15.1.13

GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI LIMA BUAH WILAYAH AKIBAT HENTITUGAS LOJI RAWATAN AIR SUNGAI SEMENYIH (WILAYAH SEPANG)



MAKLUMAN AWAL GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI LIMA BUAH WILAYAH AKIBAT HENTITUGAS LOJI RAWATAN AIR SUNGAI SEMENYIH EKOR

SIARAN MEDIA  
14 JANUARI 2013

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin melaporkan bahawa gangguan bekalan air tidak berjadual telah berlaku di lima buah wilayah, iaitu Petaling, Hulu Langat, Sepang, Klang dan Kuala Langat ekoran hentitugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih yang diuruskan oleh operator loji, Syarikat Konsortium Abass sekitar jam 1.30 tengahari hari ini berikutan disyaki berlaku pencemaran minyak kelapa sawit di Sungai Semenyih.

Sebagai makluman, Loji Rawatan Sungai Semenyih membekalkan air terawat kepada  lebih kurang sejumlah 349,000 akaun pengguna di sekitar Wilayah Petaling (118,000 akaun), Hulu Langat (125,000 akaun), Sepang (65,000 akaun), Klang (19,000) dan Kuala Langat (22,000 akaun). Pada masa ini, pihak SYABAS masih sedang mengenalpasti kawasan-kawasan yang dijangka mengalami gangguan bekalan air ekoran kejadian hentitugas loji ini. Pihak SYABAS akan memaklumkan kepada orang ramai berhubung kawasan terlibat secara terperinci serta situasi terkini dari semasa ke semasa.

Sebagai langkah awal, pihak SYABAS masih sedang memantau kolam-kolam utama yang menerima bekalan air dari LRA Sungai Semenyih. SYABAS juga telah menghantar surat kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk mendapatkan kerjasama Kerajaan Negeri dalam menyediakan bekalan air melalui lori tangki dan tangki statik memandangkan loji rawatan air Sungai Semenyih ini diuruskan oleh syarikat milik Kerajaan Negeri dan aset-aset SYABAS masih terikat dalam kejadian gangguan bekalan air yang melibatkan Wilayah Kuala Lumpur ekoran kegagalan rumah pam Wangsa Maju. Di samping itu, memandangkan sumber dan kualiti air mentah adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri menerusi Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), maka adalah wajar untuk SYABAS mendapatkan kerjasama daripada Kerajaan Negeri Selangor dalam menangani isu ini.

Untuk makluman, gangguan bekalan air yang berlaku ini merupakan insiden yang baru dan tidak mempunyai kaitan dengan kejadian gangguan bekalan air ekoran kegagalan rumah pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu baru-baru ini.

Sementara itu  para pengguna dinasihatkan agar mengurangkan penggunaan air dan menggunakannya dengan penuh hemah sepanjang tempoh ini. Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin membuat laporan berkaitan bekalan air disaran agar terus menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan SYABAS, iaitu PUSPEL di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui SMS, dengan menaip PUSPEL dan hantar ke 39222 supaya tindakan segera diambil oleh SYABAS. Para pengguna juga boleh membuat laporan kepada SYABAS menerusi laman web twitter dan facebook dengan mendaftar di laman web berkenaan.


Senarai Kawasan Terlibat Bagi Wilayah Sepang
Seluruh Sg Merab :                                                                                        
==================
Kg Sg Merab Hulu
Seluruh Sg Merab Luar (Seluruh Kawasan Dalam Sg Merab Luar)
Desa Damai
Kg Sg Merab Tengah
Rkt Limau Manis
Tmn Air Hitam Permai
Tmn Desa Sentosa
Kg Sg Merab Luar
Desa Sri Melor
Tmn Damai
Rkt Sg Merab

Seluruh Bdr Baru Salak Tinggi
==============================
Tmn Mawar
Tmn Seroja
Kosmopleks
Pej Daerah Sepang
Tmn Ixora
Bdr Baru Salak Tinggi
Kaw Ind Bdr Baru Salak
Kota Warisan
Seluruh Bdr Baru Salak Tinggi
Seluruh Tmn Dalam Bdr Baru Salak Tinggi

Kawasan Puchong
==================
Tmn Putra Prima
Tmn Aman Putra
Kg Pulau Meranti
Tmn Meranti Jaya
Tmn Meranti Permai
Bdr Bkt Puchong 2
Tmn Mas Puchong
Tmn Prima Tropika
Tmn Putra Perdana
D' Alpinia
Suri Tropika
Tmn Tsk Puchong

Lain-Lain Kawasan :
==================
Tmn Desa Ayer Hitam
Kg Dato Abu Bakar Baginda
Seluruh Cyberjaya
Seluruh Putrajaya
Ioi Resort Putrajaya
Tiara Heights

Kawasan Salak
================
Kg Chinchang
Kg Lembah Paya
Kg Bkt Ibol
Kg Geching
Kg Salak Tengah
Kg Salak Tinggi
Kg Labu Lanjut
Pekan Salak
Rkt Labu Lanjut
Tmn Desa Salak Permai
Tmn Desa Salak Permata
Tmn Desa Mutiara
Tmn Salak Jaya
Tmn Salak Murni

No comments:

Post a Comment

habag mai sat

Powered By Blogger