10.1.13

malam tadi kan....

hah saspen dak tajuk? hehe :P

malam tadi baru la bekesempatan nak tengok AJL27 sebab masa ari ahad tu aku nak tidokan adam. tapi masa tu dah pkui 8.45pm konfem la pakcik ni amik masa tido kan. so awai² tu dah pesan kat isham tolong rekod. sempat la sambil lalok² tu dengaq misha omat nyanyi hehe!

ok lepas tengok ajl tu aku sambung tengok citer punar vivaah yang tinggai baki skit je lagi sebab ritu ngantuk sangat tak sempat tengok sampai abih.... dah abih tu mataku ini masih segar bugar so untuk tidak melayan mata ini supaya insomnia aku tidak berulang, aku pon bawak la diri ini masuk tidoq.. pusing sana pusing sini agak² dah nak lena dah adam taktau la ngigau ke hapa dok pkui² min. pehtu agaknya dia tak pueh nomnom susu mama (sebab mama tengah red flag so susu ada skit moral down) dia tejerit² "nak ayye! nak ayye!" aku dengan mata kekelat marah la dia jugak "ni ha minum!" pehtu geleng-geleng sambil mulot dok cakap nak ayye tangan dok point kat pintu.

ohhh laa adam! dah besaq dah la anak mama nie. dah pandai mintak ayaq tetengah malam.... dah tuang kat dia, gluk gluk gluk gluk haaah~. pehtu bole plak nampak pinggan kosong atas table top tu dah nak makan plak dah~ pastu aku teruih dukung dia masuk bilik.

turunkan dia, dia kuar bilik cemana tah bole la plak nampak roti dalam gelap² tu truih "ti.. nak oti.."
aku dengan mamai lagi pi la amik roti bagi sekeping kat dia. pastu nak dudukkan dia atas katil o0h tanak. nak baring hokeh. dah baring dengan sambil makan roti kiri kanan sambil tu dia terlelap. pastu terjaga sambung kunyah. ada la dalam 4-5 kali cenggitu dia letak roti tu pastu dok mrengek "nak.. nak.." dah nak susu pulak dah. aku dah la letih terus cakap "kalo nak buang dulu roti tu baru bole minum". taknak plak, dah sambung baring sambil kunyah roti sambil pejam mata truih tidoq sampai pagi ni kami 1 famili tidoq laa dengan cebisan roti bersepah-sepah 1 katil.


Sekian.


No comments:

Post a Comment

habag mai sat