak ke pejabat dari tudung ke kasut ke baju ke aksesori. sedangkan anak-anak pompuan beliau sangat tak suka memakai aksesori biarpon jam tangan sehinggalah suami sendiri yang brainwashed suro pakai.
~ mak jugak adalah penasihat yang bertauliah untuk segala bidang.
~ suka sedekahkan barang-barang kesayangan beliau kepada anak seperti tudung, kerongsang juga baju kerana anak beliau tak reti nak beli sendiri.
~ mak sangat wangi dan menyamankan selepas mandi.
~ tetap melakukan kerja dapur walaupun dah jam 1 pagi dan isok adalah hari kerja.
~ macam-macam lagi benda yang mak buat sangat sangat sangat mengagumkan saya.
MAK! I LOVE YOU!!
anyway, ibu i is the bestest ibu ever among others! hahaha...
ReplyDeletemak: sorry makk..:) u plak the bestest mother in law ever!.. huhuhu..