30.4.11

Review: Medela Freestyle

hai hai hai!!

Lama tak buat review hehe! wokey, skang nak review lak pasal Medela Freestyle (FS). Kalo sebelum ni aqu adalah manual breastpump tegar, tatapi rekod telah dicipta dengan memakai Electric/Battery breastpump.

::Medela Freestyle::

okay puan-puan, seperti yang telah dimaklumkan di entri lama, FS ni aqu beli secara kutu kat www.mybreastpumpshop.com. Dekat 3 bulan gak la dah pakai FS nie hehe!

reviewnya:

- sangat puas hati.
- thanx to the handsfree kit, aqu bole pam sambil masak, sambil basuh pinggan kalo kat umah. kat opis, penah sambil jalan sambil pam. tapi dalam opis ja la.. kang kalo bawak jenjalan pi kedai beli nasik kang orang pelik apa yang timbul2 kat dada tu plak kan hehe! tapi kalo pandai cover bole sangattttt nak pi mana-mana sambil pam haha!
- motor ada sikit bising, tapi masih bole cover lagi la.. tapi aqu letak atas meja ja sebab oficer laki tak ramai. kalo yang ada nak masuk bilik bos aqu pon, dorang dah maklum dan depa punya bini masing-masing fully bf gak. so depa cuma pelik la sebab FS tu kecik so tertanya-tanya la gak amenda la tu..
- bateri tahan dalam 5-6 hari gakla so time keja/weekdays memang tak charge lansung.
- senang nak pasang corong, membrane n botol. yang handsfree kit tu mula-mula cam payah and serabut gakla nak pakai tapi bila dah terer memang sangat time saving, mudah and easy to use.
- soal sakit memang tadak lansung sebab suction dia start dari level 1-9.Ikut keselesaan masing-masing. oh ya, Medela jugak ada personal size untuk corong dia tu kot-kot la rasa tak selesa (tekecik ka ataw tebesaq ka) cuma kena beli asing.
- bole buat single pam ataw double pam. malah senang gak nak buat tandem nursing. (sebelah baby minum, sebelah lagi pam) tapi aqu tak penah buat pon sebab kalo nyusu adam aqu prefer posisi mengiring.
- akhir kata, i loikeeeee!!! sangat-sangat recommended!

I'm A Freestyler! 

Happy breastfeeding ^_^

29.4.11

macam macam macam

Salam jumaat semua!

Lama la tak hapdet stori de mori dengan hangpa suma kan?

perasaan ni bercampur-campur rasanya...

happy sebab aqu akan bakal dapat anak susuan.

suka sebab adam dah tak demam-demam dah.

sedih sebab salah sorang dari kawan baik yang dulu dah berputus sahabat secara maya.

keliru sebab dia gadoh dengan orang lain, tapi aqu yang kena tempiasnya. Dengan aqu aqu skali dia delete. walhal, aqu cuma diam tak berkata apa. Woi, kenapa misti aqu yang jadi mangsa??? baik gaduh dari masa budak-budak sampai la dah jadi mak budak =_=" wadehelllll weh??

penat dan letih sebab adam dah pandai sampai umah dia tido kumpul tenaga. start dari 12am-3am dia akan berjaga sambil menajamkan skil-skil memanjat di atas katil. dan pagi tadi, dia jatuh katil lagi buat kali kedua. sib baik kali ni dia jatuh atas bantal. pastu dia bole sambung balik acara panjat-memanjat papa n mama dalam 30min pastu baru dia sambung tido. tu pon masa tu tepat jam 4.09am. There goes my beauty sleep....

23.4.11

sapa setuju?

setuju tak kalo AF9 ni akan lebih syok kalo rumah kaca tu tadak lansung?




aqu rasa penonton akan lebih dekat dengan peserta kalo depa dok satu tempat macam AF yang sebelum-sebelum ni.



tu ja.

20.4.11

Orang selalu kata...


Orang selalu kata, kalau nak jimat masak di rumah. Beras kalau tidak ditanak, manakan bertukar menjadi nasi. Berapa banyak nasi yang kita mahu maka tahu lah kita mengagak berapa sukat beras yang perlu. Saiz periuk itu juga, bukannya boleh mengembang dan menguncup sesuka kita. Maka jika perlu nasi yang banyak, jika saiz periuk kita kecil maka perlu lebih kerap beras yang perlu ditanak.

Beras pula, jika mampu beli yang baik tak salah beli yang bagus malah ada yang sanggup belanja untuk membeli beras import untuk dimasak menjadi nasi. Bagi yang kurang berkemampuan, beras biasa menjadi pilihan. Apapun beras ini akan tetap menjadi nasi. Cuma kualiti nasi sahaja yang berbeza.

Periuk...bagi yang mampu pastinya mencari periuk nasi serbaguna. Periuk ini selain memasak nasi, sangat menyenangkan bila nak masak bubur tanpa perlu kita berjaga2 nasi menjadi hangit. Macam-macam fungsi ada. Bagi yang sederhana, periuk nasi elektrik biasa menjadi pilihan. Bagi yang kurang kemampuan, periuk biasa ditanak di atas api dapur. Namun apa pun, tujuannya tetap sama iaitu mahukan beras bertukar menjadi nasi. Ini cerita mereka yang masak di rumah.

Bagi yang nak cepat dan duit lebih, mereka rasa makan di luar lagi mudah. Dapur tak bersepah dan hidup lebih mudah. Namun ada juga yang sekadar beli lauk di luar dan tanak nasi di rumah. Lebih jimat katanya.

Namun hari ini setelah kesedaran dalam diri timbul, apabila berlaku macam-macam gelagat peniaga seperti meludah dalam nasi sebagai petua pelaris, bayar harga nasi mahal walhal hanya beras biasa.... sudah pasti menanak nasi di rumah menjadi pilihan.

Apa yang ibu cuba sampaikan di sini ialah menanak nasi untuk keperluan ialah ibarat menyusukan anak dengan susu ibu. Jika kita tidak menanak beras, masakan beras akan bertukar menjadi nasi. Sama dengan keadaan seorang ibu, masakan boleh air dalam tubuh ibu itu akan memancut dengan sendirinya menjadi susu jika tidak dihisap atau diperah? Bila bayi menghisap atau diperah barulah susu akan mengalir keluar. Lebih kerap beras ditanak menjadi nasi maka lebih banyak nasi yang dapat di makan. Maka samalah gambaran apabila lebih kerap bayi disusukan atau lebih banyak sesi perahan, maka lebih banyak susu dihasilkan.

Bercerita tentang jenis beras....beras sendiri mempunyai gred yang tersendiri. Namun mengikut kemampuan individu masing-masing memilih jenis beras apa yang hendak ditukarkan kepada nasi.
Masih ingat zaman ibu kecil, memandangkan kami orang susah ditambah adik-beradik saya ramai, adakala beras hancur pilihan terbaik. Namun bila dah besar dan dah ada keluarga, mak saya selalu pesan jika mampu, belilah beras mahal. belilah sebab sendiri yang nak makan. Jangan berkira kecuali macam mak dulu tak berkemampuan nak bagi beras yang bagus. Sayu juga bila ingat kata-kata mak. Namun memang ada kebenarannya.
Sama dengan susuibu, apa yang ibu makan akan menghasilkan kualiti susu itu sendiri. Memang ada pihak yang menafikan dengan mengatakan susuibu itu semua sama hakikatnya tidak. Susuibu itu khasiatnya sama. Macam nasi tadi, khasiatnya sama. Namun samakah nasi dari beras mahal dan beras biasa? Tepuk dada tanya selera. Nak hasil yang baik maka perlu beri yang baik. Jaga pemakanan selalu ditekankan supaya susu yang terhasil itu penuh dengan zat khasiat yang diperlukan tanpa menjejaskan kesihatan ibu. Makanlah yang bagus2 agar hasilnya juga bagus.

Pam, adakah beza pam yang mahal atau yang murah? Saya tukarkan dalam konteks tanak nasi tadi, periuk. Adakah sama periuk yang multi-function, periuk nasi elektrik biasa dan periuk biasa yang ditanak di atas dapur? Kalau yang mampu, pam yang hebat harganya setanding dengan fungsinya pasti menjadi keutamaan. Bagi golongan sederhana, memadai pam yang biasa asal boleh berfungsi. Namun saya cuba gambarkan teknik marmet itu adalah ibarat periuk biasa yang digunakan di atas api untuk menanak nasi. Memang nampak macam sedikit leceh namun hasilnya juga tidak mengecewakan cuma perlukan lebih usaha dan perhatian. Saya beri contoh jika tanak nasi atas dapur api, kita kena selalu berjaga dan beri lebih perhatian supaya nasi tidak hangit. Namun jika kena dengan cara, nasi ini lebih nikmat kerana ada tambahan kasih sayang yang dibubuh tanpa disedari.
Begitulah dengan teknik marmet....nampak macam leceh, tapi bila kena dengan cara yang betul, susu akan mengalir dan LEBIH HEBAT ditambah penuh kasih sayang kerana si ibu tadi memberi lebih perhatian dalam memastikan susu yang keluar masuk ke dalam botol tanpa menitik dan jatuh ke tempat lain.

Bagi mereka yang tidak menyusukan anak adalah ibarat mereka yang membeli nasi dari luar. Tidak salah sebab setiap orang mempunyai kelebihan dan kekangan masing-masing. Setiap orang mendapat taufik hidayah yang berbeza. Bagi yang menyusukan anak dengan susuibu, bersyukurlah kerana kita memiliki peluang keemasan itu. Maka jangan sesekali kita menghina dan mengkritik ibu yang tidak menyusukan anaknya dengan susuibu. Kita mampu berdoa agar mereka ini diberi taufik hidayah untuk menyusukan anak mereka yang seterusnya.

Saya masih ingat sesi pembelajaran bersama arwah abah dulu. Abah suka mengajar dan memberi anologi supaya saya lebih faham atas perkara dan pelajaran baru yang diajarnya. Saya juga setiap hari cuba memikirkan apakah anologi yang dapat saya hasilkan agar teman seperjuangan saya dalam penyusuan lebih berjaya dalam perjuangan mereka. Namun alhamdulillah, makin hari makin ramai yang sedar tentang kebaikan susuibu. Kebaikan susuibu itu ibarat kebaikan menanak nasi dengan tangan sendiri. Pastinya lebih enak dan lebih sihat dan lebih selamat.

Maka harapan saya, penulisan saya ini membantu lebih ramai ibu yang menyusukan anaknya. Ingatlah, masakan mampu kita tukarkan beras kepada nasi jika tidak ditanak? Lebih kerap kita tanak, lebih banyak nasi yang dapat dihasilkan. Kesimpulannya, lebih kerap sesi perahan maka lebih banyak susuibu dihasilkan.

Sesungguhnya yang baik itu datang dari ALLAH dan yang kurang itu dari saya.

sumber asal :www.anakkuwiraku.com

17.4.11

jerawat dalam hidung

korang penah tak alami jerawat dalam hidung?

aqu baru ja jadi pagi tadi.

sakit giler hokeh!

kalo jerawat tu tumbuh kat luar hidung takpe gak tapi ni dalam sket sampai rasa nak terbersin ja.

aqu rasa sebab jerawat tu tumbuh dekat dengan bulu hidung.

so bila bernafas, bulu-bulu tu begerak.

so dia trigger efek bersin.

dari tadi asyik bersin sampai dah start berhingus lak.

yang berhingus lak kat blah yang ada jerawat ja.

siksanyaaa. dah macam air terjun niagara dah nie =_="


adam lak, start tengahari tadi demam balik.

ubat suma dah makan dah.


dah lekat cool fever dah.

sampai tercabut balik =_="

dah lap-lap badan dia dengan kain basah sampai basah rambut n baju.

hopefully isok dia ok.

kalo tak, sempat la berwajah rakun....

baru nak dapat beauty sleep balik huhu

okla nak lenyek moi adam untuk isok.

nite!

13.4.11

Adam Muqris' 1st visit to paed

ok seperti yang dijanjikan ni stori mori adam pi jumpa paed kat hosp serdang.

appoiment pukui 10am. tapi kat pendaftaran ja sejam setengah tunggu. pehtu tunggu kat klinik lagi sejam baru panggil masuk kat bilik penilaian amek tekanan darah, berat, ukur lilit kepala dengan panjang. pehtu tunggu lagi. dalam pukui 1.45pm tu baru masuk jumpa paed Dr. Amin.

Mula-mula scan susah skit sebab adam dok merengek nak tido. Last-last doc suro bagi ubat tido sebab dia takleh nak tengok bebetui jantung adam. dah bagi ubat tido, ditambah lak adam memang dah ngantuk memang adam tersangat lena. dah scan suma baru doc terang kat kami siap lukih-lukih lagi punya nak bagi kami paham.



::jantung adam. yang 4 segi tu injap yang terbukak dari jantung kiri masuk ke jantung kanan::

::keratan rentas dari injap::
Doc bagitau yang lubang injap yang terbukak tu kecik ja dalam 2.1mm. kes adam ni dikategorikan sebagai DCSA VSD. doc pon pesan treat adam sebagai budak sehat. so skang ni tak perlu amik sebarang medication cuma kena monitor from time to time. kalo injap tu tertutup (which is very slim) alhamdulillah tak perlu surgery. tapi kalo injap tu makin terbukak memang kena operate kasi tutup terus. doc cuma berharap, kalo kena operate pon at least masa adam dah besar sebab kalo operate masa kecik ni jantung adam pon kecik lagi dan complicated sangat untuk buat surgery. kesan dari injap yang terbukak ni jantung belah kiri adam bengkak sikit.

lepas dah setel jumpa doc, next appoinment bulan 8 lak. lega rasanya bila dah tau condition adam. dah setel apalagi, mengisi perut yang sangat kosong. aqu suka pi kafe hosp serdang sebab banyak giler pilihan. dari nasik ke kuih ke barat suma ada. tu belum lagi tengok lauk-pauk untuk nasik. memang juling bijik mata huhu!

p/s: penyakit jantung berlubang ni takdak kena mengena dengan genetik, pemakanan, atau sebagainya. ikut rezeki memasing la tuhan dah nak bagi kan. Pape pon syukur Alhamdulillah semuanya ok!

12.4.11

Minggu lepas punya stori de mori

Assalam.

lama tak menjenguk sini. Last week, the whole week Adam Muqris tak sehat. Demam, batuk dengan selsema. Hari isnin pi check up 7 bulan. berat kurang 0.2kg. skang berat adam 7kg ja. Then misi bagitau kalo demam tak kebah gak hari jumaat kena datang untuk buat ujian darah. adam demam panas bila tengah-tengah malam. dengan batuk lagi. aqu dengan isham tido macam tak tido ja. terasa macam nak amik cuti ja nak tidoq pueh-pueh. mata kami ni dah macam panda+rakun ja.





pic googled


pastu hari kames tu the whole day adam tak demam pon. hatiku berbunga-bunga kegumbiraan. tapi bunga tu kembang kejap je sebab jumaat pagi tu adam demam panas balik dalam pkui 5pagi. So, bawak la adam pi klinik untuk ujian darah. masa kat lab, ada sorang misi muda ni nak cucuk jarum kat tangan adam tapi dia kata adam chubby sangat sampai tak nampak urat kat tangan. tunggu lak misi senior untuk cucuk jarum. dalam dok tunggu tu dia bagitau bulu mata adam panjangnya. sempat lagi tu hehe. then masa misi senior tu cucuk jarum, aqu dah seriau dah takut adam meronta-ronta tapi rupanya adam selamba rilek ja. misi tu siap rodok-rodok lagi jarum tu cari urat tapi adam tak nanges pon. dia cuma merengek sebab rimas dengan tali yang ikat kat tangan dia. dah setel amek darah, pi jumpa dokter lak. masa tu dia dah tak demam cuma dokter stenbai ubat masuk bontot dengan ubat batuk n ubat titis idung.

nanti aqu apdet adam punya 1st apoiment jumpa paed kat hosp serdang k.

ada keja lak.

6.4.11

hari sukan neseri yasmin

Kejadian adalah pada sabtu lepas. Acara start dalam pukui 8.30am.  enjoy ja la all the piccas ya.. maleh la nak taip huhu! mana yang rajin aqu buh la caption hokeh... jom layannnnn.......


::brimpun dulu::


::orang len brimpun, dia sebok dok usha kasut orang =_="::


::bacaan ikrar & chichken dance::




::sebelum lari makan dulu::






::yasmin sayang, lari dalam garisan la bukan atas garisan::


::sempat lagi jadi sindarela::

::pakai kasut pon kaki pointed yea. penangan masa ngandung ni::


::kesian la adam boring yea::

::geget towel je la::



::geng yasmin gak. lari atas garisan::


::baru 6 tahun tapi gaya 16 tahun::

::sempat lagi tarik suar hehe::






tapi dalam banyak-banyak gambar skali, ni yang paling aqu kesian sangat....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



::bapaknya plak yang eksaited dari anaknya::

papa sapa la nie? =_="

1.4.11

When we were young

oh. lagu ini sudah tersangkut dalam kapla aqu.



sedap gak layan lagu ni.

ni lagu opening crita 'Parenthood'.

Suka sangat tengok crita ni kat Starworld.






cerita ni pasal the braverman family.


::Zeek and Camille Braverman::


::Adam's family::
Aqu suka Adam punya family. macam-macam isu ada. Haddie (the daughter) dengan isu teenager dia. Max lak dengan penyakit Asperger. So dengan penyakit Max ni, Kristina (the wife) and Adam mcm selalu stress sebab tatau cemana nak handle Max.
::Sarah Braverman and her children::
Sapa slalu tengok The Gilmore Girls ni tau la sapa Sarah Braverman nih. ala masa zaman-zaman skola menengah dulu tuu... nama betui dia Lauren Graham.




::Crosby Braverman, Jasmine and Jabbar::





::Julia Braverman, Joel Graham and Sydney


Dah maleh nak taip panjang-panjang and caption panjang-panjang :P. Nak tengok, sila tengok kat astro cenel 711 Starworld ari selasa sebelum Glee. pkui 8pm.



::just love the family!::


~The song still stuck in my head~

Powered By Blogger