13.4.11

Adam Muqris' 1st visit to paed

ok seperti yang dijanjikan ni stori mori adam pi jumpa paed kat hosp serdang.

appoiment pukui 10am. tapi kat pendaftaran ja sejam setengah tunggu. pehtu tunggu kat klinik lagi sejam baru panggil masuk kat bilik penilaian amek tekanan darah, berat, ukur lilit kepala dengan panjang. pehtu tunggu lagi. dalam pukui 1.45pm tu baru masuk jumpa paed Dr. Amin.

Mula-mula scan susah skit sebab adam dok merengek nak tido. Last-last doc suro bagi ubat tido sebab dia takleh nak tengok bebetui jantung adam. dah bagi ubat tido, ditambah lak adam memang dah ngantuk memang adam tersangat lena. dah scan suma baru doc terang kat kami siap lukih-lukih lagi punya nak bagi kami paham.



::jantung adam. yang 4 segi tu injap yang terbukak dari jantung kiri masuk ke jantung kanan::

::keratan rentas dari injap::
Doc bagitau yang lubang injap yang terbukak tu kecik ja dalam 2.1mm. kes adam ni dikategorikan sebagai DCSA VSD. doc pon pesan treat adam sebagai budak sehat. so skang ni tak perlu amik sebarang medication cuma kena monitor from time to time. kalo injap tu tertutup (which is very slim) alhamdulillah tak perlu surgery. tapi kalo injap tu makin terbukak memang kena operate kasi tutup terus. doc cuma berharap, kalo kena operate pon at least masa adam dah besar sebab kalo operate masa kecik ni jantung adam pon kecik lagi dan complicated sangat untuk buat surgery. kesan dari injap yang terbukak ni jantung belah kiri adam bengkak sikit.

lepas dah setel jumpa doc, next appoinment bulan 8 lak. lega rasanya bila dah tau condition adam. dah setel apalagi, mengisi perut yang sangat kosong. aqu suka pi kafe hosp serdang sebab banyak giler pilihan. dari nasik ke kuih ke barat suma ada. tu belum lagi tengok lauk-pauk untuk nasik. memang juling bijik mata huhu!

p/s: penyakit jantung berlubang ni takdak kena mengena dengan genetik, pemakanan, atau sebagainya. ikut rezeki memasing la tuhan dah nak bagi kan. Pape pon syukur Alhamdulillah semuanya ok!

2 comments:

  1. Alhamdulillah..hope xdak apa2 yg serius la utk adam debab tuh..Insyaallah..

    ReplyDelete

habag mai sat