15.4.10

saksi

pagi tadi dalam keta, topik Hotfm AMcrew pasai saksi.. ni nak crita aqu pon penah jadi saksi utama satu kejadian pembunuhan huhu! tak tipu beb n dude. mmg bebetui jadi depan mata. saksi utamanya misti la aqu n sorang lagi kawan baik aqu, Yvenne (even). tapi aqu crita yang simple-simple je la sebab kang tak pasai-pasai pembunuh tu cari aqu lak huhu! masa tengok kejadian tu segala rasa ada panik, takut, terdiam.. dah la masa tu aqu pakai t-shirt sarawak yang ada gambar orang pakai cawat, balik umah terus mandi lagi skali n cuci baju tu sebab aqu rasa cam suwei gituh.. padahal, sebelum aqu jumpa even tu aqu baru je mandi. pas mandi aqu masih terdiam. tak tau cmna nak bagitau mak n bapak. nak bagitau ke tak? pastu aqu kapur kasut aqu sebab isok tu sekolah. adala dalam 20-30min sambil dok kapur kasut, pakcik even n sorang lagi pakcik yang aqu tak kenai datang umah. pakcik even bagitau kena pi umah dia jap buat report. aqu bagitau pakcik even aqu takut, then pakcik sorang lagi tu (rupanya polis berpakaian preman) cakap yang diorang tak wat pape cuma nak amek report je.

masa kami jalan pegi umah even, pergh ramai gilerz maknusia2 yang ada di situ. pastu masing-masing tengok aqu macam seorang selebriti terkenal huhu! dah duduk tu inspektor aliza kut tak silap, dia amek keterangan aqu. baru nak bukak mulut, diorang mintak kami pegi balai sebab takut penjenayah tu bekeliaran kat situ. aqu pinjam baju even. kami takut n nangis. satu perasaan takut yang amat sangat dan tak penah alami perasaan tu. mak even, antie shanti (aqu panggil antie je) dia la yang banyak menenangkan kami 2orang. dah sampai balai, bagi keterangan suma, inspektor aliza tu bole cakap kami ni wangi sangat hehe! even la nie, sebab tengah dok salin2 baju tu dia punya sembur perfume tommy tak hengat mau tak wangi gler. dah la masa tu tengah malam. so, dalam pukui 1.30am gakla baru setel. balik dari balai tu, antie bawak kami pegi kedai nasik kandar. masa tu aqu n even rasa semacam je orang lain pandang kami. antie pon cecepat tenangkan kami bagitau skang time budak kilang balik keja. kami nak makan pon tak lalu sebab takut.

so, dalam 2-3 hari pas kejadian, inspektor aliza cakap dorang dah dapat pembunuh tu. kesan darah kat helmet, pisau yang diorang jumpa memang matched dengan mangsa. tapi pembunuh tu cuma kena penjara 5 taun kut kalo tak silap sebab bunuh warga asing. lainla kalo bunuh rakyat tempatan, kena hukuman lain plak. dah la masa jadi tu, adalah tahun aqu amek spm. sib baik awal tahun. so, by the end of the year sempat aqu lupa.. dalam sebulan gitu, antie bawak kami pegi langkawi. mak n bapak tak bagi sebab masa nak pegi tu adalah raya haji. tapi antie pujuk jugak bagitau yang antie nak rilekskan kami lepas apa yang terjadi. pegi langkawi tu memang enjoy sangat-sangat! :D

rentetan dari kejadian tu, masa aqu tengah sarat mengandung, mak tepon bagitau yang polis datang umah mintak pegi mahkamah kat penang sebab pembunuh tu nak buat saman malu.. wat de heck!! dah memang sah-sah ko salah n ko pon admitted yang ko tu pembunuh, pastu nak saman malu lak.. tahapapatah la! aqu called balai polis kat penang diorang kata memang kena pegi sebab arahan mahkamah. gila! bila aqu tanya surat, dorang kata dorang tak dapat apa-apa surat cuma arahan je. hok alah!! dengan tadak hitam putihnya, dengan aqu tengah sarat menunggu hari ja ada ka nak pi. kang tak pasai-pasai aqu teberanak kat mahkamah... so, kes tu senyap ja la sampai sekarang...

5 comments:

  1. inspektor aliza mcm gerak khas..gerak gerak gerak khassss..hahahahahaa

    ReplyDelete
  2. pehhh dpt pi langkawiiiii tu. awat tak mintak pi singapore, konpem hang tak ingat terussss heeheh

    ReplyDelete
  3. ish takut pulak kalau pembunuh tu pi cari farehah balik..erkkkk

    ReplyDelete
  4. zaidi: sebab tu aqu ingat nama dia sgt sebab masa tu memang femes gerak khas cuma muka je la jauh sket dari abby hehe

    kakjue: tu la tak kesampaian lagi nk p sngapore lain la kakjue segala cherok to'kun dh pi huhu!

    kak@z: agaknya pembunuh tu dah tak kenai farehah kut sebab dulu tomboi yang amat dan sekarang adalah sangat hot mama huahuahua!

    ReplyDelete
  5. wehh...ini sudah gilak!!kalo aku jd ko mesti pitam tros kt tmpat kejadian..huhuhuhu.

    ReplyDelete

habag mai sat