7.11.13

cucur sihat!

orait

kali ni nak share resipi cucur yang agak sihat la hehehe!

sapa-sapa yang dok rajin wat juicing pakai juicer misti ada serdak-serdak hampeh tu kan.

so, dari dok buang ja

elok la kita buat mask ka, wat tepung ka dan kali ni

idea baru datang menjelma

*ting!*

aku pakai serdak lobak merah aka carrots.




ohh!!

sebelum tu nak crita skit pasai juicer yang aku dok pakai skang.

aku pakai brand Electrolux yang hat ni


::gambaq google ja hewhewhew::
Juice Extractor nama dia.

sebab apa tau, sebab ritu wardina safiyyah dok tweet-tweet pasai juicer.

aku lak memang dok cari...

setelah reply-mereply dengan Electrolux

dapat sudehhh.

aku suka design dia.

lawa naa... hehe!


tapi yang best tu, wardine RT aku hehehe!

bangga woih retiss RT hahaha!

baru RT, belum mention lagi dok ahahaha!

bengong!! >-<





ok, ok.

back to the story....

ni ha serdak hampeh sagon carrot yang aku guna.





selain karet, aku tambah biji habatussauda, kucai, bawang dengan ikan bilis.

habatussauda ni kira cam penambah perisa.

sedap!! dap dap dap!!

sesuai sangat la untuk sapa-sapa yang takleh nak makan biji habatussauda cemtu ja.

tapi yang cemni pon min bole detect.

siap asing tepi pinggan lagi.

haih~~

takpa la nak...

anak sulung kan anak eksperimen.

huhuhu!

baiklah,

setelah digodak secukup rasa





kita goreng dia


::kuali original haa.. bukan kuali astro hehehe!::




and then,








selamat mencuba!!

29.10.13

Homemade: Raw Almond Milk (Susu Badam Mentah)

Assalamualaikum!

ok, hari ni nak tunjuk cara-cara nak buat susu badam mentah.

dulu penah post pasai rice milk :)

sebelum tu, kat bawah ni nak habaq mai pasaipa susu badam mentah ni sangat elok untuk badan kita




kalo kat kedai Balaji, Pasar Borong Selangor ada la jual dalam plastik kecik-kecik.

rega dalam RM2.40++

hat tu, memang cukup untuk satu mug.

tapi tak organik.

kalo kat tesco kat area organik tu, 180gm RM9.70



Baiklah tuan-tuan dan puan-puan,

sekarang kita tengok pulak cara-cara nak buat raw almond milk ni.




Cara-cara:

1.  Rendam badam mentah semalaman (kalo nak blend pagi - rendam sebelum tidur. kalo dak, rendam dalam 4-6 jam)

::badam yang telah direndam::

2. Cuci badam dan masukkan dalam pengisar. masukkan sedikit air.





3.  Tapis badam. serdak badam yang ditapis dikisar sekali lagi untuk menghaluskan lagi tekstur susu badam.  masa ni bolehlah ditambah madu, kismis, kurma atau apa-apa sahaja untuk penambah perisa. tapi jangan letak gula putih ok. tak sihat.



4.  Setelah puas hati dengan rasa dan tekstur susu, enjoy!




hampas badam tu boleh dikeringkan dan dijadikan tepung atau boleh jugak buat mask/scrub kat muka dengan badan memang rasa moist ja kulit sebab badam ni kan berminyak....

kalo nak blend banyak-banyak pon boleh jugak, lepas blend simpan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti ais. boleh tahan dalam 3 hari.

aku sarankan dari dok minum susu tepung/susu kotak, lagi elok minum dari hasil buat sendiri. yalah, susu tepung/susu kotak tu diproses dah tentu-tentu ada gula tambahan/bahan-bahan kimia untuk tahan lama kan...

nak seribu daya, takmau seribu dalih dakkkk?










24.10.13

yuhuuu!

helo?

apa khabar?

^_^

bole dak, aku lupa aku ada blog?

lupa langsung nak bukak blog dan jenjalan blog.

haih laaa....

banyak cerita nak cerita

tapi kan nanti la dulu naa...

kita bertemu di lain siaran

hehehehe!

8.10.13

kembali bersiaran

Assalamualaikum~

hari jumaat ritu kan aku dah start tak selesa kat tekak ni.

malam tu hinguih dah meleleleh.

sabtu ahad memang dah down sebab demam, batuk and selsema.

ditambah pulak sakit-sakit badan.

impianku musnah nak tengok kawanku faten suraya di hari persandingannya hari sabtu tuu..

Selamat pengantin baru dear! Moga kekal hingga hujung nyawa dengan ramai anak dan cucu-cicit Aminnnn.

jugak tidaklah kesampaian nak ke sungai buloh menyambut hari kelahiran tahun pertama baby zara anaknya mimi herney pada hari ahad...

apakan daya... kita hanya mampu merancang namun Dia yang menentukan jua.

isnin lak dapat la sehari mc.

tapi kan....

Alhamdulillah, berkat mengamalkan makanan sunnah and natural healing berbulan-bulan,

for the 1st time everrrr,

demam kali ni elegik tak naik pon.

langsung.

selalu kalo dah rasa sakit perit tekak, disulam pulak dengan bersin

malam tu atau pagi keesokkannya confirm akan naik gegata.

mostly bengkak kat area bawah lidah, bibir dengan mata dulu.

ni pon dok berjaga-jaga la jugak alert dengan segala bintat-bintat yang bakal memunculkan diri tapi

syukurrrrrrrrrrrrrr

takdak.

yilek.

nada.

natural healing rocks!!

yeayyyyyy!!

24.7.13

baru nak cerita pasai romadhon

Assalamualaikum~!

hari puasa ke-5 aritu aku demam... memandangkan berpuasa, aku simpan vco untuk makan lepas berbuka. Masa nak bukak posa tu aku tak lalu nak makan.. takat 2-3 suap ja.. dah la ritu Isham masak, kecik ati kawan huhu! sorry naa sayang... bukan tak suka you masak, tapi tekak ni telah ditarik nikmat selera makan...

2 hari aku terpaksa batal posa sebab telan vco setiap 2-3 jam sekali.... hari isnin tu aku mc.. Alhamdulillah, the next day aku dah sihat seperti sediakala... masa hari ahad tu 1st time beli lauk sebab aku tak larat nak bangun.. blood pressure aku rendah. asal nak bangun ja misti nak pengsan.. pi toilet pon cecepat sebab dah nak pitam huhu



Sayang, terima kasih sayang sebab jaga I masa I tengah sakit. Tolong jaga anak-anak dan I <3 p="">

kejap ja kan dah stengah bulan kita berpuasa.


Malam tadi adam pulak demam panas... dah buat lemon socks n jelum dengan kain basah... pagi tadi Alhamdulillah dah tak demam tapi Adam tido jea dalam keta... masa hantar pegi taska dia terjaga pastu nanges2 nak mama huhu! sian adam...

10.7.13

Ramadan Mubarak

Ingat ya kawan-kawan ^_^


26.6.13

CB Aura?? Ada!!

Ramai dok tanya, dok promote2 vco, CB Aura dah takdak ka?

hehe!

ada sayang-sayangku!

last 3 weeks ramai sangat order (terima kasih ya!)

sampai stok untuk aku pakai sendiri pon dah tarak.

pehtu dengan keja opis agak hectic so aku dahulukan aku punya.

nak order untuk diri sendiri asyik laaa lupa

huhuhu! dekat 3 minggu la jugak pakai sabun biasa ja cuci muka huhuhu

sampailah

aku ditegur budak shomey ini a.k.a. stokis gwe






"wey farehah. awat muka kusam?"

dari saat itu aku agak tergamam lalu,

"naimi, nak sabun dengan krim. dah abih" :(

Thanx dear for reminding me.

tu la kan, punya la sebok sampai nak pakai sendiri pon tarak huhu!

dan di sini, aku tunjukkan bukti dalam masa 8 hari sahaja betapa magisnya CB Aura




taraa!!







nampak tak beza? tu baru 8 hari. bekas jerawat kat atas dahi tu start naik masa aku stop cb. baru pakai dia makin mengecik hehe! Aura pon terserlah kan padahal masa 25hb tu aku dah ngatok giler kot.. tp still nampak berseri kan? hehehe!

sapa-sapa nak order habag naa.. pm thru facebook bole, emel pon bole farehah84-at-gmail.com

Hanya RM85 untuk 1 set










17.6.13

pemakanan sunnah - my style

ok hari ni aku nak share cemana aku n family amalkan pemakanan sunnah since aku pilih untuk berhenti dari guna dadah. yela, ubat farmasi tu kan dadah kan. selagi tak salah guna tiadalah penyalahgunaan dadah kann? hiks!

walaupon tak salah guna dan atas nasihat doktor, dadah yang diambil tu bagi aku masih ada kesan buruk jangka panjang.

sapa-sapa yang perasan atau terserempak dengan aku misti hangpa semua notice kot

badan aku ini telah gemok gedempon.

bukan mata uolss kero, tapi memang itu adalah realiti.

ekceli, itulah kesan sampingan dari ambik ubat antihistamin (aku penah telan loratadine, piriton dengan prednisolone)

ya, skang berat badan aku adalah bersamaan dengan berat masa preknen yasmin. masa nak dekat-dekat bersalin dah pon huhu

ubat antihistamin tu aku amik tiap kali rasa nak naik elegik, masa naik elegik, masa tengah elegik.

so bole bayangkan la berapa banyak bijik dah aku telan huhu


Oklah, selain aku amalkan vco dan olivenol (jus estrak buah zaitun), aku jugak amalkan habatus sauda yang mana dalam al-Quran pon dah ditulis pasal kebaikan habatus sauda ni - Ubat segala penyakit kecuali mati.

nak kunyah-kunyah gitu ja agak sukar la sebab rasa herbs yang agak kuat. hanya adam muqris saja yang mempunyai kekuatan untuk makan cam makan tuu huhu

so aku buat cara ini:



::beras perang, habatus sauda dengan minyak dara zaitun::


btw, aku dah tak pakai beras putih sebab ekzema adam. aku tukaq pakai beras perang. beras perang ni gluten-free.

so, lepas cuci beras, tuang skit Extra Virgin Olive Oil (EVOO) tapi aku pakai organic punya. tak organic pon bole jugak. murah skit dari organic. pastu tabur skit habatus sauda. lap luaq periuk nasi, tekan suis dah siap.

nasik ni tahan lama skit la dari beras putih. mungkin efek dari gluten-free kot..

untuk yang nak try sedap ka tak, bole makan ka dak beras perang ni try la beli yang saiz kecik dulu.

untuk 5kg aku beli RM19.90 (brand jasmine tak silap).

okla takdakla sampai rm30 lebih kan...

sayur mayur pon kalo yang organic and murah-murah aku rembat ja. pejam mata ja laa.. untuk kesihatan bole haih....





Powered By Blogger