pada minggu pertama kena elegik ni sebab makan sardin. selalu ok ja kalo makan sardin cap ayam brand, tapi aritu cam tiba-tiba rasa nak makan sardin murah sket, beli la sardin cap king cup. malam tu dah masak suma tapi cam kenyang lak. so bawak la bekal pagi tu buat bekpes. pas makan dalam setengah jam kendian, mula la naik gegata. mula-mula kat area tangan. pastu kaki. mak aih, merenyamnya... start naik kat mata gan mulut, dah tau ni, misti kronik ni cecepat telan piriton aka ubat sesema yang warna kuning lagi mengantuk itu. okla, kurangla sket gatai-gatai. tapi bila nak ke tengahari, ish naik lagi so tepaksa la pi klinik sebab piriton tadi pon mintak kat orang. bukan aqu tak standby piriton cuma piriton aqu udah expired lew... masa pi klinik piriton baru begerak lancar dalam darah. so nak tunjuk kat doktor pon doktor tak caya aqu elegik tapi dia bagi la kat aqu piriton n calamine lotion. malam tu makin menjadi lak gegata kat satu badan dah macam gargoyle! tak caya? ni ada bukti
::bole belakon crita merlin kan?:: |
soryla aqu copy paste trus dari henpon. maleh la nak save dulu. lagipon bagi tengkuk korang exercise sket hehe! serius, aqu tengok gambar ni pon aqu tergaru-garu weh. isok pagi tu pi klinik balik (of cos, orang baik punya dok usha aqu) kat kaunter triage tu, adeq kat konter tu dok "sian akak. kesian" cam PA cik jamil dlm crita madu tiga tu. masuk bilik doktor, dapat la mc sehari sebab aritu ari jumaat. dapat satu lagi ubat, prednisolone bagi kurangkan innflamation iaitu bengkak-bengkak merah kat kulit aqu.
pastu exactly 1 week later, aqu tekena lagi elegik. tapi kali ni memang kebabom la. mula gatal-gatal kat area kaki n tangan so aqu pon cecepat telan piriton. selalu lepas telan dalam setengah jam ingat akan kurang la sket tapi rupanya sangkaanku terpesong jua. dalam masa setengah jam tu la, gegata mula naik satu badan. mulut makin bengkak atas bawah, makin lama makin senget sampai satu tahap terjuih je. mata aqu membengkak lagi teruk dari gamba atas sampai mata putih aqu merah-merah. telinga aqu lak rasa panas je. ada sorang budak opis aqu ni sempat la tengok transfomasi aqu, dia sampai terkedu seketika sebab perubahan yang terjadi kat fizikal aqu. aqu memang dah tak dok diam sebab dok sebok menggaru tapak kaki sampai aqu seret-seret ja kaki ni kat kapet punya gatai gilerr!! by the time isham sampai opis amek aqu, aqu nak cakap kat dia suro pegi hospital tapi rupanya gegata mula naik kat tekak aqu. suara tak kuar weh! memang aqu dok rasa cam ada orang mencekik aqu. makin lama makin kuat cengkaman aqu rasa kat tekak aqu. dalam mulut pon rasa gegata naik kat dinding pipi n bawah lidah. gusi pon rasa membengkak.
sampai kat emergency, aqu dah takleh becakap. suara aqu completely lost. dari triage, trus masuk emergency. terus baring kat katil. apalagi aktiviti cucuk mencucuk la. dokter tanya itu ini suma. mula-mula aqu ok lagi. masuk drip suma, doktor nak tunggu tengok aqu punya prestasi ok ke tak. dari pukul 5.30pm sampai dekat pukui 6pm, bp aqu drop. aqu mula sedar tak sedar je. bp aqu rendah sangat sampai bacaan 34/50. memandangkan keadaan aqu makin kritikal, diorang bagi aqu oksigen mask, masuk lagi drip, buat mobile x-ray, amek ctg tapi aqu rasa cam melayang-layang jea. last-last aqu kena admitted sebab bp turun lagi 30/50. dapat la dok kat wad 4B.
ntah bila diorang tuka baju aqu pakai baju wad pon aqu tak sedar. dalam tengah malam tu aqu rasa nak kench and bery tapi memandangkan aqu takleh nak bangun, for the 1st time, aqu kena pakai adult diaper hehe! nak bery pon amek masa weh.. dah setel, aqu bagitau la kat nurse aqu dah bery so nak tuka la. yang nurse sorang ni suro aqu jalan gi toilet cuci sambil dia nak pimpin. aqu pon ok je la. ye la bahan buangan kita sendiri kan. pastu masuk je toilet, aqu blackout. sedar tak sedar je. yang aqu ingat aqu nampak wheelchair depan toilet tu pastu nurse tolong angkat aqu letak atas katil. last-last dorang kena salinkan aqu jugak. dah setel suma, nak makan ubat tapi perut aqu kosong. lapar giler weh sebab tak makan dari petang tadi. nurse bagi kat aqu apollo kek, biskut kering dengan air milo. dah makan ubat suma dalam 2-3 jam kendian, dorang masukkan ubat kuatkan beat jantung tapi mungkin sebab perut aqu kosong, abis suma biskut kering, air milo dengan kek kuar balik. sikit pon tak tinggal. sib baik la aqu genjak sket so muntah la kat lantai. kalo tak harus salin lagi bedliner n baju. masa ni drip dah masuk kat dua-dua tangan. darah lak dorang amek tiap 4jam skali huhu! masa ni gak aqu kena pakai oksigen mask.
the next day, budak praktikal dari ucsi datang tolong salinkan aqu. wuih, bagai ditatang dengan minyak yang penuh yuu! cuci n lap-lap kan aqu. salin cadar suma baikk jea. ye la 1st year n 1st sem kan. siap tolong amekkan aqu makanan lagi. kalo bole nak tolong suap skali tapi aqu tak selesa la. boobs aqu lak dah macam batu sebab susu tak kuar-kuar dari petang semalam. bengkak n sakit giler! pas isham bawakkan breastpump, nak pam skit punya sakit. nak menangis je rasa. slowly aqu pam sampai tetido sebab kesan ubat. pas dokter buat rounding suma dorang tukarkan oxigen mask ke oxigen nasal. sejuk je lobang idung ku ini hehe. tengahari tu lak diorang masukkan drip tambah garam sakit giler sebelah tangan aqu ni sampai bp aqu yang baru nak cantik itu dropped balik. gegata dah tak de tapi satu badan membengkak. ketat je kulit aqu ni. adrenalin banyak kail gak dorang masukkan sebab nak bagi jantung aqu cepat. petang tu aqu mintak nak off kan oxigen sebab aqu rasa cam takde maknernyer aqu pakai oxigen kalo pernafasan aqu ok. rimas weh. nak menguap pon potong stim. ala, cam naik moto la. kalo naik moto takleh nak nguap sebab angin memukul-mukul muka kan.. so dorang offkan oxigen n puas ati dengan heartbeat aqu baru dorang cabut oxigen tu. sampai malam tu aqu masih pakai diaper.
isoknya which is saturday, the last day, aqu rasa makin kuat n sehat. dah bole bangun pegi toilet. bp pon dah cantek. banyak kali gak la pi toilet kench puas-puas. baru la tau perasaan orang tua-tua yang kena pakai diaper. memang tak selesa. dengan bepeluh, berkuap, gatal-gatal lagi.. nak mintak orang tolong cucikan lagi memang hazab... pas doktor dah buat rounding n puas ati dengan condition aqu, bole la balik aritu n dapatla mc 9 ari.
so, elegik ni bila aqu bagitau kat orang aqu kena elegik, senang je orang nak becakap "dah tau elegik napa makan lagi?" atau "tu la makan tak pantang" atau jugak "bantai makan ja kan dah kena" tapi diorang tatau aqu ni dah penah buat allergy test kat HKL and its proven yang aqu ni bole je makan seafood suma tu sebab result dia suma negative. yang buat aqu elegik adalah preservatives. pengawet makanan ok. tapi ada jugak orang kata sebab ubat operate masa cyst and besalin dulu sebabnya. entahla, yang pasti, kalo benda dah nak jadi, dah tersurat nak jadi, tak kira berwaspadanya kita, tetap akan jadi.
uihh dasyat juga effect allergy rupanya
ReplyDeletetu la bukan setakat garu menggaru jea huhu
ReplyDeletehaaaaiiihhh.... nasib baik hg dh ok! huhuuhhu...
ReplyDeletesgt ngeri ok!!! huhuhuhu...
Teringat dialog hg suatu masa dulu:
"faten, sapa ALERGI nyanyi lagu SEPI neh?" hahahhaha
hahaha!
ReplyDeletedulu tu mana la aqu nak pi tau lagu tu elergi sepi haha! ingatkan elergi tu nama kumpulan ka, nama org ka hahahahaha!blurry sgt dulu kan? eh skg pon hehe!