aqu nak lepaskan geram kat perokok bongok kat luar sana. kalo anda nak tunjuk macho kononnya dengan merokok itu menyerlahkan lagi kehenseman anda, anda adalah tersangat silap. anda sebenarnya seperti seekor jin + naga dengan gigi, gusi dan mulot anda yang lebih busuk dari parit yang kebetulan sama kaler dengan gigi, gusi dan mulot anda.
tolong laa kalo nak meramai-ramaikan kat pasar malam tu, bole tak tahan napsu tu sat dari dok isap rokok. it is so irritating! yang dok meniaga tu pon, dengan tangan pegang rokok masa tu la nak tejerit2 panggil planggan, masa tu la nak isap asap masa tu la nak bungkus plastik kan tak pasai-pasai kena sound dengan isham: dik, kalo ko tak mrokok misti lagi ramai datang. eh, tau plak segan-silu dengan kami ye. ingatkan tegar saangat rupanya sanggup lempaq buang rokok tuh! tu pasar malam punya crita. ni pasar pagi plak. nak-nak kat pasar presint 8 tuh. especially yang juai ayam yang kat depan kedai santan tuh. asap berkepoi-kepoi, sambil tu dok pegang-pegang ayam dengan kuku itam. jijik tau dak! aqu rasa kalo kerajaan bebetui nak buat kempen taknak merokok tu, sila la antar 2,3 orang pegawai kesihatan datang kat tempat orang awam camni saman depa-depa yang tak dak ati perot tuh. konfem dapat memantopkan lagi kewangan negara sebab bukan sorang dua yang buat tak reti dengan kawasan larangan merokok nih. kata nak buat putrajaya ni bandar contohkan. dan ni memang sangaaat contoh yang tak baik. apalagi, amek la tindakan.
tu belum lagi dengan kedai-kedai runcit yang dok masih dok juai rokok sebatang-sebatang nih. ni memang jadi depan mata aqu. kotak rokok tu tuan kedai sembunyi dalam laci. so bila pelanggan oder, terang-terangan dia hulur sebatang kat pembeli tu dan dengan tanpa rasa bersalah terhadap seorang ibu mengandung yang menjaga kandungannya, puh-puh asap berkepoi-kepoi. aqu tak sound cuma tutup idung dengan tudung. so, pepandai la nak terasa.. ha, saman tuan kedai ni gak. leh gak dapat tambah pendapatan kewangan negara. baru la minyak petrol tak naik lagi. satu lagi yang aqu bengang dengan perokok ni, lepas isap rokok tu, dah la buang atas lantai buat sampah (bole denda sampai rm500 kan? tu baru sorang), pehtu tak reti-reti nak pijak bagi asap tu mati?? naaaaakkkk jugaaaakkkk orang lain pon isap asap diaaa kaannnn... naaaaakkkkk jugaaaaaakkkkkk aqu tolong pijak rokok hang kannnn???kang dengan mulot-mulot hang aqu pijak skali!
dan satu lagi, aqu penah gak sound budak skolah ni dah la pakai unifom skola, konon macho n hensem abeh la isap rokok depan aqu kan. apalagi aqu pon bermulut puaka dengan budak ni: woi, pakai baju skola mana bole isap rokok? terkedu-kedu dia di situ. ingatkan dah gangster sangat dah.. cheh!!
No comments:
Post a Comment
habag mai sat