16.8.10

sabtu

skali lagi, kalo aqu kena tinggal sensorang misti ada ja benda nak jadi..
kalo aritu pasai bank, irongegaran, kali ni plak tadak air. kalo kejap je takpe la gak. ini dahla tadak sebarang notis maupun pemberitahuan, skali air tadak dari 3pagi. 3 pagi okeh. *pukull tigaaa pagiii*(lagu p.ramlee)

dalam 3 pagi tu, aqu nak terkench, ye la dah sarat-sarat nie takde maknenyer bole tahan sampai pagi.. skali pusing paip keluar hangiiinnn jea.. ayoo! how laa weh?? sib baik pancuq (bilik air) lagi satu ada tadah air dalam baldi. tu pon dalam 3 gayung ja. huh! sahur pon makan pakai sudu sebab kalo pakai tangan nak basuh pakai apa? huhu! musnah dan punah harapan aqu nak basuh mencuci dan membersih seperti yang disenarai semak.

so, dalam 1pm tu baru ada air. huh! sib baik la dah ada balik.. aqu ni dah runsing dok pikir kat umah sapa yang bakal jadi mangsa untuk aqu menumpang mandi.. dah siap mandi, sms shima ajak dia buka posa kat umah aqu. so, pkui 5pm tu janji jumpa kat param p2. dalam 5+ bru shima n bf sampai, aqu sampai awai lagi, so sesambil tu aqu usha-usha kot la ada pak polisi nak menyaman. tengok line clear ja aqu pon assumed dorg bagi 'chan' kot parking kat tepi jalan ni huhu. skali masa tengah shoping tu aqu nampak x-trail kaler putih pak polisi. aqu dah tak sedap ati dah. aqu bagitau shima aqu pi kat keta dulu. skali jangkaan ku benar belaka. satu kertas otograf oleh pak polisi telah selamat diselit kat wiper. Waaarrrggghhh!

No comments:

Post a Comment

habag mai sat