21.1.11

takziah

salam...

Makngah aqu telah meninggal dunia pada jam 7.17am pada 19.1.2011.
Arwah meninggal sebab sakit kanser pankreas. dekat setahun gak la arwah sakit. aqu tabik kat anak-anak dia. tak nangis pon. diorang memang kuat n tabah. yang sulung sebaya dengan aqu. mengajar kat kl. dulu kena mengajar kat sarawak. dalam hujung tahun lepas baru dapat tukar dok semenanjung sebab nak tengok-tengokkan arwah. masa dok kat sarawak dalam selang 2 minggu jugak la balik semenanjung. pastu anak dia yang nomot 2, dah grad degree in psychology kat UIA. anak dia yang ke 3 lak, baru ja grad kat Malaysian Maritime Academy. sempat la arwah tengok anak-anak dia grad. anak yang ke 4, PMR last year straight A's. tak ingat lak brapa A tapi semua A. yang ke 5 n 6, masih skolah rendah lagi. Memang arwah berjaya didik anak-anak. Arwah jugak sebenarnya my role model dalam breastfeeding. Memang dia fully bf sampai sanggup brenti keja untuk jaga anak-anak. arwah juga dah selamat menunaikan haji dan mengajar ngaji kat surau kat umah dia.

cam tak caya arwah dah takdak sebab arwah memang meriah orangnya. suka bercerita. so bila dapat berita arwah dah pergi terdiam kejap aqu walopon tau arwah tengah nazak masa hari sebelum tu lagi...


Al-Fatihah buat arwah. Semoga dicucuri rahmat.... Amin

1 comment:

habag mai sat